Kenalkah anda akan individu dalam gambar ini? Ramai yang tidak mengenalinya. Namun, nama-nama seperti Adolf Hitler, Mao Zedong, Mehmed Talaat Pasha dan Joseph Stalin seringkali dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai. Semestinya, individu dalam gambar sepatutnya menghasilkan kebencian yang serupa seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini.
Nama individu ini adalah Leopold II, Raja Belgium 1867-1909. Baginda menguasai Congo selepas kegagalan-kegagalan di Asia dan Afrika dengan ‘pembelian’ negara tersebut. Selepas itu, bermulalah penghambaan rakyat Congo dengan penipuan bahawa usaha-usaha beliau sebagai ‘saintifik’ dan ‘murah hati’ dibawah panji Masyarakat Afrika Antarabangsa.
Tujuan baginda adalah sama seperti kolonialis-kolonialis yang lain. Pengeksploitan ekonomi demi kepentingan sumber alam. Congo merupakan negara yang kaya dengan sumber alam – cobalt, kuprum, niobium, tantalum, berlian, EMAS, PERAK, zink, tin, uranium dan arang batu. Dan Congo juga merupakan antara negara paling miskin dalam dunia pada masa ini.
Di bawah penguasaan Leopold II, masyarakat Congo dihumban dalam kem-kem buruh paksa, pencacatan tubuh badan, hukuman bunuh, seksa dan juga ketenteraan peribadi. Baginda pada asalnya memulakan perusahaan gading gajah, dan kemudiannya bertukar kepada industri getah selepas berlakunya kenaikan harga getah pada sekitar 1890-an.
Tetapi, masyarakat global tidak akan mendengari nama baginda di media, atau nama Manuel II yang mengusahakan gerakan perampasan Melaka. Seramai 2-15juta orang dijangka terkorban akibat kerakusan Leopold II, tetapi nama beliau tidak akan didendangkan dalam konteks yang sama seperti “Adolf Hitler” walaupun kedua-dua mereka melaksanakan kezaliman yang tidak boleh diterima masyarakat yang mencintakan kemanusiaan.
Raja Leopold II merupakan salah seorang yang mengusahakan ketuanan kulit putih. Dan di bawah imperialisme ini, mangsa-mangsa ibaratkan abu yang akan ditiup angin… ataupun ukiran nama pada pasir yang menanti saat dibadai ombak.
Akan tetapi, agama Islam pula dilabel sebagai keganasan alam, dan bermula pula usaha-usaha untuk membanteras semua agama demi keamanan global.
Apakah perbuatan Leopold II, Adolf Hitler, Mehmed Talaat Pasha, Benito Mussolini, Joseph Stalin dan Mao Zedong dihalalkan dalam ajaran Islam, Kristian, Yahudi atau Buddhisme?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih