Instagram telah menjalankan sebuah eksprimen sosial untuk menyaksikan apa akan berlakunya sekiranya mereka mematikan paparan bilangan like pada setiap hantaran mereka. Sekiranya anda mempunyai akaun Instagram, anda mampu melihat jumlah bilangan like tersebut, tetapi pengikut anda tidak dapat melihatnya. Mereka boleh klik dan lihat siapa yang menyukai gambar anda, tetapi mereka perlu mengira senarai tersebut untuk mendapatkan jumlahnya.

Eksperimen tersebut dijalankan di enam buah negara – Australia, Brazil, Canada, Ireland, Italy, Japan dan New Zealand. Eksperimen ini merupakan tindakan Instagram yang berani, tetapi ia menjadi satu keperluan – terdapat kebimbangan mengenai kesan media sosial terhadap kesihatan mental dan keyakinan diri remaja.

Simbol like telah menjadi teras utama dalam banyak platform media sosial – baik Instagram, Facebook atau Twitter. Menerima jumlah like yang banyak memberikan kita perasaan seperti selebiriti. Jumlah yang banyak menandakan anda telah melakukan ‘tindakan’ yang bagus di mata netizen.

Jumlah ini juga agak berguna dan berkuantitatif bagi menggambarkan bahawa anda mempunyai kemahiran dalam menghasilkan gambar ataupun lukisan yang bagus. Dalam eskperimen, anda masih mampu menerima jumlah like yang banyak tetapi cuma anda sahaja yang ketahui, bukan pengikut anda.

Walaupun begitu, kesan terhadap kesihatan mental hasil daripada mengira jumlah like oleh pengikut tidak boleh diabaikan. Reka bentuk media sosial sering mempromosikan perbandingan sosial antara diri anda dan orang lain. Anda tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk menjumpai orang yang kehidupannya, rupa paras mereka, kejayaan mereka dan kemahsyuran mereka lebih baik daripada anda. Hasilnya, orang muda mudah berasa tidak berguna dan tidak layak.

Laporan dari The Associated Press-NORC Center for Public Affairs Research mendapati bahawa media sosial membuatkan orang muda lebih rapat dengan rakan-rakan mereka (78%), lebih celik maklumat (49%) dan lebih rasa berhubungan ahli keluarga sendiri (42%).

Walau bagaimanapun, ramai juga remaja yang rasa tertekan untuk sentiasa menunjukkan versi diri mereka yang terbaik di Instagram (15%), maklumat yang terlalu berlebihan (10%), rasa terbeban (9%) serta ketakutan dalam rasa ketinggalan (9%). Bergantung pada set minda pengguna, kadangkala media sosial memberikan kesan positif, kadangkala negatif.

Walaupun tiada paparan jumlah like, ruangan komen turut mampu menjadi ukuran yang kuat dalam menunjukkan bagaimana manusia berinteraksi dengan suatu hantaran/gambar di Instagram. Komen terdiri daripada pelbagai bentuk yang lebih luas maksudnya berbanding like seperti emoji, esei, komen pendek dan sebagainya. Maka, komen turut memberikan kesan pada emosi dan keyakinan diri individu. Terutamanya komen itu sendiri boleh berbentuk positif dan negatif.

Maklum balas yang diterima ketika eksperimen di Australia agak bercampur baur. Ramai yang bersungut dengan perubahan yang dibuat oleh Instagram dan rasa dimanipulasi oleh platform tersebut. Mereka berhujah perubahan tersebut akan mengurangkan daya tarikan Instagram, lebih-lebih mereka yang menggunakan Instagram sebagai platform perniagaan.

Sebahagian remaja lain memuji tindakan Instagram atas usaha untuk memperbaiki kesihatan mental pengguna. Mereka merasakan sesuatu yang berbeza terhadap perubahan tersebut. Perubahan ini memberikan potensi kepada pengguna untuk tinggalkan Instagram sekiranya mereka merasakan platform tersebut tidak memberikan apa-apa manfaat lagi kepada mereka.

Kesannya, Instagram dapat membuka pasaran sosial yang baru di mana tiada lagi jumlah like dipaparkan. Kita mungkin boleh skeptikal tentang kebimbangan industri media sosial yang mampu peroleh keuntungan tanpa melakukan eksperimen ini yang berpotensi membuatkan pengguna meninggalkan Instagram. Tetapi sekiranya eksperimen ini jujur, maka Instagram telah melakukan eksperimen sosial yang sangat berharga untuk membaik pulih kesihatan mental.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/instagram-has-a-trial-to-hide-the-number-of-likes-in-the-hope-that-it-saves-self-esteem?perpetual=yes&limitstart=1
  2. Weinstein, E. (2018). The social media see-saw: Positive and negative influences on adolescents’ affective well-being. New Media & Society20(10), 3597-3623.
  3. The Associated Press-NORC Center for Public Affairs Research (2017). American Teens Are Taking Breaks From Social Media; Some Step Back Deliberately, But Other Breaks Are Involuntary.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.