P3ny3mb3lih4n haiwan menurut syariat Islam adalah bertujuan untuk mem4tikan haiwan darat yang halal dimakan menurut kaedah yang tertentu. Proses s3mb3lihan juga bukan sahaja dianjurkan dalam agama Islam sahaja, tetapi terdapat juga dalam agama lain seperti Judaism (Yahudi).
Menurut syariat Islam terdapat 3 kaedah s3mb3lihan yang dibenarkan,iaitu s3mb3lihan secara, An-Nahru, Ad-Dzabhu dan Al-‘Aqru.
1) (النحر ) An Nahru
Kaedah mem4tikan haiwan darat yang halal dimakan dengan menikam pangkal leher haiwan yang berleher panjang(dalam mazhab Syafi’iy,khusus bagi unta sahaja) bagi memutuskan merih (salur makanan) dan halkum(salur nafas), dengan keadaan unta tersebut berdiri di atas 3 kakinya dan kaki kiri hadapan unta itu diikat agar unta mudah rebah selepas proses An Nahru selesai.
2) (الذبح) Adz-Dzabhu
Kaedah lazim mem4tikan haiwan darat yang halal dimakan dengan memotong pada pertengahan ataupangkal leher dan memutuskan merih serta halkum.
3) (العقر) Al-‘Aqru
S3mb3lihan dengan cara Al ‘Aqru merupakan cara s3mb3lihan di luar kebiasaan apabila haiwan buruan atau ternakan tidak dapat disembelih dengan cara biasa,maka dibalingkan objek atau senjata tajam semisal panah,lembing dan sebagainya dengan niat untuk mem4tikan haiwan tadi.
Dalil s3mb3lihan Al ‘Aqru:
Dari Sayyiduna Rafi’ bin Khudaij katanya; “Kami memperolehi unta dan kambing (sebagai
rampasan perang) Dan dalam riwayat yang lain menyatakan bahawa bersama-sama kumpulan itu, terdapat seekor kuda melalui tempat itu dan menyebabkan seekor daripada unta tawanan itu terperanjat dan terus lari. Lantas, unta itu dipanah oleh seorang lelaki dan menyebabkan ia m4ti.
Maka bersabda Rasulullah :Di kalangan binatang ini, terdapat juga
yang liar, sebagaimana binatang yang lain. Justeru, kepada binatang yang bertindak demikian, lakukanlah sebagaimana binatang liar yang lain.” (Riwayat Imam Muslim)
Alat yang digunakan untuk s3mb3lihan jenis ini mestilah dari alatan tajam yang akan melukakan serta mengalirkan d4r4h dari tubuh haiwan tersebut dan bukan dari jenis tumpul yang m3mbunuh haiwan tersebut dengan hentaman seperti batu,peluru penabur dan sebagainya.Demikian juga seandainya anak panah yang dihalakan tersasar dan memukul atau menyebat haiwan tersebut dengan batangnya dan bukan melukakan dengan matanya maka ia tidak halal dimakan sekiranya haiwan itu m4ti.
Memadai sebelum panah/peluru/senjata dilepaskan, p3ny3mb3lih menyebut nama Allah dan sekiranya tembakannya mengenai haiwan itu dan langsung m4ti, maka halal haiwan tersebut. Sekiranya tembakannya hanya mendatangkan cedera sedang haiwan itu masih ada hayat mustaqirrah maka hendaklah disembelih seperti biasa sebelum daripada ia m4ti, jika tidak, ia tidak halal dimakan.
Berikut merupakan gambar rajah bahagian tubuh haiwan yang terlibat dalam proses s3mb3lihan.
Menurut mazhab Syafi’iy, bahagian yang wajib dipotong ketika s3mb3lihan hanyalah Merih dan Halkum, sedangkan dua pembuluh d4r4h utama di samping kedua salur tersebut hanya dihukumkan sunat sahaja untuk diputuskan dan tidak akan menjejaskan sahnya s3mb3lihan sekiranya tidak diputuskan.
S3mb3lihan memiliki rukun-rukun yang tertentu serta syarat sah yang akan memastikan haiwan yang disembelih tadi benar-benar halal untuk dimakan.
Rukun-rukun s3mb3lihan adalah seperti berikut:
- Haiwan S3mb3lihan
- P3ny3mb3lih
- Alat P3ny3mb3lih4n
Syarat Sah S3mb3lihan
1) Haiwan S3mb3lihan
– Haiwan darat yang halal dimakan
– Haiwan masih hidup, iaitu masih diyakini berada dalam keadaan hayat mustaqirrah ketika s3mb3lihan
2) P3ny3mb3lih
– Mestilah seorang Muslim atau Ahli Kitab
Berkenaan dengan takrif Ahli Kitab,Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Julai 1977 yang memutuskan bahawa takrif Kafir Kitabi ialah orang Yahudi atau Nasrani adalah seperti berikut:
– Yang berketurunan Nabi Yaakub jika tidak diketahui datuk neneknya memeluk agama itu selepas dinasakhkan (dibatalkan) oleh agama yang berikutnya seperti agama Yahudi dinasakhkan oleh agama Nasrani dan agama Nasrani dinasakhkan oleh agama Islam; ATAU
– Yang bukan berketurunan Nabi Yaakub jika diketahui datuk neneknya memeluk agama itu sebelum dinasakhkan
– Berakal, tidak sah s3mb3lihan seorang yang gila.
– Berniat hendak melaksanakan s3mb3lihan ketika menyembelih
3) Alat S3mb3lihan
- Mestilah dari alatan yang tajam yang boleh memutuskan merih
dan halkum,atau dapat mem4tikan haiwan dengan kadar yang segera sekiranya tidak
dapat dilakukan s3mb3lihan secara normal
- Tidak terbuat dari tulang,kuku,gigi,tali atau rambut.
Selain daripada mematuhi segala syarat sah s3mb3lihan, p3ny3mb3lih juga hendaklah menjaga adab-adab s3mb3lihan demi kebajikan haiwan yang akan disembelih seperti:
- Tidak menjatuhkan haiwan s3mb3lihan dengan kasar
- Tidak menyembelih haiwan di hadapan haiwan lain
- Tidak menyembelih dengan alatan yang tidak ditajamkan
- Tidak menajamkan pisau s3mb3lihan di hadapan haiwan yang akan disembelih
P3ny3mb3lih4n secara syarak sebenarnya terbukti lebih bersikap perikemanusiaan terhadap haiwan kerana dapat mem4tikan haiwan dengan lebih cepat dengan cara yang paling kurang menyakitkan kerana bekalan oksigen serta d4r4h ke otak dihentikan sekaligus apabila salur nafas dan pembuluh d4r4h utama diputuskan ketika s3mb3lihan, menyebabkan reseptor kesakitan tidak mampu menghantar isyarat secara terus menerus kepada otak.
Bahkan proses mengalirkan d4r4h keluar dari tubuh haiwan ketika s3mb3lihan juga dapat menjamin mutu daging serta mengelakkan pencemaran mikroorganisma dan bakteria.
RUJUKAN:
- Tuhfah Al-Muhtaj bi Syarh Al-Minhaj, Imam Ibn hajar Al-Haithami
- Fiqh Al-Islam wa Adillatuhu, Dr Wahbah Az-Zuhaily
- Jewish And Muslim Methods Of Sl*ughter Prioritise Animal Welfare, https://www.theguardian.com/commentisfree/2014/mar/06/jewish-muslim-slaughter-animal-welfare-humane
- Bleeding, Humane Slaughter Association, https://www.hsa.org.uk/bleeding-and-pithing/bleeding
- Traditional Halal Sla*ghter from Scientific Perspectives , International Journal of Social Policy and Society Volume 11/2015 (IJSPS)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih