Haiwan macam lembu, kalau semua mati, spesis dia je pupus.

Tapi haiwan macam ketam, kalau semua mati, ratusan lagi hidupan lain pupus.

Ni cerita betul. Dulu US bunuh gray wolf sampai hilang dari ekosistem sebab nak jaga populasi bison dan rusa. Sekali ekosistem dia jadi hampir musnah.

Sebab itulah spesis teras macam diorang ni tak digalakkan dibunuh.

Selalunya hidupan macam ni kita panggil spesis teras. Keystone species. Jumlah hidupan sebegini selalunya kecil, tapi kalau pupus memang kiamat kawasan tu. Sebabnya ialah fungsi dia dalam ekosistem tak boleh diganti binatang lain.

Kita ambil contoh gray wolf tadi. Waktu kes tu terjadi, orang tempatan tengok gray wolf ni sebagai haiwan perosak. Mereka buru bison yang dah nak pupus dan buru haiwan ternakan. Lagi-lagi kawasan tu dah diwartakan jadi Taman Negara US. Jadi, orang situ bunuhlah semua gray wolf.

Mula mula tu okey. Bison rusa semua tu jadi makin banyak
.
.
.
… dan itulah masalahnya. Banyak sangat. Rumput dan tumbuh-tumbuhan tak sempat nak tumbuh sebab asyik kena makan.

Bila jadi macam tu, sumber makanan primer jadi kurang. Rusa apa bagai tu populasinya terancam balik sebab ramai mati berebut makanan yang terhad. Benda ni pun bagi kesan kat binatang lain macam burung dan serangga.

Sebab banyak pokok tiada, serangga tiada tempat nak makan, berlindung dan membiak. Burung pun sama. Tiada buah dan serangga untuk dimakan. Jadi, baik burung ni blah je dari taman tu.

Bila jadi macam tu, pokok pun tiada ejen untuk sebarkan debunga dan biji benih. Makin sedikit la jumlah mereka. Bila pokok kurang, tebing sungai terhakis. Semua tanah sedimen kaya nutrient terhakis. Bila pokok banyak tiada ni, beaver pun mampus la sebab tiada kayu nak buat rumah waktu musim sejuk. Bila beaver terganggu, aliran sungai dan populasi ikan pun terganggu. Habis rosak ekosistem. Betul betul kiamat jadinya.

Jadi orang situ pening kenapa jadi macam tu dan mereka perasan yang kawal populasi herbivor ni gray wolf. Memang kita ada pemangsa lain yang boleh ganti tugas gray wolf, tapi gray wolf lagi efisien berbanding coyote.

Jadi pada tahun 1990, kerajaan US mula masukkan gray wolf dari kawasan lain ke Yellowstone ni. Terus semua masalah dulu-dulu elok balik. Rusa berkurang, tapi pokok banyak hidup balik. Burung-burung eksotik pun datang singgah balik taman tu. Semua ni sebab gray wolf ada balik.

Benda ni disebut dalam dapatan Robert Paine waktu dia kaji spesis tapak sulaiman Pisaster ochraceus. Bila tapak sulaiman ni tiada, banyak spesis macam siput dan hidupan cengkerang lain mampus. Persamaan antara gray wolf dengan tapak sulaiman ni ialah kedua-duanya pemangsa utama. Top predator.

Selalunya spesis teras ni pemangsa utama sebab dia tukang kawal populasi, tapi ada yang bukan macam ketam dan gajah. Mereka ni dikira sebagai jurutera ekosistem. Pun sama penting. Mungkin lagi penting.

Jurutera ekosistem nilah yang selalu ubah dan stabilkan habitat. Bila mereka ni tiada, ekosistem hancur. Sebab tu banyak jurutera ni dianggap sebagai spesis teras. Yang banyak tinggalkan struktur semula jadi pun mereka ni jugak.

Selalunya jurutera ni dibahagi kepada dua yakni allogenik dan autogenik. Allogenik ubah ekosistem dengan tukarkan benda sekeliling dia jadi lain. Contoh macam ketam gali lubang. Atau beaver buat empangan sungai.

Autogenik pulak ubah ekosistem dengan perubahan badan mereka. Macam pokok dan batu karang laut. Bila mereka ni membesar, binatang ada tempat tinggal dan makanan.

Contoh saya nak cerita betapa pentingnya gajah sebagai jurutera. Daripada benda sekecil-kecil bekas tapak kaki dan tempat dia berak dia pun sebenarnya penting dalam ekosistem.

Bekas tapak kaki dia selalunya akan jadi lopak air dan katak suka bertelur dekat kawasan ni sebab selamat daripada pemangsa. Juga, tahukah anda gajah ni ejen penyebar buah durian? Tahi dia ni akan jadi baja dekat biji durian.

Tahi ni pun boleh jadi sarang untuk sesetengah serangga macam kes gajah afrika. Kumbang taik dan katak suka buat sarang guna tahi gajah. Bila kumbang ni ada, haiwan macam honey badger ada sumber makanan yang stabil.

Kalau sesiapa yang pernah jaga kuda atau binatang zoo, saya rasa ramai perasan binatang ni suka jilat bongkah garam. Mereka pun macam kita juga nak nutrient semua tu. Untuk alam semula jadi, yang kuat cari garam ni gajah je.

Dia akan gunakan gading dia untuk korek tanah bergaram dan makan pasir tanah tu. Kadang-kadang lubang tu akan jadi lopak air. Bila lubang ni ada, binatang lain kat hutan akan ambil kesempatan untuk jilat lubang/lopak ni. Kawasan salthole. Saya tak ingat terma Melayu dia.

Sebab tu kalau kat hutan kawasan lubang gajah ni memang akan jadi spot pasang perangkap. Tak pun nak buru binatang ni. Tapi, geng-geng pemburu atau orang asli takkan tunggu lama sampai maghrib kat spot tu. Pak belang akan datang jilat garam masa waktu tu la.

Tapi, kalau banyak sangat jurutera dan spesis teras ni pun bahaya jugak. Bila jadi macam ni, dia jadi spesis invasif. Tahukah anda, sampai sekarang ikan haruan dan toman diharamkan dekat US? Bawak daging ikan ni ke sana pun boleh kena denda.

Ikan-ikan ni spesis teras dekat Asia tapi masih terkawal. Disebabkan geografi sungai Asia, selalunya ikan ikan situ tahan lasak. Jadi bila kita bawak spesis teras top predator sungai Asia hidup dekat sungai US yang banyak ikan tak lasak, tak ke mampus mereka ni semua?

Haa memang habis rosak ekosistem dekat situ. Ikan toman/haruan ni punya lasak, cuaca sejuk dan kurang oksigen pun tak kasi kesan dekat mereka. Ada kes dari pemancing US dia tangkap toman dan simpan dalam peti ais. Ikan tu hidup lagi walau dah tiga hari dalam tu.

Kalau nak banding ikan lain, ikan toman/haruan ni jaga anak dia. Jadi, kadar survival mereka ni tinggi. Memang payah nak berkurang. Sebab tu waktu orang US dapat tahu ada populasi ikan tu, satu negara naik cuak sebab ikan lokal habis kena makan toman. Dijangkakan kalau ikan-ikan ni tak berkurang, jumlah kerosakan akan naik jadi jutaan dollar.

Dia dalam biodiversiti ni, satu benda saya belajar la kan memang semua benda ni memang dicipta seimbang dan saling menyokong. Tapi, ada yang spesis yang lagi penting dari biasa dan untuk benda ni ramai terlepas pandang.

Kita semua ni terlalu fokus pada keseimbangan, tapi tak fokus pada kemampanan. Sustainibility. Eksosistem yang bagus bukan semua sama banyak, tapi semua ikut kuantiti kepentingan ekosistem. Macam ayat al-Quran ni:

Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu.”

(Al-Hijr 15:21)

Mungkin sebab tu saya tak beberapa berkenan dengan idea Thanos nak hapuskan separuh populasi semua hidupan tu akan buat jadi lagi teruk. Sepatutnya hapuskan ikut peratus dan kepentingan hidupan dalam ekosistem.

RUJUKAN:

  • “Keystone Species Hypothesis”. University of Washington. Archived from the original on 2011-01-10. Retrieved 2011-02-03.
  • Barua, Maan (2011). “Mobilizing metaphors: the popular use of keystone, flagship and umbrella species concepts”. Biodiversity and Conservation20 (7): 1427–1440. doi:10.1007/s10531-011-0035-y
  • Halofsky, J. & Ripple, W. Recoupling fire and aspen recruitment after wolf reintroduction in Yellowstone National Park. Forest Ecology and Management 256, 1004–1008 (2008).
  • Smith, D. W. et al. “Wolf recolonization of the Madison Headwaters Area in Yellowstone.” In The Ecology of Large Mammals in Central Yellowstone, eds. R. A. Garrott et al. (New York, NY: Academic Press, 2009), 283–304
  • HHMI, BioInteractive. “Some Animals Are More Equal than Others: Keystone Species and Trophic Cascades – HHMI (2016)”. Retrieved 6 June 2017.
  • Coverdale, T. C., Kartzinel, T. R., Grabowski, K. L., Shriver, R. K., Hassan, A. A., Goheen, J. R., … & Pringle, R. M. (2016). Elephants in the understory: opposing direct and indirect effects of consumption and ecosystem engineering by megaherbivores. Ecology97(11), 3219-3230.
  • Zipkin, E. F., Kraft, C. E., Cooch, E. G., & Sullivan, P. J. (2009). When can efforts to control nuisance and invasive species backfire?. Ecological Applications19(6), 1585-1595.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.