Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan pembentangan seorang pensyarah berbangsa Jepun yang menyatakan Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan sarapan yang sihat. Sebenarnya perkara ini sudah menjadi bualan sejak tahun 2016 lagi apabila sebuah majalah antarabangsa, TIME menyenaraikan Nasi Lemak sebagai salah satu menu sarapan sihat.

Sebelum kita memahami aspek yang boleh menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan yang sihat, perlu kita fahami bahawa suatu hidangan makanan yang boleh dianggap sihat ialah makanan yang dikategorikan sebagai satu Hidangan Lengkap. Satu Hidangan Lengkap mestilah terdiri dari 3 komponen makronutrisi  iaitu, Karbohidrat, Protein, Lelemak serta Serat. Makronutrisi yang lengkap akan memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik kerana setiap satunya mempunyai fungsi yang penting dalam membekalkan tenaga kepada tubuh,selain daripada menjana pertumbuhan sel-sel penting seperti sel darah merah,sel-sel otot dan sebagainya.

Nasi Lemak memenuhi kriteria Hidangan Lengkap, berdasarkan pecahan komposisi makronutrisi seperti berikut:

Karbohidrat: Nasi

Protein: Telur Rebus, Kacang Tanah, Ikan Bilis

Lelemak: Santan, Sambal

Serat: Nasi, Timun.

Kerana ciri Hidangan Lengkap ada pada Nasi Lemak, maka tidak hairanlah ia disenaraikan antara 10 sarapan yang sihat antarabangsa. Pun begitu, Nasi Lemak hanya akan menjadi sebuah makanan yang sihat sekiranya diambil dengan berhemah dan cermat. Maklumat  nutrisi pemakanan bagi satu hidangan Nasi Lemak adalah seperti berikut:

Nilai dalam jadual diatas boleh berubah berdasarkan saiz hidangan dan lauk-pauk tambahan seperti Telur Goreng Mata Kerbau,Begedil,Sambal Sotong,Paru Goreng,Ayam Goreng dan sebagainya.

Jumlah 534kcal bagi suatu hidangan makanan adalah agak besar jika dibandingkan dengan berberapa pilihan yang lain seperti capatti, roti gandum penuh (wholemeal), oat dan bijirin sarapan, namun ia jauh lebih menyihatkan berbanding satu hidangan makanan segera yang kebiasaannya mempunyai kadar kalori antara 700kcal sehingga 1000kcal bagi satu hidangan. Ia juga lebih baik berbanding Roti Canai yang mempunyai kira-kira 300kcal bagi setiap satu keeping berukuran 95gram.

Justeru Nasi Lemak boleh menjadi satu hidangan makanan yang sihat asalkan anda sanggup mengikut berberapa saranan berikut.

Pertama: Waspada saiz hidangan Nasi Lemak yang anda ambil. Makanlah secara sekadarnya dan jangan berlebih-lebihan.

Kedua; Elakkan memakan Nasi Lemak dengan begitu banyak lauk-pauk tambahan sebagai ‘aksesori’.

Ketiga: Lebihkan timun atau tambahkan sayuran hijau dalam hidangan Nasi Lemak anda seperti bendi rebus atau kangkung yang dicelur. Pengambilan sayur-sayuran yang kaya dengan serat membantu anda merasa lebih kenyang sekaligus mengurangkan kebarangkalian anda makan berlebihan.

Keempat: Gantikan beras biasa untuk memasak Nasi Lemak kepada beras yang mempunyai kadar indeks glisemik (GI) yang lebih rendah seperti Beras Basmathi atau Beras Perang.Beras ytang mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah membantu menstabilkan kadar perlepasan gula dalam darah,sekaligus menyebabkan anda merasa kenyang untuk suatu tempoh yang lebih lama.

Kelima: Elakkan mengambil Nasi Lemak bersama minuman yang bergula kerana kombinasi gula dan lemak amat besar nilai kalorinya.

Keenam: Elakkan memakan Nasi Lemak pada waktu malam kerana nilai kalorinya yang agak tinggi. Pada waktu malam, tubuh kita agak kurang menggunakan tenaga justeru makanan yang tinggi kalori agak kurang sesuai diambil pada waktu malam.

Maka janganlah bersusah hati lagi untuk menikmati Nasi Lemak kegemaran anda kerana yang bersalah menjadikan anda gemuk bukanlah Nasi Lemak tetapi tabiat pemakanan yang kurang cermat serta tidak mengambil berat kadar keperluan kalori individu. Asalkan anda makan secara berhemah dan lakukan senaman secara berkala,maka tidak perlu gusar tentang masalah berat badan.

RUJUKAN:

  1. 10 International Healthy Breakfast , TIME Magazine. https://time.com/4254125/healthy-international-breakfast/
  2. Curious Cook: Is nasi lemak really a healthy dish?
    https://www.star2.com/living/viewpoints/2016/03/31/is-nasi-lemak-really-a-healthy-dish/#TM0mtWvkO0zVcFDC.99
  3. Nasi Lemak Secara Sihat? https://kevinzahri.com/nasi-lemak-secara-sihat/
  4. MyNutri, Kementerian Kesihatan Malaysia http://mynutri.moh.gov.my/mynutri/index.php?r=main/index&id=2

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.