Bangsa Yahudi merupakan bangsa yang memiliki sejarah yang sangat panjang dan keunikan sejarah yang panjang ini terletak pada proses perpindahan bangsa Yahudi ke seluruh dunia. Proses ini dikenali sebagai diaspora atau tefutzah dalam bahasa Ibrani.

Dalam hal ini, proses diaspora yang panjang ini telah menyaksikan pelbagai kisah pahit dan manis yang telah dialami oleh bangsa Yahudi. Dalam hal ini, mereka pernah menikmati kemewahan dan mengutip kekayaan melebihi bangsa tempatan. Mereka juga pernah terseksa apabila berlakunya penindasan terhadap mereka.

Hal ini menyebabkan mereka telah menjadi bangsa yang berada di kelas kedua dengan memainkan peranan sebagai hamba. Semasa mereka berada dalam kesengsaraan tersebut mereka telah menetap bagi meneruskan kehidupan di beberapa buah negara dan juga wilayah sebagai masyarakat minoriti. Diaspora yang dialami oleh bangsa Yahudi adalah bebeza dengan bangsa Mongol dan Bangsa Eropah.

Bangsa Mongol dan Eropah pada suatu ketika dahulu mereka pernah menawan banyak wilayah termasuklah wilayah yang berada jauh dari tempat asal mereka.Namun walau bagaimanapun mereka tidak memasuki wilayah-wilayah secara beramai-ramai apatah lagi untuk mendiami wilayah–wilayah tersebut sebagai penduduk yang tetap. Mereka sebenarnya hanya menempatkan wakil-wakil mereka untuk menjalankan urusan pentadbiran dan menguatkan pertahanan di sesebuah wilayah.Pada masa yang sama penaklukan yang mereka lakukan tidaklah bertahan bergitu lama.

Hal ini berlaku demikian kerana terdapat gerakan nasionalisme yang berlaku dalam kalangan penduduk tempatan .Sebagai Contohnya, Penjajahan British sekitar negara Asia Tenggara. British tidak membawa masuk rakyatnya secara beramai-ramai bagi menetap di tanah jajahan. Sebaliknya mereka hanya membawa beberapa orang yang berkelayakkan sebagai wakil mereka di tanah jajahan.

Berbeza dengan proses diaspora yang dilakukan oleh Bangsa Yahudi. Sehubungan dengan itu, proses diaspora Bangsa Yahudi berlaku dalam satu tempoh yang sangat panjang sehingga telah mewujudkan komuniti Yahudi di kawasan penghijrahan mereka. Bangsa Yahudi yang berasal daripada Baitul Maqdis ini telah tersebar ke serata Semenanjung Tanah Arab,Afrika dan juga Eropah.

Malah mereka juga turut tersebar ke negara-negara Asia seperti China, Jepun, India dan juga Australia namun di benua Asia perpindahan mereka dalam komuniti yang sangat kecil. Dalam tempoh yang agak lama ramai dalam kalangan Bangsa Yahudi telah melupakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Ibrani. Namun, kebanyakan tradisi agama masih dipertahankan dari generasi ke generasi. Diaspora Bangsa Yahudi berlaku dua peringkat dan memiliki sejarah yang sangat menarik untuk diterokai.

Diaspora Bangsa Yahudi Peringkat Pertama 

Angkatan tentera kerajaan Babylon daripada Mesopotamia yang diketuai oleh Raja Nebuchadnezzar kedua telah menyerang Baitul Maqdis dan bertindak membakar kota tersebut. Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk Yahudi terbunuh manakala mereka yang masih hidup telah dibawa pulang ke wilayah Babylon dijadikan sebagai hamba. Pada masa yang sama, Baitul Maqdis telah berada jatuh dalam tangan tentera Babylon.

Dari sudut pandangan Isla , serangan tersebut berlaku adalah disebabkan oleh kerosakan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi itu sendiri. Ini mendatangkan murka ALLAH menyebabkan Allah telah mendatangkan bencana kepada mereka secara besar-besaran.

Antara kerosakan yang dilakukan oleh bangsa Yahudi ialah meminda dan menokok tambah kandungan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s untuk menjadi panduan dalam kehidupan mereka. Mereka juga telah menghalalkan banyak perkara yang haram mengikut hawa nafsu mereka.

Bangsa Yahudi mendapat nafas baru apabila kerajaan Babylon berjaya ditumbangkan oleh Empayar Parsi yang dipimpin oleh Raja Kurush atau lebih dikenali sebagai Cyrus The Great. Dalam hal ini, orang Yahudi mendapat layanan yang baik. Cyrus The Great merupakan pemerintah yang bertimbang rasa, cintakan kedamaian dan memiliki empayar yang sangat luas.

Penjajahan bangsa Yahudi oleh kerajaan Babylon telah memulakan diaspora pertama dalam sejarah bangsa Yahudi. Mereka yang pada mulanya tinggal di Baitul Maqdis dan juga kawasan yang terletak disekitarnya kini telah tersebar diserata semenanjung Tanah Arab.

Dalam tempoh diaspora ini, bangsa Yahudi turut tinggal bersama orang-orang Arab ketika zaman Rasullullulah s.a.w. Tiga suku kaum Yahudi di Madinah yang terkenal dan hidup di Madinah bersama orang islam Bani Nazir, Bani Quraizah dan juga Bani Qainuqa.

Diaspora Bangsa Yahudi Kedua 

Pada tahun 70 Masihi, Panglima Titus yang merupakan maharaja Rom telah mengetuai tentera Rom dan mereka berjaya menawan Baitul Maqdis. Serangan tersebut juga telah mematahkan pemberontakan orang-orang Yahudi terhadap Empayar Rom. Pada awal peperangan, tentera Rom tidak berjaya untuk menembusi tembok Baitul Maqdis kerana orang Yahudi telah membina tembok-tembok yang tinggi bagi tujuan pertahanan. Namun kesungguhan dan strategi yang berkesan yang digunakan oleh tentera Rom telah menyebabkan mereka berjaya menawan Baitul Maqdis.

Mereka terpaksa keluar buat kali kedua dan hanya kembali selepas hampir 2000 tahun bertebaran ke serata dunia melalui penubuhan Israel pada 1948. Namun begitu, penghijrahan kedua ini telah menyebabkan bangsa Yahudi tersebar lebih jauh daripada penghijrahan yang pertama.

Bangsa ini banyak ditemui dalam bilangan yang agak banyak di negara Eropah,Turki dan beberapa tempat di Afrika.Pada masa yang sama rupa para mereka mula berbeza mengikut kedudukan geografi mereka.Sebagai Contohnya, Bangsa Yahudi yang menetap di Afrika memiliki kulit yang gelap sama seperti penduduk Afrika.Salah satu kelompok Yahudi yang tinggal di Afrika ialah Yahudi Ethiopia yang lebih dikenali sebagai Beta Yahudi. Dalam konteks ini, Beta Yahudi merupakan komuniti Yahudi daripada Baitul Maqdis yang telah berpindah ke Uthopia..Selepas serangan Babylon,ramai orang Yahudi telah berhijrah ke Mesir sehinggalah pemerintahan ratu terakhir mesir iaitu Cleopatra. Ketika peperangan yang melibatkan Rom dan Mesir berlaku ,orang Yahudi sudah pastilah berpihak kepada Mesir .Namun apabila Mesir berjaya dikalahkan maka orang Yahudi terpaksa berhijrah ke Ethiopia.

Penindasan Terhadap Bangsa Yahudi

Bangsa Yahudi telah melalui satu tempoh yang penyeksaan yang cukup dasyat dalam sejarah tamadun manusia. Di beberapa buah negara Eropah,  orang Yahudi telah ditindas tanpa belas kasihan. Mereka juga pernah diusir daripada negara-negara yang mereka pernah menetap.

Pada tahun 1210, Raja England iaitu John telah memerintahkan semua orang Yahudi di England ditangkap dan dikumpulkan. Dalam masa yang sama orang Yahudi juga perlu membayar sebanyak 66,000 mark kepada baginda. Ramai orang Yahudi telah dipenjara dan diseksa sementara jumlah wang tersebut berjaya dilunaskan.

Pada tahun 1483 dan 1492, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella juga telah mengusir semua bangsa Yahudi yang terdapat di semua wilayah yang berada dibawah penguasaan mereka seperti Castile, Catalonia, Basque, Pulau Sardinia, Sicily, Valencia dan Andalusia. Sebelum penaklukan tersebut, Bangsa Yahudi berada dibawah pemerintahan kerajaan Islam iaitu kerajaan Uamiyyah dan memperoleh layanan yang baik daripada pemerintah.

Apabila kerajaan Islam tewas bangsa Yahudi mula mengalami mimpi ngeri. Melalui Dikri Alhambra yang telah ditandatangani oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 31 Mac 1492, bangsa Yahudi telah dipaksa memeluk agama Kristian atau keluar daripada wilayah mereka. Mereka yang tidak membuat pilihan akan dihukum bunuh oleh pemerintah. Hal ini telah menyebabkan mereka berpindah ke wilayah-wilayah Afrika utara.

Di negeri-negeri Papal yang berada di bawah penguasaan gereja Katholik, Pope telah mengarahkan Yahudi diusir keluar pada bulan Mac 1569. Namun begitu, bangsa Yahudi yang memiliki kepentingan perdagangan sahaja yang dibenarkan untuk tinggal di Bandar Rom dan Ancona. Pemerintah Rom menyediakan tempat khas atau ghetto bagi memencilkan penempatan Yahudi supaya tidak bercampur dengan mereka.

Rusia juga telah menyediakan wilayah khas untuk orang Yahudi dan mereka tidak dibenarkan tinggal diluar kawasan itu. Kebencian Rusia terhadap bangsa Yahudi ini telah membawa kepada berlakunya serangan yang melibatkan pembunuhan dan kerosakan harta benda pada tahun 1881, 1883, 1903 hingga 1906.

Sekatan dalam sektor pendidikan juga turut dikenakan terhadap bangsa Yahudi. Sehubungan dengan itu, di wilayah penempatan khas Yahudi sebanyak 10 % Sahaja kuota yang diperuntukan untuk anak-anak Yahudi.Manakala di Bandar Moscow, dan St Petersburg hanya 3% sahaja kuota yang disediakan.

Penghijrahan Orang Yahudi Ke Amerika Syarikat

Berdasarkan catatan sejarah, Joachim Gans merupakan orang Yahudi pertama yang tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1585. Pada September tahun 1654 seramai 23 orang Yahudi dari Recife, Brazil telah berhijrah ke New Amsterdam. Golongan Yahudi seterusnya telah berpindah ke daerah yang dikuasai Belanda di Selatan Amerika. Pada tahun 1658, satu penghijrahan yang melibatkan 15 buah keluarga imigran Yahudi telah tiba di Newport ,Rhode Island dari Sepanyol dan juga Portugal. Dalam hal ini, mereka merupakan golongan Yahudi yang lari daripada penyeksaan yang dilakukan terhadap Sepanyol dan juga Portugal

Nasib Bangsa Yahudi Sepanjang Perang Dunia Kedua

Mimpi ngeri bangsa Yahudi mencapai kemuncaknya pada era Perang Dunia Kedua. Namun mimpi tersebut adalah sangat ngeri daripada mimpi yang mereka alami sebelum ini. Kebangkitan Parti Nasionalis Jerman (NAZI) yang pada asalnya adalah sebuah parti politik kemudiannya bertukar menjadi parti gerakan fasis.

Kebangkitan Nazi dan Adolf Hitler meninggalkan banyak kesan dalam sejarah bangsa Yahudi sehingga hari ini.Kebencian hitler dan pengikutnya terhadap yahudi adalah disebabkan anggapan mereka bahawa orang Yahudi menjadi punca kekalahan Jerman pada perang dunia pertama.

Setelah berjaya menakluk Poland, Jerman meneruskan peluasan kuasa dengan melancarkan serangan ke Denmark dan Orwegia. Seterusnya, pada 10 Mei 1940 pasukan Jerman telah mendarat di Belanda. Hal ini berlaku demikian kerana mereka ingin menguasai ruangan udara dan jambatan di Rotterdarm setelah berjaya beliau menghantar tenteranya ke Belgium.

Pada masa yang sama, kebencian terhadap bangsa Yahudi semakin menyerlah apabila seramai 3 juta orang Yahudi di Poland dan orang Yahudi perlu memakai tanda “bintang” bagi mengecam mereka.

Pada 12 oktober 1940, orang-orang Yahudi diperintahkan di Warsawa agar dipersiapkan dinding setinggi setengah meter dibina bagi menampung setenggah juta orang Yahudi yang terdiri daripada pemuda,wanita,anak-anak kecil dan juga orang tua. Mereka menderita dengan kelaparan dan juga kesejukan. Lucien Steinberg menceritakan tentang getho dalam bukunya yang berjudul Jews Against Hitler

“The ghetto was set up on 2 october 1940,when Ludwig Fisher,German governor of Warsaw and its immediate vicinity,published a decree effecting the constitution of a jews quarter (Judisches Wohnbezirk) in the town.The non Jewish inhabitants had to leave the area,while the Jews who lived outside its precincts,a much larger number,were forced to take up residence inside.In 1942,it was reckoned that in theory the density of the worst Warsaw slums before the German Occupation.in fact tens thousands of Jews,and there were 450000 in the getho, had not even a roof over their heads,and many more existed in reception centres or in over crowded,improvised dormitories”

Himmler dan Hydrich telah mendirikan tim eksekuisi yang dikenali sebagai Einsategrupen yang terdiri daripada SS, Polis, dan Wehrmacht mereka yang diberi tanggungjawab bagi mengumpulkan orang-orang Yahudi. Pada masa yang sama, orang-orang Yahudi perlu mengali kubur mereka sendiri. SS telah menyiapkan jurang yang dikenali sebagai Babi Yar. Selebihnya ialah sejarah di mana jutaan orang Yahudi dibunuh dengan kejam.

Kejatuhan The Third Reich

Selepas perang dunia kedua berakhir pada 1945, terdapat pemimpin Nazi telah berjaya ditangkap dan terdapat juga melarikan diri. The Furher (Hitler) merupakan individu yang sangat dikenendaki telah berjaya membunuh diri. Namun terdapat pendapat yang menyatakan beliau berjaya melarikan diri ke Agentina menggunakan U-BOAT ( German Submarine).

Walaubagaimanapun penulis memilih pendapat yang paling kukuh iaitu Adolf Hitler membunuh diri apabila dikepung oleh tentera Soviet Union. Mimpi ngeri bangsa Yahudi berakhir apabila sebahagian besar mereka telah terselamat dan terus tinggal di Eropah. Manakala sebahagian lagi telah berhijrah ke negara lain.Kebanyakan mereka telah berhijrah ke Israel dan Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan yang baru.

Perang saudara di Ethiopia telah menimbulkan perasaan belas kasihan dalam kalangan orang Yahudi di Israel terhadap saudara mara mereka di sana. Pada tahun 1991, kerajaan Israel telah menghantar tentera bagi menyelamatkan Yahudi di Ethiopia dengan membawa mereka berpindah ke Israel dan menjadikan mereka sebagai warga Israel. Perpindahan ini menggunakan 34 buah pesawat tentera yang mengangkut seramai 14000 orang Yahudi Ethiopia ke Israel dalam tempoh 34 jam.

Kebangkitan Yahudi Israel

Sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948, Bangsa Yahudi sekali lagi melakukan kerosakan di atas muka bumi termasuklah Baitul Maqdis. Pada masa yang sama mereka juga telah melakukan penindasan terhadap bangsa Arab yang menetap di Palestin berterusan sehingga ke hari ini sejak Israel ditubuhkan.

Mereka yang pada ketika dahulunya telah ditindas dan dizalimi dengan teruk oleh empayar Babylon, Rom, Rusia dan Nazi Jerman pula yang menindas dan mengzalimi bangsa Arab Palestin.

Mereka langsung tidak merasa insaf terhadap apa yang telah mereka lalui suatu ketika dahulu. Dalam mensyuarat Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali pada tahun 1986 Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia bercucap dengan nada yang berani mengkritik bangsa Yahudi.Beliau berkata bahawa

The expulsion of Jews from the Holy Land 2000 years ago and the Nazi oppression of Jews have taught them nothing. If anything at all, it has transformed the Jews into the very monsters that they condemn so roundly in their propaganda material.”

Pada tahun 2003 sewaktu persidangan OIC Tun Dr Mahathir sekali lagi mengkritik bangsa Yahudi melalui Ucapannya iaitu:

“But Today The Jews rule this world by proxy.They get other to fight and die for them.”

RUJUKAN

Adolf Hitler.1939. Mein Kampf. London: Huurst and Blackett Co Publisher Ltd

Mohd Nadzri Kamsin. 2018. Travelog Misteri Israel Kuasai Dunia. Kuala Lumpur: Hijjaz Records Publishing

Lucien Steinberg. 1970. Jews Againts Hitler.French: Gordon Cremonesi Ltd

Paul Johnson. 1987. A History of the jews.New York: Harper & Row Publishers.

Sabaruddin Hussein.2010.Agenda Yahudi Menakluk Dunia Rahsia Disebalik Rahsia. Batu Caves: PTS Islamik Sdn Bhd, 2010.

Dr. Mahathir VS Jews. https://youtu.be/MwjbGatqmyY

Malaysian Prime Minister Dr. Mahathir bin Mohamad 2003 on the jews. https://youtu.be/UGWJ7tVr47o

Artikel sumbangan Paklong untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.