Dua perkembangan terkini di Timur Tengah: Israel menyerang Gaza, dan US mengiktiraf Dataran Tinggi Golan (Golan Heights) sebagai milik Israel.
PRU di Israel akan diadakan pada 9 April, itu sebabnya Bibi (Benjamin Netanyahu) kena berlagak jadi hero sikit. Namun dalam realiti, kedua-dua perkembangan ini tidak banyak mengubah status quo geopolitik di Timur Tengah.
Israel merampas Golan daripada Syria dalam Perang Enam Hari tahun 1967. Selain Golan, Israel juga merampas Gaza dan Sinai daripada Mesir, dan Jerusalem Timur dan Tebing Barat (West Bank) daripada Jordan.
Israel berundur dari Sinai selepas berdamai dengan Mesir pada tahun 1979. Kemudian, Mesir melepaskan Gaza dan Jordan melepaskan Tebing Barat untuk dijadikan negara Palestin pada tahun 1988. Tinggal Jerusalem Timur dan Golan masih berada dalam genggaman Israel.
Secara “de facto”, Israel menguasai Golan. Namun secara “de jure”, pendudukan Israel di Golan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. Pengiktirafan Trump terhadap pendudukan Israel di Golan sama macam kes pengiktirafan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Ia lebih kepada langkah simbolik untuk memberi pengabsahan moral kepada rejim Zionis.
Gaza macam biasa, perang, gencatan senjata. Perang lagi, gencatan lagi, Israel tak akan mampu menghapuskan Palestin buat masa ini.
Tapi kedua-dua kawasan ini sememangnya duri dalam daging Israel. Bukan saja rejim Zionis pada hari ini, malah Bani Israel pada zaman purba juga mengalami masalah yang sama.
Dari abad ke-11 hingga ke-6 Sebelum Masihi, Bani Israel pernah mendirikan negara Israel purba (Ancient Israel) di kawasan yang dikenali sebagai Palestin pada hari ini. Waktu itu nama Palestin ialah Canaan. Bani Israel menduduki Canaan selepas berhijrah keluar dari Mesir, lari daripada Firaun.
Tiga raja pertama Israel purba ini ialah Talut (Saul), Daud (David) dan Sulaiman (Solomon). Kisah mereka ada dalam dalam Bible dan Quran. Ketiga-tiga raja ini merupakan raja yang handal, tapi mereka pun tidak mampu menakluk kawasan Golan dan Gaza.
Di zaman Israel purba, Golan diduduki oleh kaum Geshur dan merupakan “buffer zone” antara Israel dan Aram-Damascus. Aram-Damascus ialah negara kaum Aramean penunggang unta (macam orang Arab) yang berpusat di Damsyik (Damascus). Sebijik macam Syria hari ini.
Israel enggan memulangkan Golan kepada Syria sebagaimana mereka memulangkan Sinai kepada Mesir. Kedudukan kawasan Golan lebih tinggi berbanding seluruh kawasan utara Israel, memudahkan serangan musuh dari atas. Tambahan pula, 1/3 dari bekalan sumber air Israel datang dari Tasik Galilee dan Sungai Yarmuk yang juga berada dalam lingkungan kawasan Golan. Jadi, sekiranya musuh Israel menguasai Golan, maka Israel dalam bahaya.
Di zaman Israel purba, kawasan Gaza dikenali sebagai Philistia. Penduduk asal di situ (“Philistines”) merupakan ancaman utama kepada Bani Israel. Jalut (Goliath) yang bertarung dengan Daud a.s. ialah seorang pahlawan Philistine. Apabila orang Arab pada hari ini menamakan kawasan Palestin sebagai “Filastin”, secara automatik Israel mengaitkan Palestin dengan “ancaman”.
Selepas 3,000 tahun, realiti masih tidak berubah. Selagi tidak menguasai Golan dan Gaza, selagi itu bangsa yang menduduki kawasan “dari Dan hingga Beersheba” tidak mampu tidur nyenyak. Tak kira Israel purba, atau Israel moden.
**Untuk memahami geopolitik Israel secara lanjut, sila baca bab “Israel at 70” dan “Kedudukan Antarabangsa Jerusalem” dalam buku Dunia Tanpa Tembok II. Anda boleh dapatkannya di PBAKL2019, bertempat di Dewan Tun Razak 4, PWTC di reruai nombor 4097 dan 4098.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih