Seksyen 38, Peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Akta Kilang dan Jentera 1967 menggariskan tentang keperluan majikan untuk menyediakan peti pertolongan cemas di tempat kerja.
Dalam jadual keempat peraturan ini, dah ditulis apa yang perlu ada di dalam peti pertolongan cemas. Ada 16 benda yang wajib diletakkan di dalam kotak tersebut. Jadual tu jugak menggariskan berapa kuantiti bahan dalam peti pertolongan cemas berdasarkan jumlah pekerja di tempat kerja.
- Dressing kecil untuk kegunaan luka kecil pada jari
- Dressing sederhana untuk kegunaan tangan atau kaki.
- Dressing besar untuk lain-lain bahan badan.
Dressing atau kain kasa ini perlulah disterilkan untuk mengelakkan berlakunya penyebaran bakteria pada luka.
- Dressing untuk luka yang boleh dilekatkan.
- Kain balutan berbentuk segitiga. Kain ini digunakan untuk mengikat anduh pada tangan sekiranya kepatahan pada tangan.
Anduh digunakan untuk menyokong tangan dan merehatkan tangan supaya tidak berlaku pergerakan yang boleh menyebabkan luka kepatahan menjadi lebih teruk.
- Kain balutan 1 inci dan 2 inci
- Micropore atau plaster luka. Untuk kegunaan luka kecil, pastikan luka dicuci dengan air bersih sebelum ditampal dengan plaster.
- Kapas untuk mencuci luka. Kapas perlulah disterilkan untuk memastikan tidak berlaku penyebaran bakteria.
- Splint untuk menyokong bahagian tubuh yang kepatahan. Sama seperti anduh, splint digunakan untuk memastikan tiada pergerakan pada bahagian tubuh yang berlaku kepatahan. Kalau dalam situasi kecemasan dan ketiadaan peti pertolongan cemas, kayu atau plastik yang panjang (sama panjang dengan bahagian tubuh seperti kaki/tangan yang patah) boleh digunakan.
- Ubat mata. Ubat yang kita titis ke mata sekiranya dimasuki habuk atau bendasing.
- Pad Mata untuk luka pada bahagian mata.
- Kain pembalut elastik. Ini digunakan untuk memberi tekanan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bandage biasa yang elastik itu pun sesuai.
- Iodin alkohol dalam botol atau alcohol swab. Ini digunakan untuk mematikan kuman sebelum luka itu dibalut. Air bersih boleh digunakan untuk menggantikan alkohol swab. Selain itu, sekarang juga ada cecair antiseptic dettol yang boleh didapati di farmasi atau kedai.
- Sal Volatile atau garam berbau. Bahan ini digunakan untuk menyedarkan mangsa yang pengsan. Botol perlulah dilabel supaya tidak tertukar kegunaan dengan iodin alcohol tadi.
- Gunting kecil. Siap tulis dalam akta hujung gunting mestilah tumpul.
- Safety pin untuk mengikat balutan.
Aku tahu ada saranan untuk letak panadol, painkiller dan vitamin dalam peti pertolongan cemas. Malah, kalau peti pertolongan cemas dirumah siap diletakkan sekali dengan ubat batuk dan gelusil (ubat gastrik).
Ini adalah salah. Pertamanya dalam Seksyen 38(3) ditulis adalah tidak membenarkan bahan lain selain yang ternyata dalam jadual empat. Keduanya ubat untuk kegunaan luar seperti dettol/alcohol tidak sepatutnya dicampur dengan ubat makan. Tambahan lagi bercampur dengan bahan seperti gunting/safety pin yang telah digunakan untuk mencuci luka tetapi tidak dibersihkan selepas kegunaan.
Jika anda masih mahu letakkan ubat makan seperti panadol atau vitamin, pastikan didalam bekas yang berasingan dengan bekas kegunaan luar.
Ubat seperti painkiller juga sepatutnya diberikan oleh orang yang bertanggungjawab seperti nurse industri atau first aider. Dia boleh mengawal keperluan ubat tersebut untuk mengelakkan pengambilan berlebihan.
Reaksi kimia apabila suhu meningkat juga boleh menyebabkan ubatan tadi tercemar sekiranya diletakkan di dalam peti pertolongan cemas. Kotak atau bekas untuk dijadikan peti pertolongan cemas perlulah kedap supaya tak merosakkan bahan yang telah disterilkan.
Bekas yang digunakan untuk menyimpan peralatan kecemasan juga perlulah kukuh, tidak berkarat dan menghalang habuk masuk dan menjejaskan peralatan yang telah disteril. Pekerja juga perlu diberitahu kedudukan peti pertolongan cemas dan berada dalam mudah dicapai dalam situasi kecemasan.
Untuk menggunakan semua peralatan kecemasan ini dengan cara yang betul, pekerja mestilah telah diberikan latihan berkaitan. Sekiranya ada lebih dari dua puluh orang pekerja dalam sesebuah premis, perlu ada seorang pekerja yang bertanggungjawab untuk mengawal selia peti pertolongan cemas dan mahir dalam rawatan awal.
Sekiranya tempat kerja itu mempunyai lebih dari 150 orang pekerja, majikan perlu menyediakan sebuah bilik untuk digunakan merawat mangsa. Bila ada bilik dan orang bertanggungjawab, perlulah ada prosedur yang selamat untuk memastikan kerja berjalan lancar.
Untuk menjadi seorang first aider yang bertauliah, sesorang akan dihantar untuk menjalani kursus dibawah agensi yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan mengambil ujian bertulis selepas akhir kursus. Sijil ini sah untuk tempoh tiga tahun dan perlu diperbaharui selepas tamat tempoh dengan menjalani kursus dan ujian semula.
Rawatan awal penting untuk memastikan kecederaan mangsa tidak menjadi lebih teruk. Sebagai contoh kalau berlaku kepatahan dan mangsa terus bergerak tanpa splint pada kepatahan, tentunya kecederaan akan berlaku lebih teruk. Sama juga sekiranya luka akibat tertusuk, sekiranya tidak diberikan rawatan awal untuk menghentikan pendarahan tentunya akan mengakibatkan bahaya pada mangsa hingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
RUJUKAN:
- First Aid Kits, OHS Representation.
http://www.ohsrep.org.au/faqs/workplace-and-amenities/first-aid-kits
- Guidelines on first-aid in the workplace 2nd edition, 2004, Department of Occupational Safety & Health. http://www.dosh.gov.my/index.php/en/legislation/guidelines/occupational-health-1/656-03-guidelines-on-first-aid-in-the-workplace-2nd-edition-2004/file
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih