Kanak-kanak atau anda yang lahir sekitar 1980an dan 1970an sudah pasti terkenang kembali dengan kelengkapan perkakas memasak seperti periuk nasi “National” yang bewarna hijau dan seterikanya yang digunakan oleh ibu bapa anda ketika anda masih kecil.
Lebih menghairankan lagi, tidakkah kita terfikir bagaimana barang-barangan vintaj ini mempunyai jangka hayat melebihi 30 ke 40 tahun namun hanya memerlukan sedikit pembaik-pulihan (selain dari soket yang pecah dan kompressor yang rosak bagi peti ais ataupun perlu dicat semula).
Namun, jika dibandingkan dengan barangan kini yang walaupun mahal dan berjenama, tetap rosak dalam tempoh masa 2 ke 5 tahun walaupun susah payah kita menggunakannya secara berhemah? Aneh bukan?
Sudah tentu barang elektrikal mahupun elektronik direka untuk tidak kekal lama. Pernah saya mendengari mengenai “kalaulah barang tu tahan lama, gulung tikar lah jawabnya syarikat tu, dah tak ada orang beli lagi barang sebab barangan terlalu tahan lama.” Dalam hal ini, kami juga setuju. Kini, kualiti pembuatan dan barang telahpun mula menurun sejak beberapa dekad yang lepas.
Perkakas zaman moden memang direka untuk mempunyai tempoh luput ataupun “Expiry” nya. Jika dulu, perkakas elektrik dan elektronik jarang rosak, kini masalah kerosakan makin meningkat. Syarikat pengeluar mula menghasilkan komponen dengan separa kualiti dari yang dihasilkan zaman awal 1970-an. Malahan, sesetengah produk perkakas yang dihasilkan kini direka untuk tidak boleh dibaiki, ataupun mempunyai bahagian gantian lebih mahal dari harga keseluruhan perkakas itu sendiri.
Dari situlah, pengguna tidak mempunyai pilihan selain membeli perkakas baru dan ini merupakan situasi yang amat menyusahkan pembeli. Dulu, setiap perkakas dipasang dengan rivet atau nat, contohnya pada pengedap di pintu peti ais. Kini pengedap pintu peti ais digamkan begitu sahaja dan tidak mengambil masa yang lama sebelum ia tertanggal akibat pengguna asyik membuka menutup pintu peti ais berkali-kali sepanjang hayat peti ais itu.
Ditambah pula dengan teknologi canggih serta kepesatan pembangunan teknologi mikro-cip yang makin halus dan rapuh yang diminta oleh pengguna untuk diterapkan didalam teknologi pembuatan perkakas elektronik, perkakas dengan teknologi ini berkemungkinan lebih cepat rosak berbanding dengan perkakas elektronik dulu yang lebih ringkas dan tidak mempunyai ciri-ciri canggih yang amat banyak.
Biasanya alat eletronik lama terdiri daripada motor yang ringkas dan komponen mekanikal yang tidak canggih dan mudah diganti. Dahulunya cuci menggunakan mesin basuh hanya mempunyai fungsi “spin” dan “dry”, kini ciri-ciri yang terlalu banyak menyebabkan komponen elektronik rapuh ini mempunyai peratusan tinggi untuk rosak jangka masa yang singkat dengan pengunaan kerap
Sewaktu proses pembuatan perkakas elektrik/elektronik, komponen perkakas dicelup ke dalam cat. Keadaan ini memberikan setiap bahagian bucu yang tersembunyi dan lipatan pada penutup dan kulit perkakas diberikan lapisan cat yang menyeluruh dan samarata. Ini memberikan lapisan perlindungan yang menyeluruh dan ketahanan lama kepada perkakas.
Tetapi, teknik mencelup kedalam cat telah berubah menjadi cat semburan pada era moden ini. Berkemungkinan, bahagian yang tidak terkena cat terutamanya bawah sisi dan lipatan akan mendedahkan perkakas kepada kelembapan dan kerosakan yang pramatang kepada produk.
Tambahan lagi, barang gantian untuk perkakas yang rosak boleh didapati dari pelbagai pembekal tidak seperti dulu. Menggunakan barang gantian yang tidak asli ini menyebabkan perkakas mengalami lebih banyak kerosakan dan menurunkan lagi jangka hayat perkakas.
Namun, atas permintaan pengguna, pengilang perkakas juga terpaksa mengikuti kehendak pelanggan yang inginkan faktor kualiti dan harga supaya seiring. Adalah sukar untuk mengekalkan keuntungan dan kualiti apabila pelanggan mahukan pelbagai ciri-ciri canggih pada perkakas pada harga murah.
Selain itu seiring dengan peningkatan harga kos bahan mentah dan besi untuk pembuatan perkakas elektrik, ketebalan besi juga turut makin berkurangan untuk mengurangkan kos penghasilan. Perkakas elektrik yang mempunyai ketebalan badan (besi) yang tebal lebih tahan lama dan sukar rosak, ia juga memberikan lapisan yang terbaik untuk cat dikenakan pada perkakas itu.
Mesin basuh sekitar 1970-an ke 1980-an mempunyai ketebalan besi yang lebih tebal berbanding mesin basuh sekarang, sukar rosak dan karat. Ini kerana, jika perkakas dihasilkan dengan besi yang nipis, ia mudah rosak dan melending akibat faktor elemen persekitaran. Apabila terdapat kerosakan pada permukaan, kelembapan secara mudahnya dapat memasuki ruangan bukaan halus dibawah cat dan merosakkan badan mesin basuh.
Terdapat beberapa perkakas elektrik dan elektronik dari zaman 1970-an, 1980-an dan 1990-an yang tidak menepati standard kecekapan tenaga sepertimana perkakas elektrik moden tidak digunakan lagi. Contohnya penghawa dingin dari era 1980-an menggunakan 1,500 ke 3,000 watt untuk 1 kuasa kuda untuk menyejukkan ruang bilik namun penghawa dingin kini boleh melakukan perkara yang sama dengan kapasiti 700 watt ke 1,000 watt untuk satu kuasa kuda.
Ditambah pula dengan kos bil elektrik yang meningkat, pengguna kini telah beralih dari menggunakan perkakas vintaj dan menggunakan perkakas lebih menjimatkan elektrik walaupun mereka tahu perkakas tersebut tidak akan bertahan lama. Diingatkan kembali, menggunakan perkakas yang tidak cekap tenaga adalah sangat berkos tinggi dari segi bil elektrik tahunan yang dikenakan pada pengguna.
Oleh itu pengguna kini lebih rela membeli produk keluaran baru setiap 5 tahun dari membayar ribu ke puluhan ribu ringgit untuk kos bil elektrik yang digunakan perkakas tidak cekap tenaga sepanjang tahun. Namun, impak terhadap alam sekitar juga tidak kurangnya apabila perkakas yang telah tamat tempohnya berakhir di tempat pembuangan sampah dan makin menggunung.
Dengan gaya hidup moden, adalah lebih senang untuk membuang dari membaiki. Pengguna moden tidak suka menunggu lama dan setiap masa yang digunakan untuk menunggu barang dibaikpulih memakan masa, kos dan tenaga. Lebih baik buang sahaja perkakas rosak itu berbanding baiki. Trend ini dilihat meningkat dan menyebabkan pengilang membuat perkara yang sama supaya membeli produk keluaran terbaru dan sudah pastinya pengguna membelanjakan lebih banyak wang.
Pengguna akan terpukau dengan ciri-ciri dan inovasi terbaru, dan pengguna sudah tentu akan membeli perkakas itu. Keadaan ini tidak boleh lagi dielakkan, kita sebagai pengguna seharusnya bijak memilih dan menentukan produk yang dibeli benar-benar digunakan secara harian secara kerap dan memberi impak positif kepada keluarga kita walaupun kita ketahui jangka-hayat perkakas moden tidaklah selama perkakas lama, tetapi sekurang-kurangnya perkakas moden datang dengan pelbagai ciri-ciri yang membantu kehidupan keluarga moden.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih