Kumpulan U.K’s merupakan kumpulan post rock kapak yang popular di era 90an. Dikatakan post rock kapak di sini kerana kumpulan ini muncul selepas tamatnya era rock kapak selepas Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Mohamed Rahmat menggunting rambut Awie dan Amy Search dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Adapun begitu, ramai peminat Ukays ini mengenali kumpulan ini sejak lagu cinta tiga segi, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan lagu berkahwin poligami, Pahit Akan Manis Akhirnya, mengenali kumpulan ini sekitar tahun 1994. Hakikatnya, kumpulan ini sebenarnya dah wujud sejak 1989 lagi.

Nama Ukays ini datang dari kawasan mereka tinggal, iaitu Ulu Kelang, atau nama popularnya Ukay.Album pertama mereka, Tinggal Irama diterbitkan pada tahun 1989, dengan penyanyi asalnya Zul. Namun dengan penjualan albumnya tak sampai 1,000 unit, album ini terus dianggap flop.

Siapa ada album ni, dia memang rare. Saya pun tak ada album ini.

Melihat kepada kegagalan ini, komposer baru naik pada masa itu, Saari Amri mencari vokalis lain dan berjumpa dengan vokalis kumpulan Analisa, Amir untuk menyertai kumpulan ini.

Saari Amri pun mengasaskan syarikat rakaman, Mekar Production dan seterusnya bersama Ukays merakamkan album pertama mereka bersama Amir, iaitu Mencari. Antara lagu hits dalam album ini ialah Kembali Mencari, Bisa Cinta Luka dan Kuasa.

Album ini dilancarkan pada tahun 1992, namun sambutannya tidak seperti yang diharapkan. Pun begitu, album ini jualannya lebih baik daripada Tinggal Irama, dengan 15,000 unit terjual.

Album kedua mereka mencapai rekod paling cemerlang. Album Bisa Berbisa, mencapai 350,000 unit menerusi kejayaan killer hit seperti Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Seksa, Kau Satu-Satunya dan Siapa Yang Rampas Cintamu, dan mewarnai zeitgeist 90an dalam muzik Melayu.

Kini album tersebut mencapai 400,000 unit, paling tertinggi sebelum Raihan Puji-Pujian memotong pada tahun 1996. Pun begitu, isu royalti album menjadi isu kumpulan ini berpecah. Pada asalnya kontrak asalnya RM0.50 untuk satu unit, pihak Mekar Production menaikkan kepada RM0.75, namun anggota kumpulan tidak berpuas hati dan mahukan RM1 untuk satu unit.

Ukays kemudian bertukar nama ke U.K’s dengan line-up yang baru. Pada tahun 1995, Amir selaku vokalis bersama Amy selalu gitaris, kekal sementara drummer Amirul, pemain bass Olley dan pemain gitar rhythm Daniel menggantikan lineup lama, dengan album Tajam Menikam.

Album kali ini mencapai kejayaan dengan 250,000 unit terjual. Lagu seperti Sebak, Rhythm Si Jantung Hati dan Pahit Akan Manis Akhirnya masih lagi hit dan diterima ramai orang. Pun begitu persaingan dengan band yang bunyi lebih kurang sama seperti Slam, Umbrella, Scan, Spring dan Scoin disamping cetak rompak menjadikan album ini tidak mencapai rekod Bisa Berbisa.

Tetapi kejayaan album ini sebenarnya lebih terserlah di Indonesia, kerana di sana album ini terjual kira-kira 700,000 unit. Bahkan beberapa kumpulan seperti Sheila On 7, Padi dan Peter Pan mengakui U.K’s adalah salah satu influence muzik mereka.

Pada tahun 1996, album Panas Berpanjangan diterbitkan dengan 175,000 unit terjual. Konflik dalaman kumpulan ini disamping tidak puas hati dengan pengurusan Mekar Production menyebabkan anggota baru semua keluar kumpulan, dan menyertai Ambang Klasik, syarikat rakaman TV3, dengan menggunakan Rahmad Mega sebagai vokalis baru.

Amir seorang yang setia dengan Saari Amri dan bersama syarikat yang diasaskan Saari, Kumbang Production, dan melancarkan album solo pada tahun 1997 berjudul Cuma Aku Yang Hidup. Lagu popular dalam album ini ialah Kerana Pepatah Lukaku Berdarah.

Pun begitu, kerana krisis ekonomi Asia pada 1997, album ini kurang mendapat sambutan. Album seterusnya pada tahun 2000 berjudul Pijar Kasmaran terjual 15,000 unit di Malaysia dan 50,000 unit di Indonesia. Album Pijar Kasmaran juga tersenarai dalam calon Album Terbaik AIM, namun tewas dengan Formula Luar Biasa dari KRU.

Pada tahun 2001, tragedi menimpa Amir apabila terlibat dalam kemalangan di Yong Peng. Sejak itu, Amir mula menyepikan diri, dan sekali sekala muncul di khalayak ramai.

Pun begitu, UK’s masih bergerak namun walaupun Amy meneruskan kumpulan itu dengan album Kembali Berbisa pada 2011, tetapi orang ramai masih mengenali suara Amir kalau mendengar lagu UK’S.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.