Menjelang perlawan diantara Malaysia dan Indonesia  pada 17 Ogos. Kita lihat antara perseteruan hangat dunia bolasepak bahagian antarabangsa. Bermula dari permulaan pertama dalam laga England dan Scotland pada tanggal 30 November, 1872, hingga lah sekarang. Bolasepak merupakan instrumen nasionalisme lembut yang memberikan ‘kepuasaan’ kepada negara yang menang.

Hakikatnya Bolasepak juga merupakan salah satu punca berlakunya perang diantara negara pada 14 Julai melibatkan El Salvador dan Honduras, dinamakan Perang Bolasepak atau ‘Football War’ dalam Bahasa Inggeris.

Ia tercetus dek kerana kedua negara saling menang di ibu kota masing masing dalam Peringkat Kelayakkan Piala Dunia 1970, ia justru memberikan tekanan tinggi kepada rakyat yang sudah pun ketika itu dibelenggu masalah politik antara negara.

Perseteruan dahsyat juga terjadi diantara England dan Ireland di 15 Februari, 1995, dimana perlawanan persahabatan bertukar menjadi ‘perseteruan’ selepas penyokong England, yang ada kaitan dengan kumpulan Neo-Nazi merusuh dan menyerang penyokong Ireland di Dublin, Lansdowne.

Ia disebut sebagai ‘Rusuhan Bolasepak Jalan Lansdowne’ atau ‘Lansdowne Road Football Riot’. Media Inggeris dan Ireland saling bercakaran di peristiwa itu namun rata-rata pihak permehati lebih salahkan England yang mencetuskan ‘stigma lama’ bila menentang Ireland. Algeria dan Mesir saling adu domba di 2009.

Namun perseteruan diatas ini semua merupakan ‘sekali tembak’ yang berlaku di dalam dan luar padang. Perseteruan yang lebih hebat dan lama justru terjadi diantara negara yang lebih dekat pertalianya atau rumpun bangsa. Paling menarik tumpuan adalah Malaysia vs Indonesia, seteru abadi yang sentiasa panas sejak pertama kali bertemu pada Pestabola Merdeka 1957, 7 September.

MALAYSIA LWN INDONESIA:

Perseteruan paling dahsyat di Asia Tenggara yang beberapa kali juga diperhatikan media antarabangsa. Bermula dari tertubuhnya kedua buah negara sampailah ke era moden. Dua negara serumpun ini selalu bertelagah megenai budaya dan politik yang tidak terlapas dari kancah sukan.

Dari mulanya Pestabola Merdeka 1957  yang menyaksikan Indonesia tewaskan Malaysia 2-4 di Kuala Lumpur hingga ke Piala AFF Bawah 19 Tahun di Gelora Delta Sidoarjo dimana Malaysia singkirkan Indonesia di separuh akhir dalam sepakan penalti, Malaysia muncul juara di pentas akhir tundukkan Myanmar.

Sejarah Bolasepak Malaysia dan Indonesia begitu terikat. Kedua negara yang juga ‘faham’ Bahasa satu sama, menjadi punca selalunya tekanan emosi  di tahap tertinggi ketika perlawanan tak kira peringkat sebuah kejuaraan ataupun lokasinya. Sentiasa panas dengan ‘nyanyian-nyanyian’ membawa sindiran dan provokasi hinggalah terjahan terjahan yang memancing emosi kedua penyokong Alam Melayu.

Ia semakin memburuk dengan provokasi provokasi dari media Indonesia yang lebih liberal berbanding Malaysia yang lebih menapis. Sering, tajuk dari Garuda berbunyi ‘Lawan Malaysia, Pemain Dingatkan Harga Mati!’ yang membakar nasionalisme NKRI. Di pihak Malaysia, provokasi lebih terhad di alam maya yang kemudianya diterjemah melalui ‘aksi’ di stadium.

Kedua negara juga mempunyai ‘Ultras’ atau penyokong fanatik, yang saling tidak mengalah dan menyerah walaupun masa menuju ke penamat. Gempar di tahun 2010 apabila Malaysia berjaya menerkam Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ketika itu, dibanjiri oleh pemnat Indonesia baik dari pelancong mahupun perkerja permit di seluruh Malaya. Alkisahnya berbeza ketika di peringkat kumpulan dimana Malaysia dibelasah Indonesia 5-1, bermula dari gol Norshahrul Idlan Talaha yang menaikkan angin pemain Indonesia. Penjaga gol Malaysia Sharbinee Alawi menjadi mangsa titik buta oleh penyerang Indonesia.

Namun itu sama sekali tidak mematahkan semangat Malaysia untuk kejutkan skuad Garuda Jaya di Bukit Jalil apabila Safee Sali dan Ashaari Samsudin, masing masing mencetak gol pantas dengan Safee Sali menyumbat dua melepasi Markus Haris Maulana. Namun perlawanan itu dicemari dengan insiden Laser di minit ke 53.

Nyanyian provokasi juga terjadi dari curva Ultras Malaya tetapi ditutupi oleh sorakan peminat biasa. Perlawanan bersambung hingga ke akhir, tapi kerosakan sudah pun dibuat. Aksi timbal balik di Gelora Bung Karno, Jakarta. Malaysia dan Indonesia sekali lagi bersua untuk menutup cerita Piala AFF Suzuki. Di laga akhir, Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dengan Safee mencetak gol tunggal yang meranapkan impian Garuda untuk mengapai tropi kejuaraan pertama. Di sini, perseteruan Malaysia-Indonesia bertambah rancak dan Harimau Malaya berdepan detik lebih sukar selepas itu.

Setahun kemudian. Sukan Sea Jakarta-Palembang, pelopor kepada Sukan Asia 2018 di lokasi yang sama, menjadi medan kedua di era 2010an. Malaysia diwarnai dengan sambutan ‘hangat’ penyokong tuan rumah yang menyiksa mental pemain melalui ‘sokong tidak langsung’ kepada mana mana negara yang menentang Team Malaysia.

Di arena Bolasepak paling hangat disorot oleh penyokong Garuda yang hampa di tahun sebelumnya. Harimau Malaya kembali dengan beberapa muka baru yang dipilih Ong Kim Swee. Baddrol Bakhtiar menjadi pewaris Kapten dari Safiq Rahim buat skuad B-23. Pertualangan dimulakan dan medan hijau menjadi saksi akan provokasi paling dahsyat dalam sejarah bolasepak Asia Tenggara, tidak pernah dilihat oleh mana-mana pasukan lagi.


Provokasi melampau Indonesia bermula dari perlawanan pertama diantara dua negara. Malaysia muncul sebagai pemenang kali ini dengan jaringan Syahrul Azwari yang mendiamkan penyokong tuan rumah ketika itu. Buat pertama kalinya juga Malaysia berada diatas Indonesia di dalam saingan kumpulan selepas kekecewaan di AFF Suzuki 2010 yang sekadar naib juara.

Namun segala titik tolak berlaku di sini apabila Malaysia meneruskan rentak cemerlang sampai ke akhir perlawanan yang sekali lagi menemukan dua musuh tradisi di pentas penentu juara. Namun kisah buruk melanda Harimau Muda apabila terpaksa menaiki kereta perisai Barrakuda dari hotel hinggalah ke gelangang keramat Indonesia, Gelora Bung Karno, dinamakan selepas tokoh yang melancarkan ‘Ganyang Malaysia’ ketika era Konfrontasi. Dengan nama stadium itu sahaja boleh merasuk para penyokong Indonesia membenci Malaysia dan menunjukkan semangat luar biasa di lapangan hijau.

Selepas tibanya skuad Harimau Muda bagi menyiapkan diri menentang Garuda Muda. Penyokong Indonesia mula mengepung bas-bas penyokong-pemain Malaysia yang sudah siap sedia untuk memasuki stadium. Detik cemas berlaku apabila Ultras Malaya diredah oleh fanatik Indonesia, namun tidak ada kecelakaan serius yang terjadi.

Akan tetapi bas penyokong dan pemain Malaysia harus masuk terus ke dalam padang stadium dan semua diarahkan untuk berlari terus ke tempat yang di khaskan untuk masing masing dengan pemain-pemain terus ke dalam padang dan penyokong dikawal rapi supaya selamat ke bahagian khas penyokong Away.

Tiba masa perlawanan. Istiadat Lagu Kebangsaan bermula, dan di detik inilah, buat pertama kalinya dalam sejarah Bolasepak dan Negara Malaysia, Negaraku dihina di kandang asing. Sorakan boo menggegarkan stadium Sukarno yang jelas masih dihantui sentimen ‘Ganyang Malaysia’.

Penyokong dan Pemain Malaysia langsung tidak hiraukan provokasi tersebut, mereka nyanyikan Negaraku dengan sepenuh hati dan jiwa bagi menunjukkan rasa Patriotisme dan Hormat bagi Negara Federasi Malaysia. Sedikitpun tidak megentarkan jiwa mereka yang dikelilingi hampir keseluruhan penyokong fanatik Indonesia dari Sabang sampai Merauke, dari Aceh United FC ke Persipura Jayapura. Penyokong terhad Malaysia menafikan kesemua ketakutan itu dengan ‘sepele’.

Perlawanan diheret ke penalti alhasil dari gol Gunawan Dwi Cahyo dan Tandukkan Bumi Asraruddin Putra Omar. Ketegangan memuncak dengan provokasi dari Indonesia semakin bising bila giliran Malaysia mengambil sepakan. Terus dan terus, Malaysia berjaya tambah defisit buat Indonesia apabila sepakan Gunawan Dwi Cahyo ditampan Khairul Fahmi Che Mat ‘Apek’. Kapten Baddrol Bakhtiar menjadi algojo terakhir untuk memastikan Indonesia tewas di kandang sendiri buat kali ketiga berturut turut di tangan Malaysia, yang juga menjadi juara kali kedua di bumi Jawa. Negaraku tidak lagi dikacau oleh penyonkong tegar NKRI.

Pertarungan tandukkan diantara pemain Malaysia dan Indonesia

2012 menghantar kedua negara bertemu sekali lagi. Kali ini Malaysia gah menjadi naib juara kumpulan selepas tewas dalam bilangan gol dengan Singapura. Perlawanan kumpulan B dimana Malaysia menjadi hos baginya menyaksi Indonesia tersingkir dengan tragis.

Ini kerana ia tewas di kandang yang menyumpahnya di tahun 2010 dan juga buat pertama kali dalam sejarah moden, terkeluar di peringkat kumpulan, lebih parah, di kaki Malaysiia. Perlawanan penentuan itu juga dicemari dengan sorakan ‘Indonesia Itu A*****’ oleh Ultras Malaya yang mengimbau memori pahit 2011 di Gelora Bung Karno akibat dihina oleh Ultras Garuda yang melampaui batas.

2013 Malaysia dan Indonesia bersua di tiga pertandingan. AFF U16 bermula dahulu dengan Malaysia seri 0-0 di perlawanan keempat Harimau Muda. Namun dengan secara keseluruhan baki perlawanan yang dimenangi Malaysia, ia dipastikan menjadi juara kumpulan selepas terikat 8 mata bersema Garuda Muda. Selang seli ke permainan akhir.

Sekali lagi kedua negara musuh ‘bebuyutan’ ini bertemu untuk meraih gelaran juara, kedua negara ini masih lagi tidak menjuarai pertandingan kategori umur tersebut. Indonesia bermula garang dengan gol oleh Gatot minit ke 28. Perlawanan seakan menunjukkan bahwa Indonesia ialah juara sulung buat kali ini akan tetapi Harimau Malaya di hadiahkan sepakan penalti di minit ke 89, hasil kesalahan pemain pertahanan Indonesia.

Shahrul Adnan menjadi penyelamat dengan tendangan memasuki gawang Indonesia dengan tepat. Perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum Wayang Kesatria Penalti. Malaysia kini berdepan episod sama seperti Sukan Sea 2011 namun tanpa penyokong besar Indonesia yang fanatik.

Nasib malang menimpa Malaysia apabila permulaannya buruk dengan 3 pemain tidak dapat melaksanakan tugas mereka. Hafiy Ghaffar dan Imran masing masing tidak dapat menewaskan penjaga gol Indonesia. Nasib menyebelahi Malaysia apabila Radja juga gagal menyempurnakan sepakanya, jikalau tidak, Garuda Muda sudah pasti akan menjadi juara.

3 lagi pemain Indonesia turut gagal dalam persembahan algojo mereka, dan tendangan akhir dari sang penjaga gol. yang juga wira Sukan Sea 2017, Mohammad Haziq Nadzli, memusnahkan impian Indonesia sekali lagi untuk merasa kejuaraan. Di kejohanan berikutnya, Malaysia B19 turun berdepan Indonesia pada di Gelora Delta Sidoarjo, venue yang sama bagi kejohanan 2018 di mana Malaysia begelar juara. Namun di edisi ini Malaysia harus akur hanya sekadar seri dengan Indonesia hasil 1-1 dan dipastikan tersingkir  selepas beza dua mata bersama Indonesia. Indonesia menjuarai piala tersebut buat pertama kalinya.

Di Sukan Sea 2013, Malaysia berdepan Indonesia di Myanmar. Laluan kedua negara berbeza sama sekali. Ini kerana Malaysia muncul juara kumpulan A manakala Indonesia sekadar naib juara mengiringi Thailand. Di separuh akhir, drama yang sama berulang  selepas Harimau dan Garuda Muda seri terikat, dengan Bayu Gatra menerkam di babak pertama, dan Thamil Arasu jadi penyelamat Malaysia di babak kedua. Terus, waktu tambahan di mainkan sebelum wayang penalty.

Malang sekali Malaysia dikalahkan selepas wira minit akhir Thamil Arasu dan Shahrul Saad gagal menyempurnakan sepakan mereka. Harapan seolah diberikan selepas Manahati Lestusen juga gagal di tendangan ketiga namun selebihnya Indonesia Berjaya memasukkan bola mereka. Buat pertama kalinya Malaysia tewas di tangan Indonesia dalam aksi penalty dan tersingkir. Lebih parah, kalah di tangan Singapura bagi tempat 3/4. Indonesia pula terlepas peluang untuk tamatkan kemarau selepas tewas 1-0 di tangan Thailand.

Thanabalan menjaringkan gol kemenangan Malaysia di Sukan Sea 2017

2017 Malaysia dan Indonesia bertemu lagi di Sukan Sea. Kali ini di hoskan di Malaysia dan Bukit Jalil menjadi saksi bagi seluruh pecinta Bolasepak tanah air dan warga asing. Indonesia, yang telah dibelasah sebelum itu di peringkat kelayakan AFC B16 dan 19, ingin membalas dendam terhadap Malaysia di hadapan penyokong tuan rumah.

Insiden bendera terbalik dan penarikan diri skuad Sepak Takraw puterinya juga mengundang sentimen 2011 yang membakar semangat.  Malaysia justru berdepan terkekan keinginan peminat untuk baham Indonsia selepas cemerlang di peringkat kumpulan.  Perlawanan berlangsung sengit dengan Indonesia bermula rancak dengan serangan. Evan Dimas dan rakan-rakanya Berjaya mengkotak-katikkan barisan Malaysia dan penyokongnya.

Namun nasib sekali lagi menyebelahi Malaysia apabila tandukkan wira N. Thanabalan, berjaya menembusi gawang Garuda Muda dan perlawanan berakhir dengan emosi, tangisan, serta duka lara bagi penyokong Indonesia. Kekalahan ketiga berturut turut di tangan Malaysia dalam hanya masa satu tahun. 

Meski memperoleh pemain pemain berbakat. Indonesia sering tewas secara epik di tangan Harimau Muda. Media Indonesia soroti kekalahan berikut sebagai ‘heroik dan memuji Satria Tama, penjaga gol Indonesia yang beraksi cemerlang manampan bola-bola Malaysia. Namun begitu. Malaysia bernasib malang apabila berjumpa Thailand apabila Haziq Nadzli tertampan ke dalam gol sendiri, justru Malaysia kempunan di tangan Thailand, ‘Seteru Badi’ Harimau Malaya sekian lama.

Egy M. Vikri menedang bola sambil dihadang pertahanan negara

2018 menjadi medan terbesar buat kedua negara apabila Sukan Asia Jakarta-Palembang bersiap untuk terima atlit di seluruh pelusuk Asia. Malaysia dan Indonesia, seteru abadi sejak merdeka, bahkan dari zaman Melaka dan Majapahit, bersua bagaikan perang. Di Surabaya, pemain dan staf Malaysia dihujani botol dan batu selepas menewaskan ‘Timnas’ Indonesia di drama penalti sekali lagi.

Di Kejohanan Bawah 16, pertembungan Malaysia-Indonesia kembali bersua, dengan Malaysia sekali lagi ingin mencipta ‘kepedihan’ kepada skuad Garuda Muda. Dalam perlawanan ini, sayang Malaysia terpaksa akur apabila kesilapan di lewat masa membawa padah apabila Indonesia dihadiahkan sepakan penalti.

Dengan bergaya, pemain Indonesia Bagus Kahfi menyempurnakan tendangannya di minit ke 72, justru menghantar Malaysia ke perlawanan tempat ketiga bersama dengan Myanmar. Malaysia tamatkan kempen di tempat ketiga apabila berjaya menewaskan Myanmar dengan 1-0, hasil dari jaringan Alif Daniel di minit-minit penghujung permainan.

Di Sukan Asia 2018. Malaysia dan Indonesia tidak bersemuka namun ‘bahang’ tuan rumah terhadap pasukan ‘paling dibenci’ mereka yaitu Malaysia bertanding di kumpulan E bersama-sama dengan Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan. Sukan Asia ini juga menyaksikan ‘jaguh’ siber Malaysia, Indonesia dan Vietnam berperang bagi maruah masing-masing.

Indonesia juga dikecam akibat memberi padang latihan buruk kepada Malaysia dan Vietnam, justru membangkitkan persoalan ‘tidak adil’ dalam layanan terhadap dua pasukan Asia Tenggara yang bertanding dalam edisi kali ini. Apa yang menariknya, selepas menjadi juara kumpulan masing-masing. Malaysia dan Indonesia tunduk di peringkat Suku Akhir, dengan Indonesia tewas dalam aksi penalti menentang UAE, dan Malaysia pula, disingkirkan pasukan Jepun akibat penalti minit akhir juga dari kesilapan Dominic Tan.

Pada tahun ini, tanggal 17 Ogos, Malaysia akan bertemu dengan Indonesia pada tarikh keramat ‘Negara Kesatuan Republik Indonesia’, bulan kemerdekaan bagi Indonesia dan Malaysia. Sudah pasti kedua pasukan ingin menghadiahkan kemenangan berprestij ‘Derbi Alam Melayu’ bagi hari kebebasan masing-masing.

Indonesia akan cuba sedaya upaya bagi mengelakkan ‘Malapetaka Agustus’, dan bagi Malaysia, untuk menaikkan moral negara yang saban hari dibelenggu isu politik. Ayuh Harimau Muda! Mari cipta satu lagi kejayaan, kali ini, di bumi Vietnam pula! Ikuti jejak B-15 yang juara di Thailand! Kita jangan sesekali menyerah kalah dalam pertempuran  maruah negara. Kejohanan AFF B-18 menjadi medan terbaik untuk bersiap bagi Kelayakkan Piala Dunia 2020!

RUJUKAN:

https://ultrasmalaya.wordpress.com/2012/02/22/ultras-malaya-ke-gelora-bung-karno-bahagian-ketiga-akhir/ (Kesaksian di GBK, 2011.)

http://www.goal.com/en-my/news/3891/features/2014/11/24/6660541/flash-back-aff-suzuki-cup-2010 (Refleksi 2010)

https://www.fourfourtwo.com/my/features/asias-biggest-rivalries-malaysian-and-indonesian-intensity (Sejarah Perseteruan)

https://www.fam.org.my/news/malaysia-wins-aff-u16-aya-bank-championship-2013 (Kemenangan 2013)

http://www.astroawani.com/berita-sukan/sukan-sea-meski-tewas-sokongan-masih-teguh-di-belakang-harimau-muda-27239 (Sukan Sea 2013)

https://bolalob.com/read/92782/lecehkan-bendera-indonesia-pemain-malaysia-u-16-dihujani-makian (Media Indonesia dan Perseteruan)

https://dwioktanugroho.wordpress.com/2013/08/15/negara-negara-yang-masih-memiliki-musuh-bebuyutan/ (Kredit Sumber Gambar)

https://www.tribunnews.com/superball/2012/12/02/tersingkir-dari-piala-aff-2012-pembelajaran-bagi-sepakbola-indonesia (Kredit Sumber Gambar 2 dan Laporan 2012, oleh Tribunnews.com)

https://football-tribe.com/asia/2017/08/27/thanabalan-header-secures-sea-games-final-spot-malaysia/ (Kredit Sumber Gambar 3 dan Laporan Sukan Sea 2017, oleh Bola.com)

https://sport.detik.com/sepakbola/liga-indonesia/d-4112114/malaysia-vs-indonesia-berlanjut-ke-adu-penalti (Kredit Sumber Gambar 4, oleh Zabur Karuru, ANTARA)

https://semuanyabola.com/jaguh-siber-indonesia-malaysia-vietnam/ (Perang Jaguh Siber Se-Asean)

http://www.astroawani.com/berita-sukan/menang-ke-atas-korea-selatan-rakyat-malaysia-tidak-bermimpi-183300 (Kesaksian Penyokong Indonesia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Nasionalis dan Konservatif. Negara nombor satu dalam dada. Mengimpikan suatu hari nanti permainan video dalam Bahasa Melayu mendapat liputan meluas. Peminat "furries."

Comments are closed.