Yakuza terkenal dengan seni tatu pada badan ahlinya. Jika tidak penuh tatu satu badan tidak cukup Yakuza seseorang itu. Namun, perubahan zaman yang semakin skeptikal dengan Yakuza telah memaksa ahlinya tidak bertatu. Untuk dielak daripada dikesan kerana perniagaan atau pun operasi moden Yakuza zaman ini.
Setakat ini, bukan penggunaan tatu sahaja yang terkesan dengan dunia moden. Budaya Yubitsume juga nampaknya menemui jalan penamatnya serta tidak popular dalam kalangan mereka sendiri.
Apa itu budaya Yubitsume?
Yubitsume yang juga dikenali sebagai potong jari amat popular dalam kalangan ahli Yakuza suatu ketika dahulu. Yubitsume ini bertitik tolak dari sejarah lampau kumpulan Bakuto. Sesiapa yang tidak berjaya membayar hutang akan dipotong jarinya.
DNA budaya ini masuk ke dalam kumpulan ini tetapi dalam versi yang berbeza. Yubitsume di dalam Yakuza dikenakan sebagai satu tindakan permohonan maaf atau pun hukuman kerana melanggar undang-undang Yakuza.
Perkara yang lebih memeritkan adalah apabila tuan punya badan sendiri yang akan memotong jarinya. Hal ini sangat menyukarkan serta hasrat seseorang untuk mengkhianati Yakuza menjadi berkurangan.
Ia juga bukan hukuman berbentuk sekali sahaja sudah cukup. Ia akan diulangi jika kesilapan masih diteruskan. Satu kesilapan, satu bahagian jari hilang. Kesilapan kedua dilakukan, maka bahagian sambungan jari seterusnya menjadi taruhan.
Yubitsume punca sukarnya kehidupan bekas Yakuza
Satu survei pada tahun 1993 mendapati bahawa hanya 45% Yakuza moden yang pernah menghadapi hukuman Yubitsume. Sekalipun nampak ganas dan kejam, ahli yang dikenakan hukuman akan pergi mandapatkan bantuan perubatan selepas hukuman itu untuk mengelakkan penyakit seperti haemorrhaging dan jangkitan.
Keperitan Yubitsume sebenarnya tidaklah terhenti selepas mendapatkan perubatan. Ia jauh lebih perit jika seseorang ahli Yakuza itu sudah insaf. Dalam masyarakat sosial Jepun memang ada sekumpulan atau organisasi sivik yang menyediakan program mendapatkan pekerjaan bagi bekas Yakuza. Tetapi, nampaknya, organisasi yang menguruskan mengakui bahawa program ini tidak berjaya. Terdapat beberapa faktor antaranya:
1) Ahli bekas Yakuza tak mahu buat kerja-kerja orang biasa
2) Kesihatan fizikal yang kurang memuaskan
3) Kekurangan kemahiran kerja yang sesuai
Selain tiga di atas ini, terdapat satu lagi faktor program ini tidak berjaya iaitu tatu pada badan serta kesan jari yang cacat atau putus dipotong menjadi sebab penting kenapa syarikat di Jepun sering menolak mereka ini.
Tiada lagi yubitsume, hukuman moden lain masih ada
Memang benar bahawa hukuman ini tidak lagi popular. Ini kerana operasi kerja Yakuza yang ingin dilakukan dengan cara yang kurang diragui. Maka, hukuman seperti mencukur rambut, denda dalam bentuk kewangan, dipenjarakan sementara dan pengusiran sementara adalah lebih menjadi keutamaan.
Namun, jika kesilapan itu terlalu serius, yubitsume adalah satu-satunya pengajaran yang menjadi pilihan.
RUJUKAN:
- Kristinn Árnason. (2014). History Of The Yakuza. Sigillum Universitatis Islandiae.
- Andrew Rankin, ‘Recent Trends in Organized Crime in Japan: Yakuza vs the Police, & Foreign Crime Gangs’ Part 2,’ The Asia-Pacific Journal Vol 10, Issue 7, No 1, February 20, 2012.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih