– Sejenis kapal perang jenis Panokseon & digunakan oleh angkatan laut Dinasti Joseon pada abad ke-15 sehingga abad-19.
– Versi awal kapal ini direka bentuk asalnya adalah untuk merempuh kapal musuh & dikenali sebagai Gwiseon ( spear ship ) sekitar tahun 1413-1415 seperti dicatatkan dalam ‘ Annals of Joseon Dynasty ‘.
– Ketika kerajaan Joseon menghadapi waktu kemakmuran yang panjang, kapal ini dinyah-aktifkan oleh kerajaan.
– Pada sekitar tahun 1592-1598, kapal ini direka bentuk semula & dibangunkan kembali oleh panglima Dinasti Joseon yang terkenal iaitu, Panglima Laut Yi-Shun Shi untuk menghadapi serangan armada laut Jepun ketika zaman pemerintahan Toyotomi Hideyoshi yang berhasrat menakluk Dinasti Ming di China melalui jalur negara Korea.
– Setelah berbincang dengan anggotanya, Admiral Yi mengarahkan pembinaan kapal ini semula & ketua yang dilantik dalam projek pembinaan kapal ini ialah Na Dae-Yong yang mengikut reka bentuk yang sedia ada ( reka bentuk Gwiseon ).
– Dalam diari catatan perang Admiral Yi, yang bertajuk Nanjung Ilgi ditulis oleh anak saudaranya, Yo Beon dinyatakan dengan terperinci tentang pembinaan & isi dalam kapal, ini serta laporan ujikaji persenjataan meriam Korea yang mampu menembak sejauh 300m-500m (diujikaji pada tanggal 12 Mac 1592).
– Kapal ini dimulakan pembinaan dalam sekitar tahun 1591 ketika Admiral Yi memangku tugas sebagai panglima laut yang menjaga daerah Jeon Ra.
– Kapal kura-kura ini disiapkan & dilancarkan pada tanggal 27 Mac 1592 iaitu sehari sebelum pengepungan Busanji & peperangan Dadaejin.
– Sumber mengatakan kayu yang digunakan untuk membuat kapal ini adalah jenis kayu pokok ‘Red Pine’ & kapal kura-kura yang selalu digunakan ketika waktu ini adalah jenis yang berukuran 100-200 kaki panjang ( 30m-37m).
– Setiap kapal kura-kura ini boleh memuatkan 50-60 tentera laut, 80 orang pendayung & seorang kapten kerana mempunyai dua dek ( tingkat ).
– Kapal ini dilengkapi oleh lima jenis meriam Korea (Chontong) iaitu, Cheonja (Heaven), Jija (Earth), Hyeonja (Black), Hwangja (Yellow) & Seungja (Victory), dan meriam yang paling jauh tembakkannya adalah jenis Hwangja yang mencapai sejauh 1,200m bersamaan 3,900 kaki (diletakkan di dalam saluran mulut kepala naga).
– Kapal ini juga dilengkapi senjata ‘Thunder-crush bomb’ iaitu sejenis mortar China versi Korea & ‘Giant Arrow’ yang dimana ukuran anak panah yang paling panjang adalah mencapai 3m bersamaan 9 kaki panjang.
– Kapal ini mempunyai 20 dayung ( 80 orang pendayung ) & 11 lubang meriam di sisi kiri dan kanan kapal serta dua tiang beserta layar.
– Dinamakan sebagai kapal kura-kura kerana badan kapal ini dilindungi oleh perisai berlapis kayu tebal berbentuk cangkerang kura-kura yang dilapisi kepingan besi berbentuk heksagon & menonjol duri-duri besi yang tajam dari kepingan besi ini.
– Kelebihan cangkerang ini berfungsi untuk melindungi tentera laut & para pendayung daripada serangan panahan berapi Jepun & Horokubiya ( sejenis bom tangan yang sering digunakan oleh tentera laut Jepun ketika berperang di laut ).
– Duri-duri besi yang tajam ini bertindak sebagai ‘anti-boarding’ kerana tentera laut Jepun tidak mampu untuk mendarat di atas kapal ini & jika mereka melompat ke atas bumbung kapal ini mereka akan mati ditikam.
– Kelebihan lain kapal ini adalah mempunyai sebuah kepala naga yang diletakkan di muncung kapal yang mampu menyemburkan asap sulfur, api, & peluru meriam.
– Dalam versi lama, fungsi kepala naga ini adalah untuk menyemburkan racun melalui pembakaran bahan-bahan beracun yang dibakar di dalam suatu bekas yang diletakkan di dalam badan kapal.
– Asap sulfur yang disemburkan dari kepala naga ini digunakan dalam serangan secara ‘distance combat’ iaitu dengan menyembunyikan diri lalu menyerang secara mengejut, kerana asap sulfur ini mampu membutakan penglihatan pihak armada Jepun & mengurangkan keupayaan armada Jepun untuk menentukan lokasi kapal ini ketika asap sulfur memenuhi arena pertempuran.
– Selepas menyemburkan asap sulfur, maka kapal-kapal ini akan muncul secara mendadak dari kepulan asap & merempuh kapal-kapal Jepun ( dibawah kepala naga ini diletakkan kepingan kayu tebal yang berwajah bertujuan untuk rempuhan secara ganas ).
– Kepala naga ini juga berfungsi sebagai ‘phychological warfare’ iaitu menyerang psikologi pihak musuh dengan menjatuhkan semangat berperang tentera Jepun apabila mereka apabila melihat mulut naga ini memuntahkan peluru meriam jenis Hwangja & menenggelamkan kapal-kapal Jepun.
– Taktik merempuh dan menenggelamkan kapal musuh dipanggil oleh armada laut Jepun sebagai ‘Blind Ship’ & serangan seperti ini dapat dilihat dalam peperangan Dangpo serta Sacheon ( 1592 ).
– Jumlah kapal perang Jepun yang tenggelam akibat dari taktik ini adalah sebanyak 160 buah kapal perang.
– Taktik rempuhan & serbuan terhadap kapal-kapal perang Jepun juga dapat dilihat dalam peperangan Noryang.
– Walaupun kelebihannya boleh menyerang & menguasai musuh di kawasan-kawasan perairan yang sempit, tetapi kapal ini mempunyai kelemahan berperang di kawasan laut terbuka kerana kelajuannya terbatas & ia akan menjadi susah dikendalikan apabila menghadapi tiupan angin yang kuat.
– Ini kerana kapal kura-kura berbentuk kotak & ianya direka bentuk khusus untuk serangan di kawasan yang sempit sahaja seperti di kawasan perairan selat.
– Walaupun kerajaan Jepun mempunyai para Samurai yang berani mati, ‘matchlock arquebes’ & pengalaman berperang yang panjang tetapi mereka mampu dikalahkan dengan kapal yang bernama Geobukseon.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih