Sebelum saya mulakan topik ini, saya nak uji anda yang membaca berkenaan aphantasia.

Jika boleh, cari seseorang untuk membaca ujian dibawah ini demi keberkesanan ujian ini. Jika tiada tidak mengapa anda boleh membaca dan membayangkan apa yang ditulis di bawah.

Bayangkan sebiji epal.

Di mana epal ni berada? Adakah ianya di ruang angkasa, masih tergantung di pokok, di tangan atau dalam mangkuk buah, atau anda melihat buah epal ini sebagai orang pertama (first person view) atau orang ketiga (third person view).

Adakah epal anda ada tangkai dan daunnya?

Dan sekarang bayangkan epal ini diubah warnanya.

Bagaimana rasa sentuhan pada epal ini?

Adakah ianya sangat berkilat?

Adakah anda boleh memutar epal ini 360 darjah untuk melihat setiap sisinya?

Bolehkah anda mengubah pencahayaan pada epal ini? Contohnya, jika di tempat terang, ubahnya di tempat gelap atau pencahayaan malam.

Bagaimana rupa epal ini setelah anda mengigitnya?

Akhir sekali, kuatkan bayangan sebiji epal yang anda bayangkan secara terperinci yang mungkin.

Okey, sekarang boleh buka mata jika anda menutupnya. Sekarang, dari skala yang berikut anda di tahap yang mana?

  1. Gelap gelita atau tiada imej langsung
  2. Kabur dan malap
  3. Agak jelas dalam samar-samar
  4. Boleh nampak rupa tetapi tiada details
  5. Terlalu sangat jelas seperti ada di dunia sebenar

Jika anda di skala 4 dan 5, tahniah! Daya imaginasi anda sangat kuat! Jika anda di skala 2 dan 3, jangan putus asa, anda masih ada imaginasi, cuma perlu kuatkan lagi. Jika anda di skala 1, maafkan saya, anda menghidapi APHANTASIA.

Saya yang merupakan seorang pencebur bidang seni mungkin anda menganggap skala saya berada di sekala 4 atau lima, bukan? Wow! Sungguh kuat daya imaginasi saya! Tetapi jawapan anda salah, saya hanya di skala 2 atau 3. Sangat memalukan, bukan? Walaupun saya ini seorang pencinta seni.

Aphantasia ialah istilah yang dicadangkan untuk keadaan di mana seseorang tidak mempunyai mata fikiran atau “Mind’s Eye” yang berfungsi dan tidak dapat secara sukarela membayangkan imejan.

Apa yang dimaksudkan oleh pernyataan tersebut adalah, penghidap aphantasia tidak dapat langsung membayangkan imej epal dalam ujian kita tadi tadi. Mereka hanya nampak kegelapan dalam fikiran mereka. Bayangkan keadaan kegelapan itu!

Keadaan bayangan mereka yang menghjidapi aphantasia jika diminta membayangkan sebiji epal. Mereka hanya nampak kelopak mata mereka. (Gambar oleh Photoinsider)

Adakah ini normal? Tak, ianya tidak normal tetapi tidaklah sampai memudaratkan kesihatan.

Francis Galton (gambar dari Commons)

Aphantasia mula ditemui pada tahun 1880 oleh seorang saintis Perancis bernama Francis Galton. Tetapi aphantasia tidak dikaji sehinggalah pada tahun 2005. Dan pada tahun 2015, sebuah hasil kajian yang dilakukan oleh pasukan Profesor Adam Zeman dari Universiti Exeter sejak 2005 diterbitkan, yang juga mencipta istilah aphantasia. Bahan penyelidikan pada ketika itu sangat terhad. Kajian lanjut masih dirancang.

Jadi apakah aphantasia selain mengalami kegelapan? Mesti ramai terfikir adakah mereka yang menghadapi penyakit ini tiada memori? Aphantasia bukanlah menyebabkan penghidapnya hilang memori. Penghidap masih waras dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Mereka dapat mengenalpasti siapa ayah dan ibu mereka. Masalah mereka hanya tidak dapat membayangkan rupa yang pernah dilihatnya. Ada yang mengatakan membayangkan sebuah kiub pun sudah memeritkan.

Contoh, saya yang berada di skala 2 atau 3, saya hanya dapat membayangkan rupa sebiji epal merah bersama tangkai dan daun tetapi dalam keadaan kabur seperti seorang yang rabun jauh. Saya boleh fokuskan lebih banyak perincian pada epal tersebut seperti bintik, berkilat dan keadaan pencahayaan, tetapi rupa sebiji epal itu masih kabur dalam imaginasi saya. DIsebabkan ini juga, saya kurang mengingati rupa seseorang jika sudah bertahun tidak jumpa. Kerana daya imaginasi saya sangat kabur.

Bagi yang di skala 4 dan 5, kajian menunjukkan mereka boleh bayangkan epal itu seperti ada di dunia sebenar dan  sangat terperinci. Jika mereka buka mata sambil membayangkan epal imaginasi itu, mereka boleh melihat di sekeliling epal itu tanpa perlu fokus dan tiada kekaburan.

Bagi penghidap aphantasia, hanya kegelapan dan tiada apa-apa bayangan sekelumit epal. Tetapi mereka dapat memberi FAKTA bagaimana rupa sebiji epal itu. Ya, hanya FAKTA! Jika diminta membayangkan warna hijau, mereka tahu warna hijau bagaimana, tetapi tidak dapat membayangkan warna hijau itu dalam fikiran mereka. Jika diletakkan dalam perspektif lain, otak ini seperti komputer yang boleh simpan segala data dan memori. Semuanya okey tetapi paparan skrin monitor dipadam.

Berdasarkan pengalaman dari seorang Youtuber, AmyRightMeow, buku novel fantasi merupakan musuhnya. Setiap novel banyak memberikan penerangan bagaimana keadaan dunia dan rupa paras watak dalam cerita itu, tetapi dia hanya melihat kegelapan dalam fikirannya. Dia juga berkata “adalah menjadi satu fantasi yang diidamkan oleh saya jika saya dapat membayangkan dunia dalam novel yang digilai ramai.”

Lakaran yang dilukis oleh penghidap aphantasia. Anda dapat melihat lapisan garis dibina bedasarkan jika dia merasakan garisan itu patut berada disitu untuk mendapatkan bentuk yang dia mahu dan kemudian mula menggelapkan garisan di mana dia mahu diperlihatkan. (Gambar dari 1967ers.wordpress.com)

Adakah ada penawar penyakit ini? Buat masa ini tiada, tetapi anda digalakkan melakukan hipnoterapi dan “visual kreatif”. Bagaimana “visual kreatif” ini dilakukan. Seperti yang saya sudah nyatakan di atas, mereka hanya boleh memberikan FAKTA rupa sebiji epal atau bilik yang ideal. Penghidap aphantasia boleh mendapat mimpi yang sangat jelas walaupun mimpi itu berada dalam third person view. Tetapi jika mereka terbangun, mereka hanya ditinggalkan dengan FAKTA berkenaan mimpi itu.

Jika anda seorang pelukis, cara yang sesuai untuk “pemikiran kreatif” adalah dengan melakar atau sketching. Bagi penghidap aphantasia, proses ini sangat lama kerana mereka perlu menapis yang mana baik dan buruk dalam lakaran mereka untuk dijadikan lakaran akhir yang baik. Dan jika mereka mahu membuat sesuatu yang baru dan kreatif, mereka akan mencari rujukan seperti pelukis-pelukis yang lain.

Cuma mereka lebih memerlukan rujukan kerana mereka tidak dapat MENGEKALKAN pemandangan yang dikehendaki. Jika tidak, proses “visual kreatif” menjadi satu bebanan bagi mereka. Mereka boleh melukis watak tanpa merujuk kerana mereka dapat membayangkan perasaan untuk diletakkan pada watak kerana itu yang mereka rasakan setiap hari, tetapi lanskap tidak. (I’m looking at you Bob Ross!). Satu lagi cara, sekarang terdapat banyak software 3D yang membantu mencipta landskap yang dikehendaki tanpa perlu “membayangkan”.

Perasaan pada watak dapat dibayang oleh mereka yang menghidap aphantasia kerana mereka mengalaminya. (Gambar oleh SNN95)

AmyRightMeow memberikan satu penawar menggunakan hipnoterapi yang diciptakan oleh Win Wanger, PH.D. Beliau memanggil penawar ini “image streaming”. Caranya adalah dengan menutup mata dan menerangkan setiap perincian yang anda fikirkan. Contoh, jika anda fikir brokoli, terangkan bagaimana rupa brokoli tersebut, dan selepas itu fikir benda yang setaraf dengan brokoli; contohnya pokok, jadi terangkan bagaimana rupa sebatang pokok.

Lagi elok, fikirkan secara lebih terperinci dari hanya satu perkara. Contohnya rumput, selepas menerangkan bagaimana rupa rumput, masuk lagi terperinci, apa hidupan yang ada pada rumput, dan selepas itu pergi lebih terperinci dengan menerangkan bagaimana rupa hidupan pada rumput tersebut.

Bagi penghidap aphantasia, anda perlu menutup mata dan memaksa untuk membayangkan bentuk yang difikirkan. Anda akan terperasan jika anda menutup mata, akan ada seperti calitan berwarna putih dan kelabu asap, cuba anda fokuskan kepada bentuk calitan itu dan mencipta bentuk atau rupa barang yang anda fikirkan. Lebih baik, cari seseorang yang boleh memberikan atau membaca arahan seperti test bayangkan sebiji epal tadi. Atau rekod suara anda dan mainkan test epal tadi berulang-ulang kali.

Lama kelamaan, anda akan dapat membayangkan rupa sebiji epal. Jika anda mahu melukis epal, anda tidak perlu merujuk atau membuat lakaran atau perlu mencari epal di dunia sebenar untuk melukis epal. Jika anda merujuk sekalipun, imej epal itu akan kekal tanpa terpadam oleh kegelapan aphantasia dan hanya meninggalkan FAKTAnya sahaja untuk anda.

Pengalaman pesakit aphantasia:

  1. AmyRightMeow di Youtube – https://www.youtube.com/watch?v=ewsGmhAjjjI
  2. Fevir di Youtube – https://www.youtube.com/watch?v=x3kWafrsUBM
  3. Reddit – https://www.reddit.com/r/Aphantasia/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang illustrasi digital dan animasi 2D. Saya juga merupakan penyelia dan penyumbang bebas dalam Wikipedia Bahasa Melayu.

Comments are closed.