73 SAAT SELEPAS PENERBANGAN SHUTTLE CHALLENGER, ia meledak secara tiba-tiba diudara, ketika ia dalam misi STS-51-L.

Ia berlaku pada pagi yang dingin bertarikh 28 Januari 1986.


Ketika Challenger sedang meluncur pantas pada kelajuan, ramai pemerhati, wakil media dan kalangan staff NASA merasa satu perasaan bangga dan teruja. Anak-anak kecil melambai-lambai, remaja dan golongan pertengahan dengan kacamata hitam serta kamera atau binokular, warga tua juga turut sama tidak melepaskan peluang berada di Teluk Canaveral pada pagi itu.


Apa yang menjadi tumpuan utama pelancaran dan misi angkasa lepas pada hari itu adalah adanya seorang guru sekolah, mendiang Christa McAuliffe yang menjadi angkasawan non professional dan guru sekolah pertama ke angkasa lepas, membawa misi mendekatkan pelajar seluruh Amerika untuk mencintai subjek sains dan mengagumi teknologi serta angkasa lepas.

 

Kiraan dibuat oleh kawalan darat, pencucuhan pada booster roket dan enjin utama shuttle berlaku dan pembakaran bahan api roket menjana tujahan yang mampu membawa kapal angkasa tersebut melepasi tarikan graviti Bumi.

 

“Lift Off” sebut pegawai bertugas pada hari itu dan sejurus Shuttle angkasa yang membawa 7 orang krew untuk misi STS-51-L meluncur dengan pantas menuju angkasa raya.

 

Roket Pendorongan bahan api pepejal yang melekap dikiri dan kanan Shuttle angkasa tersebut menghasilkan sejumlah 12,500 kN tujahan dibantu roket pendorongan pada Shuttle itu sendiri yang mendorong bebanan seberat 2030 tan.

 

Dengan kelajuan 2.46km persaat, Challenger menerobos ke angaksa, di ikuti gelak tawa dan sorak sorai kalangan pemerhati awam serta media, kebanyakannya terdiri dari kenalan dan kalangan keluarga 7 orang krew Shuttle tersebut.

 

Perasaan gembira dan kagum menyelubungi kalangan mereka, begitu juga para wartawan dari pelbagai stesen televisyen dan radio melaporkan setiap saat pergerakan Challenger. Kamera-kamera televisyen, kamera perakam video, kamera biasa semua tertumpu pada Challenger.

 

Kemudian…..

 

Satu ledakan besar terbentuk, menghasilkan wasap putih tebal dan kemudian sepertinya Challenger terpisah dua, dari satu jejak roket kini terpecah kepada dua…awalnya ramai menyangka Shuttle terselamat tetapi sosok kapal angkasa pengorbit yang rupabentuknya sangat signifikan tidak kelihatan.

 

Kalangan pemerhati, anak-anak kecil, warga tua dan sanak saudara serta sahabat handai krew Shuttle Challenger seperti tergamam dan tidak percaya akan apa yang terjadi.

 

Kamera siaran televisyen juga tertumpu pada ledakan tersebut, menangkap satu persatu pergerakan roket pendorongan bahan api pepejal yang masih membakar kemudian mulai bergerak dengan tidak tentu arah, diikuti serpihan-serpihan kecil mulai jatuh kebumi, membawa bersama asap putih.

 

Kawalan misi NASA juga tergamam bagaikan tidak percaya.

 

Sepertinya ia amat mustahil…

 

Kesemua staff memeriksa telemetri dan sistem, segala rakaman dan data diteliti, agensi tentera dimaklumkan akan insiden….semua terpaku dan kaku.

 

ada yang menangis
ada yang tidak percaya
ramai tergamam

 

Kemalangan tersebut mengejutkan seluruh warga Amerika, yang melihat dan menonton secara langsung pelancaran Challenger..

Operasi mencari dan menyelamat krew dilaksanakan serta merta..

Kemalangan Shuttle Challenger misi STS-51-L mengorbankan 7 nyawa

Ellison Onizuka
Christa McAuliffe
Gregory Jarvis
Judith Resnik
Michael J. Smith
Francis “Dick” Scobee
Ronald McNair.

Kesemua mereka tewas dan hanya ditemui oleh kumpulan penyelamat pada 7 Mac 1982, dengan kesemua mereka masih berada didalam kokpit Shuttle yang masih utuh.


Insiden tersebut menyebabkan NASA terpaksa menangguhkan misi penerbangan angkasa lepas dengan sistem Shuttle mereka selama 3 tahun, dengan siasatan dilakukan dibawah komisi Rogers yang meneliti setiap perkara yang mampu menyebabkan kegagalan Challenger.


Sepanjang siasatan kes, didapati terdapat cubaan menutup kesilapan oleh kalangan pihak pengurusan NASA, dan adanya ketidak sefahaman antara kalangan jurutera dan pihak pengurusan NASA sendiri.


Hasil siasatan mendapati kegagalan sistem roket pendorongan bahan api pepejal adalah punca berlakunya kemalangan keatas Challenger dimana, gegelung O yang bertindak sebagai penyekat yang menyambung setiap satu seksyen roket pendorongan tidak berfungsi dengan baik, ditambah tekanan pihak NASA yang mahu pelancaran Challenger dibuat tanpa mengambil kira faktor keselamatan.


Pelancaran dibuat pada hari tersebut memperlihatkan suhu kawasan sekeliling yang mencecah 32 darjah Farenheit, terlalu sejuk dan tidak sesuai untuk pelancaran, dan sepertimana takdir menentukan nasib 7 krew tersebut, suhu pada pagi tersebut telah menyebabkan gegelung O yang terdapat pada roket pendorongan bahan api pepejal tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, menghasilkan gas panas yang membakar keluar dari sisi roket tersebut dan seterusnya menyebabkan letupan pada tangki bahan api utama.


Challenger menjadi titik tolak perubahan dasar dan langkah keselamatan dalam NASA, lantas menyebabkan berlakunya beberapa siri modifikasi dan penambahbaikan pada pesawat-pesawat Shuttle dan sistem roket pendorongannya.


Ia menjadi peringatan kepada semua yang ekspedisi ke angkasa lepas adalah sesuatu yang merbahaya dan berisiko tinggi.


Challenger bukan satu-satunya insiden keatas misi angkasa lepas Amerika yang tragik, dimana Shuttle Columbia pada tahun 2003 musnah ketika kemasukan semula ke atmosfera dan tahun 2011 memperlihatkan pengakhiran legasi Shuttle dalam misi-misi saintifik ke angkasa lepas.

 

FJ


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply