Kejatuhan Melaka iaitu tragedi 1511 terjadi disebabkan fitnah seorang perempuan pelacur Parsi yang beritanya digunakan oleh Portugis untuk membunuh orang Melaka dan membakar kotanya hingga hancur. Dia merupakan pemilik sebuah rumah hinggap di hilir Melaka dan datang kepada kapitan Portugis menyatakan Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja hendak membunuh mereka sedangkan kebenaran daripada komplot itu sampai hari ini tak akan dapat disahkan.
Pada hakikatnya Portugis menulis sejarah Melaka melalui sumber hearsay yang adakala bercanggah dan meragukan. Dalam rekod mereka kononnya mereka ini telah teraniaya dan hanya datang untuk berdagang. Pedang dan espingarda mereka hanya digunakan demi menegakkan keadilan keatas Sultan Mahmud dan orang Melayu yang tamak, penyangak dan taksub pada agama Muhammad.
Pembesar pembesar pula dikatakan menghasut sultan untuk menjaga periuk nasi sendiri maka wujudlah parti Bendahara yang anti Portugis dan parti Laksamana dan Temenggung yang kononnya menyokong kehadiran Portugis.
Baginda Sultan Mahmud meskipun beliau bukan pemerintah yang sempurna namun bagindalah yang menyempurnakan Hukum Qanun Melaka, mengembangkan institusi agama dan tariqah tasawwuf serta memodenkan angkatan tentera digambarkan sebagai seburuk buruk manusia yang dinanti nantikan kejatuhannya.
Ketegangan di Melaka pada ketika itu sebenarnya berpunca daripada pelbagai fitnah sedangkan sikap defensif orang Melaka yang diperbesar besarkan sebenarnya berpunca daripada tindakan orang Portugis sendiri yang membina kubu dan menyeludup masuk meriam dan senjata di tengah tengah metropolitan Melaka disamping rekod buruk mereka di kota kota umat Islam di Kilwa, Hurmuz, Aden, Surat, Diu, Goa, Kalikut dan lain lain yang sudah musnah angkara mereka sendiri.
Orang Portugis play victim mirip dengan naratif dan propaganda Islamofobia Amerika Syarikat yang memberi lampu hijau kepada kempen mereka di Iraq dan Afghanistan sedangkan mustahil seluas luas alam semuanya berkomplot jahat kepada mereka sedangkan semua bangsa berdagang aman damai di rantau Asia Pasifik beratus tahun lamanya sebelum mereka tiba.
Keberhati-hatian orang Melayu ini akhirnya menyebabkan kematian beberapa orang Portugis dan perang pun meletus yang meleret leret sehingga awal 1600.
Menariknya segala dakyah buruk tentang negeri Melayu Melaka disebarkan kepada orang Portugis pertama sekali oleh pedagang Cina Fujian beragama Kristian yang menyediakan kemudahan dan serba serbi bantuan termasuk wanita pelacur untuk orang-orang Portugis. Pihak yang ketiga terlibat adalah padagang Hindu dari Kalikut disamping komuniti India Selatan sedia ada di Melaka yang diketuai Naina Chatur.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih