Tahukah anda bahawa semasa era khalifah Uthmaniyah, mereka mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih? Kita sering di war-warkan bahawa di penghujung hayatnya, Kerajaan Khalifah Uthmaniyah adalah sangat lemah dan sangat mundur. Tetapi ini hanyalah propaganda Barat sahaja bagi memburukkan sistem Khalifah.

Empayar Uthmaniyyah menjalankan pelbagai pemodenan tentera akibat kemunculan teknologi baru pada abad ke-19. Sultan Abdul Hamid I, mengarahkan Menteri Tentera Laut atau dalam Bahasa turkey “Bahriye Nazırı”, yang bernama Bozcaadalı Hasan Hüsnü Paşa, untuk mendapatkan kapal-kapal baru bagi kegunaan tentera laut.

Ia adalah untuk mengimbangi kekuatan ketenteraan Greek (Yunani) yang pada waktu itu turut membeli kapal-kapal perang moden. Di atas faktor inilah menyebabkan Sultan Abdul Hamid II membeli aset kententeraan terkini dan memodenkan angkatan laut dan seiring dengan penubuhkan tentera laut yang lebih kuat untuk melindungi aset empayar mereka.

PEROLEHAN KAPAL SELAM.

1- Angkatan Laut Uthmaniyah memiliki dua buah kapal selam. Yang pertama diberikan nama “Abdul Hamid” sempena nama Khalifah ketika itu iaitu Sultan Abdul Hamid II dan kapal selam ini di perolehi pada tahun 1886, manakala kapal selam kedua di beri nama “Abdul Mecit” pula di peroleh setahun kemudian. Kapal selam Abdul Hamid merupakan kapal selam pertama di dalam sejarah yang berjaya melancarkan tropedo dan memusnahkan sasaran ketika menyelam. Kedua – dua kapal selam ini adalah daripada klas Nordenfelt yang dibina di limbungan kapal Barrow di England.

2- Barrow Shipyard ini telah membina dua bot berkuasa enjin stim, yang direka oleh pembuatan industri Sweden dan pembekal alat pensenjataan dari Thorsten Nordenfelt. Setelah siap akhirnya kapal selam ini dijual kepada Empayar Uthmaniyyah dan Rusia. Diceritakan Kapal selam untuk Rusia tidak pernah sampai kepada pelanggannya, ia dijumpai terdampar di pantai Jutland (Denmark) semasa pelayarannya.

Tanduk emas.

3- Kapal Selam “Abdul Hamid” pula, bahagian-bahagian kapalnya dibuka untuk dihantar melalui kapal dan dipasang kembali di Taşkızak Naval Shipyard (Turkish: Taşkızak Tersanesi) diperairan Golden Horn di Constantinople di bawah pengawasan seorang pereka berbangsa Inggeris iaitu George William Garrett. Satu lagi bot kelas Nordenfelt, “Abdul Mecid” dibina pada masa yang sama dan kemudianya terus dihantar ke Tentera Laut Uthmaniyyah.

Bergambar di atas kapal selam

MISI, PENCAPAIAN DAN KEGAGALAN

1- “Abdul Hamid” pertama kali dilancarkan pada 6 September 1886 di hadapan ramai tokoh antarabangsa yang berjajar di sepanjang Golden Horn. Ujian menyelam awal dijalankan pada bulan Februari 1887. Tiga selaman telah berjaya dilakukan, 20 saat setiap satu, dengan hanya kokpit navigasi hemispherikal sahaja yang berada di atas permukaan air.

2- Pada satu lagi ujian yang dijalankan pada awal 1888, kapal selam itu dapat menavigasi arus kuat di sekitar Titik Seraglio, kelajuan dicatatkan sehingga 10 knot direkodkan, dan berjaya melumpuhkan kapal sasaran lama dengan satu tembakan torpedo tunggal dalam satu latihan penuh. Selepas lebih banyak ujian dan percubaan di pangkalan tentera laut Izmit, dengan ini secara rasmi Angkatan Kapal Selam Turki dimasyurkan dalam upacara penyampaian panji-panji Angkatan Laut Uthmaniyah pada 24 Mac 1888.


“TORPEDO” kapal selam pertama Turki boleh melancarkan Torpedo. Dipercayai, yang pertama di dunia.

3- Kapal Selam Uthmaniyah ini dikuasakan oleh enjin stim 250 Kuasa kuda tunggal. Ia membawa dua tiub torpedo 356mm dan dua senapang “mesingun” 35mm. Kapal selam Uthmaniyah Abdül Hamid dan Abdül Mecid disiapkan dengan torpedo yang boleh berfungsi apabila diperlukan. Ia boleh membawa sejumlah 8 ton arang batu sebagai bahan bakar dan dapat menyelam ke kedalaman 160 kaki. Ukuran setiap kapal selam dianggarkan adalah 30.5m panjang dan lebar 6m, dan beratnya 100 tan. Ia boleh memuatkan krew seramai 7 orang pada satu-satu masa. Ia mempunyai kelajuan maksimum 6-10 knot, dan kelajuan maksimum 4 knot semasa tenggelam.

4- Sebagai persediaan untuk menyelam, anak kapal terpaksa menutup dandang dan menarik corong penglihatan seperti kapal selam moden kini. Tangki udara yang bertekanan semasa pelayaran di permukaan digunakan untuk menggerakkan kapal bagi mendapatkan jarak selaman jauh di bawah air, membolehkan mereka terus terendam selama beberapa minit. Mereka membawa beberapa tiub torpedo, yang pada permulaanya disimpan diatas dek kapal selam.

5- Tapi ternyata kedua kapal selam ini tidak dapat menyaingi pertempuran strategi peperangan yang pantas, kerana kelajuan kapal ini dan jarak selaman yang agak terhad walaupun pada tahap terbaik, dan keadaan kapal selam yang kurang seimbang, menjadi lebih teruk apabila mereka menembak mengunakan Torpedo. Kedudukan kapal selam mudah dikesan dan terjejas apabila banyak masa digunakan untuk mengimbangi kedudukan kapal selam.

6- Selepas membuat beberapa percubaan, akhirnya kerajaan Uthmaniyah telah memberhentikan perkhidmatan kedua buah kapal selam ini pada tahun 1910 kerana ia tidak mampu menyelam dengan lama dan setelah terciptanya teknologi yang lebih canggih dan kapal selam ini tidak sesuai untuk di ubah suai bagi menaik taraf kebolehannya. Kedua – duanya telah dileraikan supaya besinya boleh di guna pakai untuk tujuan yang lain selepas itu.

RUJUKAN:
1- Submarineheritage.com
2- https://www.dzkk.tsk.tr/: Turkish Submarine Command
3- http://www.warship.org/ Ottoman ships
4- International Naval Research Organization


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sebelum ini merupakan penulis artikel berbentuk "copywriting" dalam membantu perniagaan dalam talian. Seorang yang mempunyai kelulusan kejuruteraan Elektronik tetapi amat meminati sejarah. Gemar menulis kembali artikel sejarah yang mula dilupakan. Seorang penulis yang terkesan dengan hilangnya jati diri anak bangsa yang tidak tahu menilai kehebatan bangsa dan ikhlas dalam membantu menarik minat golongan muda kembali menghayati sejarah.

Comments are closed.