Aktiviti di pentas, seperti pengucapan awam, bernyanyi, bersyair, dan sebagainya menuntut tekanan terhadap pelakunya. Hal ini demikian kerana hasil persembahan begini mempunyai risiko, sama ada berjaya ataupun gagal. Risiko yang tiada jaminan atau yang tidak pasti ini ditafsirkan oleh otak sebagai ancaman.

Ia boleh jadi juga ketakutan hasil dari persepsi perasaan takut. Satu perasaan buruk yang belum tentu berlaku, yang difikir akan berlaku di pentas. Perasaan takut ini juga menjadi ancaman kepada perucap.

Ketika otak mentafsirkan situasi ini sebagai ancaman, baik ancaman fizikal mahupun psikologi, sistem saraf pusat simpatik akan diaktifkan. Bahagian hipotalamus otak akan menghidupkan tanda amaran.

Amaran ini akan memacu kelenjar adrenal yang terletak di atas ginjal, untuk melepaskan pelbagai hormon ke dalam tubuh.

Dalam situasi ancaman, hormon yang dilepaskan oleh kelenjar adrenal ialah adrenalin atau epinefrin, noradrenalin, dan kortisol. Kelenjar adrenal bukan sekadar menghasilkan respons sistem saraf simpatik, tetapi juga mempengaruhi organ pengeluaran semula atau produksi semula dan berperanan dalam metabolisme.

Kelenjar adrenal terletak di atas ginjal yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu medula dalaman (inner medulla) dan korteks luar (outer cortex). Medula dalaman menghasilkan adrenalin atau epinefrin, manakala korteks luar menghasilkan kortisol.

Dalam tubuh manusia, wujud dua sistem utama, iaitu sistem voluntari (voluntary system), seperti tangan, kaki, lengan dan otot, dan sistem luar kawal (involuntary system). Kita boleh mengawal gerakan sistem voluntari selaras dengan keperluan kita.

Sistem luar kawal pula terkandung dalam organ dalaman, seperti hati, paru-paru, dan kelenjar. Dalam situasi ancaman, hormon adrenalin dilepaskan secara automatik oleh kelenjar adrenal dalam aliran darah, bertujuan untuk mempersiapkan reaksi tubuh, sama ada mahu lari (flight) ataupun melawan (fight) ancaman tersebut.

Hormon adrenalin membantu kita bagaimana untuk terus hidup apabila berhadapan dengan ancaman. Contohnya, ketika beraksi di pentas, pastinya hasil tidak pasti, bolehkah kita melawan audiens atau lari daripada mereka?

Kedua-dua pendekatan ini tidak sesuai. Oleh sebab itu, dalam mengadapi kegugupan ketika di pentas, pendekatan yang paling baik adalah menguruskan kegugupan.

Keadaan pelepasan adrenalin ini biasanya disebut sebagai derauan adrenalin(adrenaline rush). Kesan daripada hormon tersebut akan turut dirasakan di seluruh tubuh, termasuk otak.

Kesan ini menyebabkan pupil mata membesar dan memberikan penglihatan yang baik dan waspada.Indera pendengaran akan semakin baik. Hanya indera sentuhan akan semakin menurun.

Saat derauan adrenalin aktif, tubuh biasanya akan mengeluarkan pelbagai pergerakan yang tidak disedari, seperti menggoyang-goyangkan kaki, bersuara laju, seperti menjerit, menggeletar, atau berpeluh-peluh di muka dan tapak tangan.

Keadaan ini disebabkan adrenalin (epinerfin) bekerja dengan sistem saraf simpatik yang menyebabkan denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat untuk mengepam lebihan darah ke otak, otot, dan jantung.

Penggunaan gula, lemak, dan kolesterol dalam darah akan bertambah untuk menjana lebih banyak tenaga kepada badan. Pernafasan juga akan lebih laju untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan.

Bagaimana adrenalin menyebabkan rasa mual? Ketika hormon adrenalin beredar dalam darah, beberapa fungsi tubuh yang dianggap kurang berperanan dalam melindungi diri akan direhatkan, antaranya sistem pencernaan.

Hormon yang dikeluarkan semula pada saat ancaman akan melepaskan simpanan lemak dan glukosa secara tiba-tiba sehingga kadar asid dan enzim dalam perut menjadi kacau. Inilah yang menyebabkan rasa mual dalam perut.

Ketika tubuh turut menegang dan bersiap sedia menghadapi ancaman, beberapa otot akan mengetat, termasuk otot perut. Keadaan ini berisiko menekan perut menyebabkan rasa mual dan ingin memuntahkan sesuatu. Reaksi mual adalah bersifat spontan dari tindak balas tubuh
bertahan daripada ancaman.

Bagi mereka yang mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau sakit jantung, derauan adrenalin boleh menyebabkan tekanan berlebihan terhadap pembuluh darah dan jantung. Peningkatan tekanan darah secara mendadak boleh menyebabkan pembuluh darah pecah, apalagi jika sudah ada kerapuhan pembuluh darah sebelumnya.

Bagaimana mengurus adrenalin di pentas? Kita seharusnya menerima hakikat bahawa ketakutan di pentas sesuatu yang lumrah dan normal. Sebagai manusia yang waras, ancaman ini sesuatu yang wajar dan dialami oleh semua orang, baik pelaku amatur mahupun profesional.

Kita juga seharusnya menerima hakikat bahawa aktiviti di pentas merupakan suatu kemahiran yang dapat dipelajari. Sehubungan dengan itu, menunjukkan bahawa ancaman di pentas ada penyelesaiannya, seperti berlatih dengan secukupnya, hadir awal untuk menguasai persekitaran dan bernafas sedalamnya.

Beberapa tindakan segera perlu diambil, iaitu menukar mesej “ancaman” kepada mesej “persahabatan”. Tindakan ini dilakukan supaya tafsiran dalam otak akan memberikan isyarat untuk mengurangkan kesibukan adrenalin bekerja. Ketika otak mentafsirkan sesuatu, otak turut mempengaruhi emosi, tingkah laku, dan fizikal.

Akhir sekali, tampillah dengan penuh berani dan yakin. Apa-apa sahaja yang berlaku di pentas, sememangnya bukanlah bermakna berakhirnya kehidupan ini.

Budiman Mohd Zohdi, Pengasas Program Komuniti Yakin Pentas mengajak rakyat untuk berani memberikan pendapat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Budiman Mohd Zohdi adalah seorang ahli politik dan aktivis masyarakat Malaysia. Menekuni komuniti lawan miskin, memandaikan bangsa dan praktis berkongsi ekonomi. Beliau merupakan penyelidik komunikasi dan kempen politik berpusat di Jakarta, Indonesia.

Comments are closed.