Tan Sri Dato Dr. Abdul Latif Bin Abdul Razak adalah doktor Melayu pertama di Tanah Melayu (atau Malaya . Dilahirkan pada tahun 1889 di Pasir Penambang satu kawasan di daerah Kuala Selangor. Ayahnya adalah seorang pegawai polis laut lulusan Raffles yang berkhidmat di Klang pada awalnya. Kemudian Almarhum Baginda Sultan Selangor ketika itu tertarik dengan keperibadian Abdul Razak lalu melantik menjadi setiausaha dan berdiamlah beliau di Selangor. Kemudian menjadi Majistret pertama di Selangor dan ahli lembaga penasihat negeri Selangor.
Arwah Dr. Abdul Latif mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak Bernam. Kemudian menyambung pelajaran di Victoria Institution dan mendapat Senior Cambridge dengan kepujian. Setelah itu arwah telah memasuki peperiksaan khas untuk melanjutkan pelajaran dan lulus seterusnya menjadi 23 pelajar pertama The Straits Settlement andFederated Malay States Government Medical School in Singapore pada tahun 1905.
Arwah lulus diploma perubatan dan pembedahan. Arwah mula berkhidmat sebagai pembantu perubatan pada mulanya di Klang, Pekan, Kuantan dan Hospital Besar Kuala Lumpur. Pada tahun 1916, pihak British mengiktiraf lulusan diploma kepada Ijazah Perubatan seterusnya meningkatkan taraf kelulusan arwah kepada doktor perubatan. Arwah telah menjadi doktor peribadi kepada Sultan Selangor sebelum bersara awal pada tahun 1936 kerana masalah kesihatan. Arwah meninggal dunia pada tahun 1956.
Dua orang cucunya menjadi telah mengikut langkahnya menjadi doktor. Namanya telah diabdikan di sebuah jalan dan juga perpustakan perubatan UKM. Untuk pengetahuan dari tahun 1900 hingga merdeka hanya 55 doktor Melayu yang berjaya dilahirkan. Ini termasuklah Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah Mohd Ali.
Sumber:
Faridah Abdul Rashid. Early Malaya Doctor 1900-1957 Malaya and Singapore.
Nureen Zainal. Dr Abdul Latif Bin Abdul Razak.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih