‘Bombeiros’ adalah perkataan Portugis untuk bomba, yang dipinjam oleh Bahasa Melayu bagi menggambarkan maksud yang sama iaitu ‘petugas pemadam kebakaran’ atau padanya terdapat kata dasar ‘bomba’ bermaksud ‘pam’ (air).
Jika diteliti, kemungkinan pinjaman perkataan ini juga bermula pada masa penjajahan Portugis ke atas Melaka 1511 atau sepanjang tempoh penjajahan Portugis ke atas Melaka pada abad ke-16.
Ini kerana semasa Portugis menyerang Melaka, mereka telah menggunakan melaksanakan pembakaran strategik sebagai cara mereka menguasai Melaka.
Sebagai contoh membakar sebahagian besar penempatan Melayu berhampiran jambatan Melaka yang bertujuan melapangkan kawasan tersebut untuk memudahkan pemantauan dan pertahanan.
Portugis juga membakar sebahagian kecil rumah-rumah di hujung kota Melaka sahaja bagi memberi gambaran bahawa kota Melaka telah musnah terbakar semasa peperangan menawan Melaka tersebut.
Sedang rumah-rumah itu dibakar, sebahagian besar penempatan dan kedai malah gudang-gudang besar Melaka milik Sultan, pembesar dan saudagar-saudagar yang berniaga di Melaka dijarah rakus oleh Portugis.
Istana Melaka juga dibakar oleh Portugis, begitu juga istana bergerak Sultan Melaka diceritakan oleh Albuquerque sebagai hadiah baginda kepada bakal besannya Sultan Pahang.
Sekalipun kota Melaka telah jatuh ke tangan Portugis, saki baki pertahanan Melaka terus menguasai pedalaman di sekitar kota Melaka.
Tentera Melaka ini berterusan menyerang kedudukan Portugis di luar kota, melancarkan perahu dan lancar api yang dibakar menuju jambatan Melaka dan kedudukan strategik armada Portugis yang menguasai pelabuhan Melaka dari hulu Sungai Melaka.
Serangan bertali arus ini menyebabkan Portugis sibuk memadamkan api dari perahu dan lancar ini dari membakar jambatan dan kapal-kapal mereka sebelum serangan balas pertahanan Melaka ini berakhir selepas beberapa lama Portugis menguasai Melaka.
Malah selepas tentera Melaka berundur ke Pahang dan Johor, sabotaj dan serangan ala gerila tetap dilaksanakan dari darat dan laut.
Mereka menyerang dan membakar kepentingan Portugis Melaka, bagi menghalang Portugis menguasai sepenuhnya perdagangan dan laluan keluar masuk kapal ke pelabuhan Melaka.
Jadi ada kemungkinan perkataan bomba dipinjam dari Portugis bombeiros kerana tugas memadam kebakaran sangat kritikal ketika Portugis menjajah Melaka dan diperhatikan oleh penduduk Melaka ketika itu.
Maklumlah, tak duduk diam mereka menugaskan ‘bombeiros’ untuk memadamkan kebakaran yang mereka lakukan secara strategik untuk menguasai Melaka, atau terbakar dek sabotaj dan serangan tentera Melaka dari luar kota.
Perkataan bomba kini telah diterima pakai dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu menggambarkan petugas pemadam kebakaran seperti hari ini.
Bahkan, tugas dan khidmat mereka sentiasa diperlukan bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran, tetapi dari sekecil tugasan melepaskan kepala anak terperangkap pada gril pintu, hingga ke tugas menyelamat dalam bencana alam pada skala besar.
Namun tidak semua menghargai kepentingan mereka berkorban bukan sahaja tenaga malah adakalanya berkorban nyawa.
Adib misalnya, bagaimana nasibnya hendak kita bela dan maruah bomba Malaysia hendak dijaga?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih