Bagi yang pernah menonton filem Bridge of Spies, pasti sudah masak dengan nama lelaki ini: Francis Gary Powers. Ya, dialah juruterbang pesawat pengintip U-2 yang ditukar bersama pelajar Amerika, Frederic Pryor dengan pengintip Soviet, Rudolf Abel di Jambatan Glienicke, Berlin, Jerman pada tahun 1962 selepas setahun dipenjarakan di penjara Soviet.

Tetapi yang lebih menarik di sini ialah keterangannya berkenaan mesin pengesan pembohongan sebagai sebahagian daripada temuduga kerja sebagai juruterbang U-2 pada tahun 1956. Berikut kenyataan dan terjemahan di bawah:

“Ada sebarang bantahan untuk ambil ujian pengesan pembohongan? Walaupun saya sudah melalui banyak ujian, saya tidak pernah bersuara dan menggeleng kepala. Jika inilah syarat untuk mendapatkan kerja itu, saya akan lakukannya. Tapi saya tidak sukakannya. Saya tidak pernah merasa diri terdedah sebegitu rupa seperti tiada bentuk privasi.

Jika pada masa itu, seseorang menyerahkan kepada saya petisyen melarang poligraf selama-lamanya, saya dengan rela hati akan menandatanganinya. Bila saya ditanya soalan terakhir dan semua wayar dikeluarkan, saya bersumpah tidak akan mengambilnya lagi dalam apa jua keadaan sekalipun kerana jika saya mengambilnya, ia dianggap satu penghinaan terhadap integriti saya.”)

Tetapi bagi kebanyakan agensi keselamatan dan perisikan seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, ia terus menjadi sebahagian daripada peralatan untuk mendapatkan kebenaran. Teknologi kontroversi ini dibangunkan oleh pakar-pakar psikologi sejak tahun 1920-an dan selepas ia ditambahbaik, ia menjadi sebahagian daripada peralatan pihak swasta dan keselamatan pada dekad berkenaan.

Ukuran poligraf dari tekanan darah hinggalah tahap pernafasan selalu menjadi penanda seseorang itu berbohong atau tidak tetapi tidak pernah dibuktikan sebagai penanda pembohongan yang boleh dipercayai.

Bukan hanya gangguan emosi sebenar sukar ditiru dalam persekitaran makmal tetapi juga berbeza dalam kalangan individu dan boleh diatasi dengan langkah seperti menekan kaki dengan paku tekan (lihat Ocean’s Thirteen) atau mencubit diri sendiri sebelum memberi reaksi. Dalam ujian berskala besar pula, wujud kemungkinan penanda positif palsu yang banyak dan tidak boleh dielakkan.

Di samping itu, soalan-soalan yang diajukan semasa ujian poligraf yang menunjukkan orang itu layak atau tidak bersifat teknikal semata-mata. Malah berdasarkan analisis akhir, agensi-agensi perisikan Amerika tidak pernah menceritakan apa ciri perwatakan yang dicari mereka sebagai kakitangan contoh.

Melihat kepada sejarah Powers, tidak hairanlah mengapa ia mula diragui oleh ramai pihak termasuk Kongres. Bagi menyegarkan semula minda para pembaca, pesawat U-2 ini menjadi sumber berharga pihak perisikan untuk mendapatkan maklumat pengintipan Soviet dari udara dari tahun 1956 hingga 1960.

Dan selepas Powers ditangkap, Washington cuba menjual cerita pesawat yang jatuh itu ialah belon cuaca tetapi tembelang mereka pecah apabila Moscow menayangkan bangkai pesawat dan Powers sendiri. Dan selepas Februari 1962, Powers terus dicurigai ramai dan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) kemudiannya mendakwa juruterbang itu sengaja menurunkan pesawatnya bagi membolehkan ia dikesan radar Soviet dan ditembak jatuh.

Bagaimanapun, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan NSA dan menyokong testimoni Powers yang menolak cadangan NSA itu. Dan walaupun beliau sendiri mengakui tidak selesa dengan ujian pengesan pembohongan, Powers bersedia mengambilnya untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Selepas melalui semua ujian CIA termasuk ujian pengesan pembohongan, agensi tersebut mengesahkan Powers bercakap benar. Di sebalik tuduhan yang terus dilemparkan hingga ke akhir hayatnya, juruterbang U-2 masih bertegas bahawa dirinya tidak bersalah.

Jadi, mengapa alat ini menjadi terus pilihan agensi perisikan? Ia dianggap objektif, adil dan menjadi hantu kepada bakal-bakal perisik musuh dan pengkhianat. Tetapi dalam CIA sendiri, ujian pengesan pembohongan juga terus dipersoalkan dengan terma-terma seperti ujian rutin dan sukarela masih lagi gagal dijelaskan dengan baik terhadap kakitangan agensi.

Menurut satu memo agensi pada tahun 1973, memo tersebut dilihat mempersoal keupayaan mesin poligraf menguji keberkesanan dan kebolehpercayaan individu. Tetapi melihat ia sebagai satu bentuk propaganda yang meraih kepercayaan umum, ia dilihat sudah cukup berkesan terutama dalam kes Powers.

Melihat kepada pengalaman Powers, terdapat beberapa perkara yang kita boleh ambil. Pertama, sebagai bahan bukti bahawa seseorang itu tidak bersalah dan seumpamanya dianggap sesuatu yang boleh dipertikaikan. Kedua, walaupun ia digunakan dalam banyak retorik sukarela, tekanan yang dihadapi semasa mengambil ujian berkenaan sudah dianggap menafikan kebebasan individu terutama dalam soal membuat keputusan. Ketiga, ujian poligraf dilihat sebagai satu bentuk samaran rasmi berbanding mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Dan paling penting, ia gagal mengesan mana-mana perisik yang bekerja dengan pihak asing. Dua kes yang dianggap memalukan Amerika Syarikat apabila Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan CIA mempunyai perisik membabitkan Robert Hanssen dan Aldrich Ames. Ames dikatakan bertanggungjawab ‘menjual’ sembilan aset sulit CIA kepada Soviet yang membawa kepada pembunuhan mereka.

Antara aset CIA Rusia yang terkenal yang dibocorkan Ames ialah Mejar Jeneral Dmitry Polyakov yang merupakan pegawai berpangkat tinggi GRU dari tahun 1960-an hingga 80-an sebelum dibunuh pada tahun 1988. Sementara Hanssen pula bertanggungjawab menjual beribu-ribu fail sulit kepada KGB/SVR dari 1979-1981, 1985-1991 dan 1992-2001.

Dua kes ini dilihat sepatutnya sudah cukup menjahanamkan kepercayaan CIA dan FBI terhadap mesin poligraf. Tetapi selepas serangan 11 September dan perang keganasan yang dilancarkan pentadbiran George W. Bush di Afghanistan dan Iraq, ia sekali lagi menjadi pilihan saintifik untuk membuktikan kesetiaan aset atau membuktikan pengkhianatan benar-benar berlaku. Ironinya, alat ini menjadi pilihan mereka tatkala dalam diam, ia dibenci oleh ramai orang termasuk Powers!

RUJUKAN:

Baesler, John. (2019). Why Lie Detector Tests Can’t Be Trusted. Smitshonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/innovation/why-lie-detector-tests-cant-be-trusted-180972724/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.