Seorang warga Russia, seorang warga Korea dan seorang warga Mexico masuk ke dalam sebuah bar. Bagaimanakah mereka berbual antara satu sama lain?

Tentunya dalam bahasa Inggeris walaupun ia bukanlah bahasa ibunda mereka. Sekarang, gantikan (latar tempat) bar itu dengan Persidangan Kerjasama Asia-Pasifik (APEC) di China yang berlangsung pada minggu ini. Setiap ketua negara yang mewakili negara-negara berkenaan masih jua perlu berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana bahasa Inggeris adalah satu-satunya bahasa rasmi bagi APEC, walaupun jika perkumpulan APEC itu diadakan di Beijing.

Baru-baru ini, Mark Zuckerberg telah menarik perhatian ketika lawatan persendiriannya ke Beijing ekoran beliau memberikan kenyataan dengan menggunakan bahasa Mandarin. Berita tersebut melahirkan buah mulut yang berkisar seputar adakah kenaikan ekonomi Cina menandakan bahawa bahasa Mandarin juga berupaya untuk menandingi bahasa Inggeris sebagai bahasa global pada suatu hari nanti?

Tak usah pasang hasrat langsung (untuk hal tersebut menjadi kenyataan). Kefasihan bertutur dalam bahasa Mandarin sememangnya akan sentiasa membantu memudahkan para pengunjung luar negara untuk menjalankan perniagaan di Cina, sama seperti kemahiran bertutur bahasa Portugis dapat memberikan kelebihan ketika berada di Brazil.

Namun, bahasa Mandarin sama sekali tidak berupaya menggugat bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan dunia, di mana bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua sesiapa pun jua ketika mereka ingin berkomunikasi dan berdagang di luar sempadan negara.

Berkat percaturan bijak daripada empayar British pada masa dahulu, penutur-pribumi Inggeris dapat mengambil kedudukan-kedudukan strategik di merata dunia. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ibunda bagi budaya popular sedunia seperti industri industri muzik, wayang, dan juga sukan terutama apabila berlakunya peningkatan kemasyhuran Liga Bola Sepak Inggeris (England’s Premier Leage).

Selain itu, tidak diragukan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa teknologi yang menghubungkan kita semua. Kebanyakan bahasa langsung tidak berminat untuk menamakan semula istilah bagi perkara-perkara seperti ‘internet’ atau ‘text’ atau ‘hashtag’.

Tidak menghairankan apabila keluar anggaran lebih kurang dua billion manusia akan bertutur dalam bahasa Inggeris menjelang 2020, di mana kebanyakan daripada mereka mempelajari bahasa tersebut sebagai bahasa kedua mereka.

Bahasa Inggeris secara asasnya merupakan sebuah bahasa yang bersifat berkecuali (neutral). Tiada ciri pengkhususan jantina dalam bahasa Inggeris sepertimana yang wujud dalam bahasa Romawi. Tidak ada juga pengkelasan taraf atau beza umur di dalam bahasa tersebut, berbeza dengan kebanyakan bahasa yang mempunyai ciri yang membezakan perkataan ‘kamu’ dengan konjugasi kata kerja yang berbeza-beza.

Contohnya, perkataan ‘kamu’ yang bersifat hormat (merujuk kepada ketua, orang tua, atau orang tak dikenali) berbanding perkataan ‘kamu’ untuk kenalan rapat (rakan, orang bawahan, kanak-kanak). Bahasa ini merupakan sebuah bahasa yang moden dan memiliki ciri kesamarataan yang bukan sedikit. Makanya, penggunaan bahasa ini juga bersifat lebih mudah dan jelas.

Bahasa Inggeris juga bersifat jauh lebih berkecuali dalam hal politik berbanding apa yang kita fikirkan. Malahan, pihak propaganda Jihad Islamis (merujuk kepada militan seperti IS) turut mengakui bahawa bahasa Inggeris itu lebih mudah untuk digunakan bagi tujuan menyebarkan dakyah mereka ke seantero dunia.

Dan sebarang kemunduran relatif kuasa dan pengaruh Amerika secara global di masa hadapan pada hakikatnya akan membantu penggunaan bahasa Inggeris secara lebih melua dan bukannya merosakkannya sekaligus hal ini akan menguraikan persepsi manusia terhadap bahasa Inggeris daripada perkaitan dengan Amerika Syarikat dan pengaruhnya.

Bahasa Perancis merupakan bahasa terakhir yang dilihat berpotensi untuk bersaing menjadi bahasa lingua franca dunia. Kita juga dapat mudah dapat memahami betapa bahasa ini terluka dan terkesan ekoran kegagalannya merebut tempat daripada bahasa Inggeris. Namun begitu, syarikat-syarikat Perancis juga dituntut untuk selari dengan aturan dunia dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa organisasi mereka.

Terdapat satu kisah yang boleh dianggap sebagai satu parody bagi negara Perancis moden di mana ianya melibatkan faktor kekecewaan yang menjadi dasar berlakunya mogokan di Air France baru-baru ini. Ianya berasas daripada kemarahan dalam kalangan kesatuan (union) syarikat penerbangan terhadap polisi pengambil bahasa Inggeris sebagai bahasa tetap bagi kegunaan komunikasi dalaman di setiap operasinya di peringkat global.

VIDEO SOAL JAWAB MARK ZUCKERBERG YANG BERLANGSUNG DALAM BAHASA MANDARIN –https://www.youtube.com/watch?v=l3WPEA5wovc

Halangan bagi bahasa Mandarin untuk mendapatkan kedudukan sebagai bahasa antarabangsa adalah terlalu besar. Hal ini berdasarkan faktor linguistik, ekonomi, kebudayaan dan politiknya sendiri. Perincian awal, bahasa Mandarin merupakan suatu bahasa yang terlalu sukar untuk warga luar mencapai tahap pertuturan yang fasih. Tambahan lagi, wujud pula kenyataan yang agak tidak menyenangkan di mana bahasa Mandarin pada hakikatnya tidak dipandang tinggi pun di segenap pelusuk China.

Sememangnya, penentangan paling tinggi ke atas sebarang dakwaan berkenaan kedudukan bahasa Mandarin di peringkat dunia adalah berlaku di negara-negara berjirannya sendiri. Kaji selidik yang dilakukan oleh PEW Research Center’s Global Attitude Project menunjukkan bahawa penduduk di negara-negara seperti Filipina, Vietnam, Korea dan Jepun lebih selasa dengan Amerika bebanding China sebagai kuasa besar serantau. Dan ia bukanlah suatu kebetulan apabila bahasa Inggeris menjadi satu-satunya bahasa rasmi bagi sebuah pertubuhan serantau negara-negara Asia Tenggara – ASEAN.

Kaedah cordon sanitaire (pendiding) dalam rangka menyekat penyebaran kebudayaan (atau jika tiba pada tahapnya, ketenteraan) China merupakan salah satu kedinamikan dunia hari ini yang kurang dihargai di mana hal ini merupakan aurgur (isyarat) yang bagus bagi bahasa Inggeris dan pengaruh budaya Amerika.

Segala keriuhan yang menyelubungi peningkatan Cina ke taraf kuasa besar telah membuatkan kita terlepas pandang akan satu hakikat yang disebutkan oleh ejen-ejen hartanah sebagai “Kawasan Sempadan China (China Adjacent Region atau CAR) yang mempunyai jumlah penduduk dan kuasa ekonomi yang jauh terkehadapan meninggalkan China – melibatkan gabungan negara Jepun, Korea, Malaysia, Vietnam, Indonesia dan seluruh Asia Tenggara serta India.

Jadi, tak usahlah mengharapkan yang bahasa Mandarin akan dapat mencapai keunggulan-peringkat-global dalam mengambil-alih kedudukan bahasa Inggeris. Itu adalah berita baik bagi rakyat Amerika. Namun ada juga berita buruk terutama bagi penduduk Amerika yang merasakan bahawa mereka tidak perlu mempelajari bahasa kedua (sebagaimana negara-negara lain yang dituntut mempelajari bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris).

Hal ini kerana kesejagatan bahasa Inggeris itu sendiri akan membuatkan semakin ramai populasi di dunia mampu bertutur dalam pelbagai bahasa (sekurang-kurangnya dua bahasa) di mana mereka akan bercakap bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda mereka. Namun begitu, penduduk Amerika masih memiliki kelebihan di mana mereka boleh memilih bahasa kedua mengikut citarasa tersendiri.

SUMBER:

Andres Martinez. (14 November 2014). Why Mandarin Won’t Be A Lingua Franca. Times. https://time.com/3585847/mandarin-lingua-franca/ (Terjemahan dan diolah sendiri daripada The Times).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan di dalam bidang perubatan di RCSI, Ireland, dan PMC(RUMC), Pulau Pinang. Kini, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang Kesihatan Awam. Seorang yang meminati hal-ehwal sejarah, falsafah, geopolitik dan bahasa. Cenderung kepada Gagasan Islamisasi Ilmu oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Mempunyai pengalaman dalam menerjemah buku dan sedang mempelajari bahasa Rusia dan Mandarin. Bercita-cita untuk menjadi seorang polymath dan polyglot.

Comments are closed.