Sepanjang minggu ni aku suka melayan siri video meroyan dan siri video liberal hilang akal buat kerja bukan-bukan, seperti sapu muka dengan darah haid untuk semangat women empowerment, atau video kebodohan Alexandria Ocasio-Cortez (AOC) yang cakap benda-benda bangang mengalahkan Ahmad Maslan.

Dalam aku berjalan-jalan dalam Youtube mencari video-video seperti Learn Something, Einzelganger (tapi yang ni lebih kepada stoicism), Paul Joseph Watson, Zeducation dan Black Pigeon Speaks, aku juga mula mengenal beberapa nama ahli falsafah abad ke-21 seperti Jordan B Peterson dan Dr. Steve Turley.

Jadi, aku ingin berkongsi dengan korang tentang sesuatu yang aku belajar dengan Dr. Steve Turley serta menggabungkan dengan ilmu yang aku belajar dengan William Strauss dan Neil Howe dalam buku The Fourth Turning.

Dalam buku The Fourth Turning, WS/NH telah mengatakan setiap sejarah ada kitarannya. Kitaran Revolusionari bermula dengan beberapa revolusi besar seperti Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis, dan berakhir dengan Perang Saudara di Amerika dan Revolusi 1848 di Eropah.

Setiap kitaran dipanggil saeculum, dan setiap saeculum memakan masa 80-100 tahun, dengan saeculum ini, dipanggil Saeculum Perang Dunia Kedua, yang bermula selepas tamatnya perang dan setiap musim dibahagi empat iaitu High, Awakening, Unraveling dan Crisis.

Tapi rasanya aku pernah tulis benda ni dengan panjang lebar dalam artikel aku tentang The Fourth Turning, jadi aku rasa boleh rujuk di situ.

Rujuk: https://thepatriots.asia/generasi-dan-musim-musim-sejarah/

Berkenaan dengan Dr Steve Turley ni, apa yang aku belajar ialah, apabila bermulanya Revolusi Perindustrian pada 1820an selepas Napoleon tewas di Waterloo dan Anglo-Saxon menjadi kuasa dunia, mewujudkan fahaman yang dipanggil modeniti.

Modeniti adalah fahaman penggerak utama industri. Modeniti melihat kepada satu fahaman yang mana satu standard mewakili pendapat seluruh dunia. Ia bermula dengan merchantilisme, imperialisme, dan kemudian ia berpecah kepada tiga, iaitu liberal demokrasi, komunisme dan fasisme.

Liberal demokrasi berkembang di Eropah sebaik di ambang Revolusi Perancis dan Amerika, kemudian dijadikan fahaman rasmi Ketamadunan Barat. Idea-idea seperti kapitalisme, pasaran bebas, kebebasan bersuara dan republikanisme muncul daripada idea-idea tokoh pemikir seperti Adam Smith, Jean Jacques Rosseau, Voltaire, Thomas Jefferson dan Benjamin Franklin.

Komunisme bermula dengan idea Karl Marx selepas melihat rusuhan Paris Commune pada 1871, dan kemuncaknya ialah dengan Revolusi Rusia dan memunculkan Soviet Union pada 1917, dan ia berakhir pada Revolusi Eropah Timur di Poland, Jerman Timur, Romania, dan wilayah-wilayah negara Komunis lain, dengan bermula daripada runtuhnya Tembok Berlin, sehinggalah jatuhnya rejim Soviet pada tahun 1991.

Fasisme bermula sebagai tindakbalas kepada rejim Jacobin yang sekular menentang agama, dan ia mula berakar di negara yang agamanya kuat seperti Itali. Tokoh pemikir mereka seperti Enrico Corradini dan Filippo Tomasso Marinetti sebelum kemuncaknya ialah Reich Ketiga Adolf Hitler, sebelum keruntuhannya selepas Pakatan Axis ditewaskan tentera Berikat pada Perang Dunia Kedua.

Selepas jatuhnya fasisme pada tahun 1945 dan komunisme pada 1991, liberal demokrasi adalah ideologi yang terakhir bertahan dalam modeniti. Pun begitu, modeniti juga sudah berakhir dan zaman sekarang dipanggil sebagai pasca moden (post-modern).

Perbezaan antara modeniti dan pasca moden ialah, sementara modeniti percaya satu standard mewakili semua orang dalam dunia, pasca moden mempercayai kepelbagaian budaya, fahaman, cara hidup dan sebagainya dalam dunia ini.

Dan masalah utama dalam zaman sekarang ini, dalam suasana pasca moden yang kepelbagaian ini, kerangka sistem politik dunia hari ini ialah berlandaskan modeniti yang didirikan pada zaman Perang Dunia Kedua.

Sebab itu, menurut Dr Steve Turley, dalam zaman pasca moden, terdapat dua puak iaitu puak nasionalis yang menyedari kepelbagaian dunia dan percaya negara memerlukan kedaulatan sempadan, seperti gerakan penyokong Trump di Amerika Syarikat dan Brexit di United Kingdom.

Satu lagi puak ialah mereka yang hidup dengan menyedari kepelbagaian itu, tetapi masih melihat kepada skop globalisme dan satu standard seperti dalam zaman modeniti. Kerana itu walaupun golongan SJW ini merasakan diri mereka terlalu pandai dan mendahului zaman, hakikatnya mereka masih hidup dalam ideologi modeniti dan ketinggalan zaman.

Pasca moden melahirkan ideologi libertarian yang percaya kepada kebebasan berfikir (freedom of thought) lebih penting daripada kebebasan bersuara (freedom of speech), menentang golongan leftist liberals yang mengutamakan kebebasan bersuara (freedom of speech) daripada kebebasan berfikir (freedom of thought).

Perkara ini telah ditulis oleh George Orwell dalam buku Nineteen Eighty Four dan Aldous Huxley dalam buku Brave New World.

Kebebasan berfikir tidak lagi penting dan apa yang orang ramai fikir dikawal oleh golongan elit yang sama ada bersarang di Brussels (EU), bersarang di San Francisco (tech companies), Hollywood (entertainment) atau di Bangsar (golongan elit di Malaysia).

Apabila orang berbeza pendapat, mereka hanya melontarkan kata-kata seperti “racist”,”misogynist”,”sexist”,”homophobic” dan lain-lain. Mereka seperti radio rosak yang memekak dan membingitkan telinga dan hanya layak untuk dibakar dan dibuang.

Liberal kini di saat sakaratul maut. Liberal kini sudah dianggap ketinggalan zaman. Pun begitu seperti haiwan yang terluka, mereka akan bertindak makin garang dan bertindak di luar akal. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedudukan mereka.

Semua ideologi tidak akan kekal selamanya. Mereka akan muncul, akan meningkat, di kemuncak, dan merosot sebelum akhirnya mati. Terimalah hakikat liberal sudah mati. Kemunculan empat ekor ahli Kongres bernama AOC, Ilhan Omar, Aryanna Pressley dan Rashida Tlaib ini hanya merosakkan peluang Parti Demokrat daripada diterima rakyat biasa Amerika.

Dan seperti juga fasisme dan komunisme, liberalisme juga akan mati, dan meninggalkan modeniti dalam lipatan sejarah, dalam kita melangkah ke zaman kegemilangan pasca moden – masyarakat yang hidup dalam negara yang masih berdagang dalam pasaran bebas, tetapi mempunyai kedaulatan sempadannya.

Idea globalisasi, dunia tanpa sempadan dan kecelaruan identiti dalam Perang Budaya (Culture War) akan berakhir dengan kemenangan libertarian yang menentang Orwellian dan political correctness, dan kebebasan berfikir mengatasi polis moral PC yang mudah triggered ini.

Dan semasa itu, kita akan mengalami Renaissance yang baru dengan kemakmuran dalam budaya dan idea baru dalam abad ke-21, dalam kerangka pasca moden yang mengiktiraf nasionalisme sebagai tunjangnya.

Liberalisme, seperti komunisme dan fasisme, akan dikenang sebagai ideologi modeniti yang berada dalam lipatan sejarah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.