Setiap peradaban, bangsa dan negara mempunyai karakter mitos hantu tersendiri. Hantu. Nama yang tidak asing lagi bagi sesebuah masyarakat jumud mahupun modern. Tetapi bagaimanakah kisah hantu yang pernah terjadi pada zaman dahulu, tepatnya pada zaman pemerintahan Mesir Purba?

Rekod berkenaan kisah hantu ini dapat ditelusuri kembali pada sebuah artifak purba iaitu empat kepingan tembikar yang ditemui di sekitar Dier al-Madina (Pemakaman Kota) berdekatan kota kuno Thebes pada tahun 1880-1905 ini membuka teori baharu bagi para pengkaji Mesir purba. Keempat-empat kepingan ini berhubungkait diantara satu sama lain dan melengkapkan sebuah kisah.

KHONSEMHAB AND THE GHOST

Kisah yang dikenali sebagai ‘Khosemhab Dan Hantu’ ini dipastikan berasal dari penghujung zaman Kerajaan Baharu (New Kingdom) atau tepatnya pada period waktu Ramesses (1186-1077 SM). Tetapi, dua orang ilmuwan, Georges Posener dan Jurgen von Beckerath mengemukakan teori bahawasanya, rekod ini diperkirakan lebih lama daripada yang dijangkakan iaitu direkodkan pada zaman Kerajaan Pertengahan (Middle Kingdom), 2040-1782 SM.

Daripada penemuan kisah ini, persoalan baharu berlegar di kepala para ilmuwan. Mengapakah alam kematian atau Maat yang disangkakan sebagai syurga ke atas kepercayaan masyarakat Mesir purba digambarkan pula sebagai sesuatu yang menakutkan?

Kisah hantu ini bermula apabila seseorang yang tidak dikenalpasti namanya, menghabiskan waktu malamnya bertapa di sebuah pemakaman Deir al-Bahri (Pemakaman Lautan) di kota kuno Thebes. Ketika menjelang tengah malam, insan malang tersebut mendengar raungan dan menghadapi beberapa gangguan misteri.

Pengalaman yang dialami oleh orang tersebut disampaikan kepada pendeta tertinggi Thebes, Khonsemhab. Tanpa berlengah, Khonsemhab pulang ke rumahnya. Di rumahnya, Khonsemhab melakukan beberapa upacara sebelum membangkitkan penunggu tersebut. Tatkala bangunnya penunggu terbabit, Khosemhab membuka perbualan:

“Wahai penunggu, siapakah kamu?”.

Penunggu itu memperkenalkan dirinya:

“Namaku Nebuksemekh. Aku dahulunya adakah seorang manusia yang dipandang tinggi. Aku merupakan seorang pemimpin angkatan pasukan tentera Firaun Mentuhotep II. Aku meninggal dunia pada musim panas tahun ke-14. Firaun Mentuhotep menghadiahkan aku empat balang (canopic jar) dan baginda juga bertanggungjawab menyempurnakan pemakaman aku. Dulu makam aku dipuja, setelah makam aku terbenam dan dilupakan, aku mula kelaparan dan kesejukan”.

Nebuksemekh memberitahu bahawasanya makamnya tidak lagi diziarahi masyarakat. Makamnya dilupakan. Tiada lagi yang ingin mempersembahkan makanan atau minuman ke makamnya. Dikatakan, jasadnya juga dikuburkan di pemakaman Deir al-Bahri (pemakaman lautan).

Pendeta Khosemhab berjanji kepada Nebuksemekh untuk membawa segala kemahuannya dengan syarat, ia tidak akan menganggu lagi masyarakat yang datang berkunjung ke makam Deir al-Medina. Nebuksemekh menolak permintaan dan bantuan Khosemhab lalu ia menghilangkan diri.

Perbualan tamat.

Keesokan hari, pendeta Khosemhab menghantar lima orang hambanya untuk mencari makam yang dilupakan dan ditandai nama Nebuksemekh. Pencarian ini berjaya dan berita ini menggembirakan hati Khosemhab. Beliau pun mengotakan janjinya kepada penunggu Nebuksemekh. Setiap hari, lima orang hamba Khosemhab menghantar beberapa dulang makanan dan minuman sebagai persembahan kepada Nebuksemekh. Semenjak itu, tiada lagi gangguan dan raungan si penunggu. Kisah hantu ini diakhiri dengan ayat:

“Ia (Nebuksemekh) pun kembali ke Ne (tempat istirahatnya) pada petang hari tersebut dengan tenang…”.

Happy ending.

Daripada kisah hantu ini, para sejarawan mengungkapkan dua buah teori mengenai kisah ini iaitu:

1. Iaitu sebagai suatu bentuk hiburan.

2. Pengajaran kepada masyarakat pada zaman tersebut untuk selalu menghormati makam, tidak lupa untuk menziarahi makam dan merawatnya sebaik mungkin.

Keempat-empat kepingan tembikar kisah hantu ini sekarang diletakkan dan dapat dilihat di muzium Paris, Florence, Vienna dan Tunis. Walaupun pengajaran kisah ini diteorikan mengikut kedua teori di atas, tetapi tujuan sebenar pengisahan cerita ini masih belum mampu dirungkaikan sepenuhnya.

Mengikut ahli Egyptologi, Rosalie David, hantu yang digambarkan di dalam kisah ini bukanlah sosok hantu yang menakutkan tetapi ia sosok hantu yang memerlukan bantuan. Bukti dapat dilihat bagaimana pendeta Khosemheb menghulurkan bantuan, bukan memburu dan membunuhnya.

Bagi kepercayaan masyarakat Mesir purba, alam kematian merupakan kehidupan seterusnya manusia setelah mati di atas dunia. Dunia Maat. Dan makam ibarat ‘rumah” bagi mereka. Jikalau makam ini diganggu gugat, maka roh terbabit akan kehilangan rumahnya.

Jika mereka kembali ke dunia, mereka (ruh) tidak mampu kembali ke alam Maat semula. Mereka akan tergantung di alam dunia, dan sebab itulah mengapa pendeta Khosemheb ingin menghulurkan bantuan merapikan makam Nebuksemekh kembali sekalian memberikan persembahan makanan dan minuman.

Jangan pelik, mengapa piramid dibina selama berpuluh tahun dan makam yang sangat besar wujud pada zaman Mesir purba. Membina makam, umpama membina rumah mereka di alam Maat.

Akhir sekali, bagi umat Islam tak salah nak menghormati dan menziarahi kubur sebab mengingatkan kita kepada kematian, tetapi yang salahnya fanatik sampai menghias kubur mengalahkan hiasan piramid Firaun.

RUJUKAN:

1. A Covenant with Death: Death in the Iron Age II and Its Rhetorical Uses in Proto-Isaiah oleh Christopher B. Hays (halaman 82-83).

2. Imagining the Past: Historical Fiction in New Kingdom Egypt oleh Colleen Manassa (halaman 18).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.