Robin Hood (2018) baru sahaja berlabuh di panggung wayang berdekatan beberapa minggu lepas dan malangnya, tapi nampaknya setiap percubaan sejak versi Kevin Costner benar-benar mengecewakan. Ia membingungkan kerana betapa studio sentiasa mencuba dan memperkenalkan watak untuk penonton moden. Sehubungan dengan kajian ini, filem itu kini sedang duduk di atas 14% pada Rotten Tomatoes (Deffinition, 2018) dan sementara penulis tidak pernah meletakkan terlalu banyak harapan pada laman web ini, ini adalah petunjuk jelas bahawa filem-filem ini tidak mencapai jangkaan.

Namun dalam ulasan kali ini, penulis ingin membandingkan dari sudut ideologi dan falsafah antara superhero Robin Hood dan The Incredibles. Berikut merupakan antara analisis amatur penulis mengenai filem ini.

  Robin Hood The Incredibles
Idea Utama Socialisme / communisme Objectivisme / Liberalisme
Pandangan tentang kerajaan Bergerak secara outlaw; tanpa kerajaan Perlu bekerjasama dengan kerajaan
Era Filem Revolusi – age of action Media – age of publicity & advertisement
Imej Heroisme Imej kerahsiaan Imej Celebriti
Fokus kebahagiaan Kebahagiaan masyarakat Kebahagiaan Individu
Pandangan Pasaran Bebas Pasaran Bebas perlu regulasi ‘Pasaran Bebas’ sesuai untuk heroisme

Peranan kerajaan; korupsi / kerjasama

Permulaan bagi seseorang wira adalah keperluan untuk melindungi golongan yang lemah. Walaubagaimanapun, bagi Friedrich Hayek ia merupakan langkah pertama kedudukan sosialisme dalam mencapai kesamarataan (Hoerber, 2017). Liberalis seperti Edmund Burke sehinggakan pernah menyatakan bahawa kesamarataan merupakan langkah kemusnahan bagi sesebuah tamadun (Burke, 1795).

Dalam kedua-dua filem, masing-masing menekankan perlunya melindungi golongan yang lemah tetapi dengan pendekatan yang berbeza. Robin Hood tidak mempercayai sistem kerajaan yang sedia ada. Beliau merompak duit dan hasil pungutan cukai orang ramai daripada kerajaan kerana kerajaan tidak mengagihkannya dengan sama rata dan lebih mementingkan cardinal dan golongan bangsawan.

Namun bagi The Incredibles, mereka lebih mengetengahkan kepentingan mengikut peraturan dan bekerja dalam system. Mereka akur dengan keputusan kerajaan untuk mengharamkan kegiatan heroism dan bekerjasama dengan polis dalam menangkap penjenayah.

Era Revolusi vs Era Publisiti

Bukan sahaja kedua-dua latar masa filem ini dari masa yang berbeza, tetapi mereka juga daripada ‘era’ yang berbeza. Sebagai permulaan, kita boleh bersetuju bahawa kedua-dua wira-wira dalam filem-filem ini mengalami konflik kebencian (conflict of resentment). Di samping kepentingan diri sendiri, manusia juga termotivasi oleh hal-hal motif lain, bergantung kepada peristiwa-peristiwa yang berbeza (Fukuyama, 2018). Dalam kes ini, parti politik atau superhero akan memobilisasi para pengikutnya melalui persepsi bahawa maruah satu kumpulan telah tercemar. Jadi, untuk membersihkan martabat mereka, mereka perlu bersuara.

Dalam kehidupan moden i.e. filem The Incredibles, seorang individu akan mempunyai banyak identiti, kerana kemajuan perkembangan minda dan teknologi. Maka, mereka lebih mementingkan publisiti untuk mereka terus kekal relevan dalam identity mereka sebagai seorang superhero. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu kekalkan identiti sebagai manusia, remaja, ibubapa, ahli masyarakat dan sebagainya.

Robin Hood walaubagaimanapun, menegaskan bahawa seseorang itu  hanya mempunyai satu identiti, sama ada Islam atau Christian. Jadi inilah percanggahan imej dalam masyarakat. Di samping itu, peranan pemikiran demokrasi liberal juga merupakan penyokong utama politik kebencian ini. Dalam filem ini, pemerolehan kuasa oleh individu (Robin Hood) dan manipulasi pihak-pihak tertentu untuk mencari tempat untuk dimiliki, maka politik atau kemarahan semakin kuat dan kewibawaan akan menjadi lebih lemah. Dalam hal ini, Robin Hood menentang perpecahan masyarakat dan menghargai kepentingan alam semesta daripada kepentingan kumpulan.

Secretive vs Known

Tema utama filem The Incredibles ialah anda harus meraikan apa yang membuatkan anda istimewa. Mrs. Incredible berbeza pendapat dengan keluarganya yang lain. Mr. Incredible memberitahu Dash bahawa kekuatannya adalah perkara yang baik, dan yang berbeza adalah sesuatu yang dihargai, tidak berkurang. Ini adalah bebenang objektivisme, falsafah individualisme Ayn Rand. Ini adalah kontras dengan utilitarianisme, yang merupakan kepercayaan bahawa kesan negatif harus dielakkan (Negroni, 2013).

Menurut utilitarianisme, Dash tidak boleh bermain sukan kerana ia akan menjadi “tidak adil” kepada anak-anak lain. Diskriminasi anak-anak lain akan menimbulkan akibat negatif  terhadap kebahagiaan individual (Dash) sekaligus membahayakan diri. Maka, keistimewaan seseorang harus dirahsiakan. Utilitarianism lebih bersetuju dengan cara Robin Hood yang menyembunyikan identitinya. Bagi utilitarianism, kebahagiaan yang terbaik ialah kebahagiaan sejagat, iaitu idea Jeremy Bentham & J.S.Mill bahawa

“The best policy is that which yields the greatest good for the greatest numbers” (Hayek, 1965).

Maka, jika seseorang itu dianggap hero yang sebenar, perlulah mengorbankan kebahagiaan individu dan fokus kepada seberapa maksimum mungkin kebahagiaan sejagat dan masyarakat.

RUJUKAN

Burke, E. (1795). Thoughts and Details on Scarcity: Originally Presented to the Right Hon. William Pitt, in the Month of November, . London : F & C Rivington.

Deffinition. (2018, November 21). Robin Hood (2018) Is Bad – Critic Roundup And My Review Of The Movie. Retrieved from Deffinition: http://deffinition.co.uk/robin-hood-2018-is-bad-critic-roundup-and-my-review-of-the-movie/

Fukuyama, F. (2018). Identity; the Demand for Dignity & the Politics of Resentment. . New York: Farrar, Straus & Giroux .

Hayek, F. A. (1965). The Road to Serfdom ; With the Intellectuals and Socialism. The Institute of Economic Affairs, 59-60.

Hoerber, T. (2017). Hayek vs Keynes; A Battle of Ideas. . Great Britain: Reaktion Books Ltd. .

Negroni, J. (2013, 12 16). Jon Negroni. Retrieved from jonnegroni.com: https://jonnegroni.com/2013/12/16/what-incredibles-teaches-inequality/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.