Saya orang DC. Atau mungkin lebih tepat untuk gelar saya sebagai peminat komik Dark Horse. Namun oleh kerana Dark Horse merupakan anak syarikat kepada DC bolehlah saya dianggap sebagai orang DC. Kebiasaanya saya tidak begitu gemar menonton filem-filem dari Marvel. Ya, saya mengaku, DC amat ketinggalan dalam filem perihal live action berbanding Marvel.

Kekuatan DC bukan filem live action namun ianya siri dan filem animasi mereka yang mampu menyaingi animasi Jepun dan tidak boleh disentuh langsung oleh Marvel. Malah studio animasi Jepun turut membantu menerbitkan siri animasi DC melalui filem “Batman Ninja”.

Filem animasi Batman Ninja amat unik. Kita boleh melihat adiwira barat melalui adunan budaya asia. Usaha yang sedemikian bukanlah kali pertama namun. Berberapa adiwira barat seperti Spawn dan lain-lain juga mempunyai adapatasi Jepun dalam bentuk manga.

Namun cukuplah mengenai DC. Saya ingin menceritakan mengenai satu watak Marvel yang menarik perhatian saya dan ya, watak ini mampu menewaskan Thanos. Mungkin atas sebab itu watak ini “dihilangkan” dalam filem Endgame demi memanjangkan cerita. Watak itu ialah Goose the Flerken.

Sebelum ceritakan lebih lanjut mengenai sejarah dan latar belakang spesies Flerken, saya akan jawab terus mengapa Flerken mampu menewaskan Thanos. Fleren dalam dunia MCU mempunyai kemampuan untuk menelan batu infiniti tanpa memberi kesan negatif. Fakta ini telah dipaparkan dalam filem Captain Marvel. Fakta ini saja cukup untuk memberi kelebihan kepada Avengers untuk menewaskan Thanos. Noktah.

Flerken pada rupa paras fizikalnya menyerupai kucing di Bumi. Dalam siri komik Captain Marvel, beliau mempunyai seekor Flerken bernama Chewie yang pada awalnya disangkakan seekor kucing biasa. Captain Marvel menamakan kucing tersebut sebagai Chewie atas rupa paras kucing tersebut menyerupai Chewbacca satu watak dalam filem Star Wars. Chewie disenaraikan sebagai salah satu sidekick Captain Marvel yang rasmi oleh Marvel.

Perbezaan Flerken dengan spesies kucing biasa ialah mereka mampu mengeluarkan sesungut dari mulut mereka. Mereka juga mempunyai dimensi poket dalam tubuh mereka yang membolehkan mereka menelan segala perkara malah objek yang lebih besar dari tubuh mereka. Menurut MCU juga objek-objek yang ditelan tidak memberi kesan negatif kepada mereka. Flerken juga merupakan spesies yang bijak dan mampu memahami percakapan spesies haiwan lain.

Flerken mampu mengeluarkan sesungut dari mulut mereka.

Namun Flerken dalam filem MCU boleh dikatakan telah dilemahkan atau di “nerf”. Di dalam komik Marvel kuasa yang ada pada Flerken adalah lebih dari yang dipaparkan oleh dunia MCU seperti kuasa teleportasi dan kemampuan biologi untuk bertelur.

Biarpun Flerken mampu bertelur sehingga 100 biji telur dalam satu masa, spesies Flerken merupakan spesies terancam dan dikatakan tidak sampai 200 ekor yang masih hidup dalam satu semesta. Atas sebab ini juga ramai peminat memberi theory yang Flerken MCU yang bernama Goose sengaja dihilangkan bagi menimbul dan memanjangkan konflik dengan Thanos.

Rocket Raccoon juga dikata pernah jatuh cinta kepada Chewie di dalam komik.

Hubungan berbeza spesies ini jarang membawa hasil wahai Rocket.

Jadi, memandang ramai memberi pandangan tentang siapa yang mampu menewaskan Thanos, maka saya kemukan pandangan saya. Tak perlu manusia, cukuplah kita hantar seekor kucing.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku tak kenal diri sindiri untuk tulis deskripsi diri sendiri. Sama ada ini tanda gejala kebencian pada diri sendiri, tak tahu tujuan hidup, atau tanda manusia yang masih belajar dan mencari makna hidup, Tuhan saja yang tahu. Kalau kamu boleh terangkan siapa aku pada diri aku sendiri sekurangnya maka kamu mungkin lebih cerdik dari aku

Comments are closed.