Untuk peminat game bersiri ‘God of War’ pastinya tidak asing lagi dengan nama watak protagonis Kratos, seorang pejuang dan pemimpin bangsa Sparta yang pada asalnya hanyalah manusia biasa akhirnya mendapat kekuasaan dewa di atas perjanjiannya dengan Dewa Perang Ares.

Permainan video yang pernah menjadi kegilaan untuk peminatnya datang dengan siri yang terbaru, ‘God of War’ (2018) yang telah memenangi anugerah ‘Game of the Year 2018’ dan menyondol anugerah seperti ‘Best PlayStation 4 Game’, ‘Best Action-Adventure Game’, ‘Best Art Direction’, ‘Best Story’, ‘Best of 2018 Awards, ‘Best Graphics’ dan ‘Best Music’.

Walaubagaimanapun, di dalam permainan video ini, Kratos digambarkan sebagai seorang demi-god (separuh manusia, separuh dewa) yang menyelesaikan masalah dengan kekerasan dan kekuatan amarahnya sehinggakan tindakannya ini menghancurkan dewa-dewi agama Yunani seperti Dewa Zeus, Dewa Ares, Dewa Poseidon dan lain-lain lagi. Tetapi sejauh manakah kebenaran mengenai sosok mitos dewa ini melalui karya catatan asli berkenan dirinya pada zaman kepercayaan agama Yunani dahulu?

Gambar: Tugu Dewa Kratos (Kartos atau Cratos).

Theogony: Karya Puisi Yunani Dewa Olympus.

1. Nama Kratos (Cratos) pertama kali ditemui di dalam sebuah karya kumpulan puisi yang mengisahkan sejarah kemunculan dan kelahiran dewa-dewi Yunani di dalam catatan bertajuk ‘Theogony’. Karya ini ditulis oleh seorang pemuisi Yunani, iaitu Hesoid pada sekitar 700 SM yang lalu. Di dalam karya Theogony yang bertulisan tangan memakai bahasa Yunani lama (Homeric Greek) ini, memuatkan tentang sejarah kelahiran dewa-dewi Yunani yang terkenal di dunia sehingga kini iaitu Dewa Zeus, Dewa Hermes, Dewa Poseidon dan lain-lain yang di mana bagaimana masing-masing dewa-dewi ini mendapat kekuatan lalu mampu memerintah Cosmos (alam semesta).

Walaupun kebanyakan pendapat para ahli ilmuwan menyatakan yang karya Theogony tidak boleh diiktiraf sebagai sumber mitologi pegangan agama kepercayaan masyarakat Yunani kuno, tetapi karya ini mampu menggambarkan bagaimana kelahiran dewa-dewi yang mempunyai kuasa mampu mempengaruhi masyarakat pada waktu tersebut menjadikan karya ini satu-satunya sebuah catatan sejarah yang bernilai untuk dikaji dan didalami sebaik mungkin di bawah skop sejarah mitologi Yunani.

2. Kandungan kisah di dalam salah sebuah puisi Theogony bertajuk ‘Succession Myth’ boleh digambarkan di dalam selitan video permainan God of War kerana jalan kisahnya diambil daripada catatan tersebut.

Kisah ini bermula apabila dewa langit, Uranus melakukan hubungan intim dengan dewi bumi, Gaia dan daripada hasil hubungan ini Dewi Gaia melahirkan beberapa orang anak seperti Titan, Cyclops dan Centimanes (daripada hasil kelahiran ini lahirlah bangsa mitos Titan, Cyclops dan Centimanes). Walaupun anak sendiri, Dewa Uranus tetap membencikan mereka lalu dia bertindak untuk menyembunyikan anak-anaknya ini di dalam perut bumi Gaia.

Atas dasar tekanan dan amarah, Dewi Gaia yang tidak sanggup menahan benci ke atas Dewa Uranus berusaha menghasut anak-anaknya supaya bangun menentang bapa mereka iaitu Dewa Uranus. Kesemua anak Dewi Gaia menolak hasutan ini kecuali anak bongsunya yang berasal daripada bangsa Titan iaitu Cronus. Cronus pun mampu mengalahkan Dewa Uranus lalu mengambil alih pemerintahan di Cosmos (alam semesta).

Setelah kekalahan Dewa Uranus, Dewa Gaia mengingatkan kepada anaknya, Cronus bahawasanya salah seorang anaknya akan tumbuh besar lalu akan mengalahkannya kelak. Cronus yang telah melakukan hubungan intim dengan Rhea telah melahirkan beberapa orang anak seperti Dewi Hestia, Dewa Hades, Dewi Hera, Dewi Demeter, Dewa Poseidon dan Dewa Zeus.

Cronus yang mengingati amaran ibunya tersebut telah memerintahkan Rhea untuk menyerahkan bayi-bayi yang baru lahir tersebut untuk dimakan. Salah seorang bayi yang terselamat tersebut adalah Dewa Zeus, iaitu ketika mana Cronus datang untuk memakan Zeus, Rhea telah menggantikan bayi tersebut dengan sebiji batu yang dibalut dengan kain yang selalu dikenakan pada seorang bayi. Cronus yang menyangka batu tersebut adalah bayi, memakannya tanpa banyak soal. Sebenarnya sebelum kejadian tersebut, Rhea telah menyembunyikan Zeus di dalam sebuah gua di gunung Aegea.

3. Setelah beberapa lama, Zeus tumbuh membesar dan dia pun berhasrat membalas dendam kepada Cronus dan bangsa Titan. Zeus membebaskan bapa saudaranya, Cyclops, yang telah dipenjarakan oleh Cronus. Dari kebebasan ini, Cyclops memberikan Zeus kuasa mengawal petir. Zeus pun memimpin masyarakat Olympus dan bangsa Cyclops berperang dengan bangsa Titan selama 10 tahun lamanya (Clash of the Titan).

Dalam pertempuran-pertempuran tersebut, bangsa Centimanes yang sebelumnya berpihak kepada bangsa Titan berpaling tadah lalu menyertai pasukan tentera bersekutu Dewa Zeus. Dengan penyertaan dua bangsa yang terkuat ini, Dewa Zeus akhirnya mampu mengalahkan bangsa Titan lalu Cosmos jatuh ke tangan dia. Dengan kemenangan ini, Dewa Zeus menjadi penguasa kekal di singgahsana Olympus yang memimpin Cosmos dan bangsa Titan yang memberontak terhadap Dewa Zeus dibuang ke suatu tempat bernama Tartarus. Kisah kekalahan bangsa Titan dapat dilihat dalam bahagian pembelajaran mitologi Yunani iaitu ‘The Fall of Titan’.

Kratos: Anak Seorang Titan

4. Setelah pertempuran ini, Cosmos kembali aman untuk seketika. Bangsa Titan yang menyebelahi Dewa Zeus dijaga keamanan mereka di antaranya adalah Pallas dan Styx. Pallas dan Styx berkahwin dan melahirkan beberapa orang anak seperti Dewi Nike, Dewi Bea, Dewa Zeulus dan Dewa Kratos. Di antara keempat-empat orang ini, Dewa Kratos dikenali sebagai dewa kekuatan dan kemarahan.

Disamping itu pula, Dewi Gaia bersama dengan Tartarus mempunyai anak gergasi bernama Typhon. Gergasi Typhon dikenali di dalam mitologi Yunani sebagai raksasa yang sangat mematikan, ganas dan tidak kenal ampun. Typhon juga diyakini sebagai anak daripada Titan Cronus, penguasa Cosmos sebelumnya. Atas dasar dendam dan ingin menguasai Cosmos, Typhon melancarkan perang besar terhadap Dewa Zeus.

5. Ketika dalam pertempuran Typhon-Zeus, Typhon berjaya melukakan Dewa Zeus lalu dia menuju bersama angkatan pasukannya untuk menakluk Gunung Olympus, singgahsana Dewa Zeus. Tetapi hasrat mereka terhalang apabila Dewi Nike, Dewi Bea, Dewa Zeulus dan Dewa Kratos menjadi empat orang pertama yang berdiri mempertahankan benteng terakhir Dewa Zeus tersebut. Dalam usaha untuk menakluk Gunung Olympus, Dewa Zeus kembali sembuh dan bangun kembali sebelum berjaya menghancurkan seluruh angkatan pasukan pimpinan Typhon dengan tenaga petirnya yang paling besar. Kekalahan dan pengkhianatan Typhon ini menyebabkan Dewa Zeus melemparkannya juga ke Tartarus.

6. Setelah menghadapi dua perang utama terbesarnya ini, Dewa Zeus menjadi fobia terhadap kepercayaan anak-anaknya mahupun saudara-saudaranya. Dewa Zeus tidak ingin lagi melihat pertempuran kembali terjadi lalu setelah dia menikah dengan Metis, Dewi Gaia memperingatkan bahawasanya anak yang dikandung oleh Metis akan menjatuhkan takhtanya kelak (Dewi Athena).

Kerana ketakutan dan ingin mengekalkan kuasanya, Dewa Zeus menelan Metis ketika mana dia masih mengandung Dewi Athena. Dengan ini, maka berakhirlah kitaran pemberontakan dan penentangan ke atasnya lalu mampu memimpin Olympus buat selama-lamanya. 

7. Di dalam catatan Theogony, sejarah tentang Dewa Kratos tidak banyak dikisahkan dan Dewa Kratos hanya digambarkan sebagai pejuang yang mempertahankan Gunung Olympus ketika berlakunya perang diantara Typhon dan Dewa Zeus dan Kratos dan Bia juga dikenali sebagai pengikut setia Dewa Zeus. Sebab itu, Kratos tidak terkenal sepertimana dewa-dewi lainnya. Jalan cerita sejarah mitos perjalanan hidup Kratos hanya ditokok tambah melalui karya fiksyen permainan video God of War sahaja. 

Jadinya, tidak perlu diperdebatkan mengenai sejarah mitos yang ditambahkbaikkan dalam kisah mitos yang lain. Penulisan ini hanyalah ditulis untuk mengajak pembaca mengetahui serba sedikit mengenai nama-nama para dewa dan dewi Yunani yang kebanyakannya kita lihat sekarang menjadi nama puting beliung bahkan sehingga ke ejaan jenama antarabangsa dan bagaimana sejarah agama Olympian yang pernah bertapak di kerajaan Sparta, Megalopolis, Athens dan Corinth.



Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.