Kalau anda sudah baca pasal artikel bertajuk Sejarah Penciptaan Kalendar Masihi: Rom, Julian dan Gregorian, pasti akan mengetahui juga sejarah penamaan nama-nama bulan dalam tahun Masihi. Dan salah satunya adalah bulan Januari iaitu nama yang diambil daripada nama Dewa Janus.

Link: https://www.google.com/amp/s/www.thepatriots.asia/sejarah-penciptaan-kalendar-masihi-sistem-rom-julian-dan-gregorian/amp/

Kalendar Masihi sistem Julian dilancarkan secara rasmi pada tanggal 1 Januari 42 SM oleh ahli anggota senat Rom setelah kematian Julian Caesar. Di dalam sistem kalendar ini, bulan Januari dijadikan sebagai bulan pertama menggantikan bulan Mac. Mengapa ianya dinamakan Januari? Kerana bangsa Rom mempercayai Dewa Janus sebagai dewa yang melihat masa lalu (past) dan melihat masa akan datang (future). Kiranya, ianya dewa satu tubuh, tetapi ada dua wajah. Jangan terkejut, ianya tak wujud, bahkan hanya mitos semata-mata.

Kisah mitologinya bermula ketikamana Dewa Saturnius menganugerahkan kepada Dewa Janus kemampuan untuk melihat ke masa lalu dan masa hadapan seterusnya Dewa Janus diangkat sebagai penjaga pintu gerbang Olympus (tempat bersemayam para dewa-dewi agama pagan Rom). Dengan kemampuan dan hubungkaitnya dalam sejarah mitologi di atas, bangsa Rom mengangkatnya sebagai dewa yang utama untuk menuju ke fasa baharu meninggalkan fasa yang telah berlalu. Jadinya, tidak hairan mengapa pilihan Julius Caesar dalam meletakkan namanya sebagai bulan pertama dalam kalendar Julian tidak ditolak, malahan ianya diterima oleh bangsa Rom.

Di dalam buku Greek and Roman Religions oleh Rebecca I. Denova, pada zaman pemerintahan Rom, terdapat sebuah kuil yang dinamakan sebagai Janus Gaminus. Mengikut tradisi dan kepercayaan bangsa Rom pada ketika itu, pintu kuil tersebut akan dibuka sentiasa ketika empayar Rom menghadapi peperangan ataupun pintu kuil itu akan tertutup sentiasa apabila mereka berada dalam tempoh kedamaian. Terdapat juga di beberapa daerah jajahan empayar Rom, Dewa Janus dijadikam simbol sebagai dewa ramalan kerana kemampuan melihat masa depannya, maka ahli-ahli ramalan pada ketika itu menyandarkan kepercayaan mereka hanya kepada Dewa Janus sahaja.

Kebiasaan dalam tradisi bangsa Rom, setiap dewa-dewi sembahan mereka pastinya ada hari khusus menyambut keagungan mereka. Bagi Dewa Janus, bangsa Rom meletakkan pagi tanggal 1 Januari sebagai Sambutan Tahun Baru sekaligus mempersembahkan ritual penghormatan kepadanya. Dengan sambutan yang menyelitkan unsur keagamaan ini, bangsa Rom mempercayai yang Dewa Janus akan membuka pintu gerbang kepada bangsa Rom menuju ke zaman kedamaian dan kemakmuran tanpa peperangan. Simbol yang bermakna untuk mereka melupakan masa lalu yang pahit untuk melangkah maju menuju ke masa akan datang yang lebih bahagia.

Walaupun pada zaman sekarang, setelah perubahan kalendar Masihi dalam sistem Gregorian oleh Pope Gregory XIII pada tahun 1582 M, sambutan tahun baharu dikenali sebagai sambutan tahun kelahiran Jesus oleh umat Kristian, tetapi sejarah sebenar yang pada asasnya dikhususkan kepada Dewa Janus tidak boleh ditolak mentah-mentah dan dilupakan oleh generasi sekarang. Sejarah yang mengisahkan tentang gambaran sebenar asal-usul sambutan perayaan tahun baharu agama pagan bangsa Rom, ataupun perayaan ritual menyembah Dewa Janus.

Kesimpulan, Allah swt sudah menghadiahkan kepada umat Islam dua perayaan yang besar iaitu perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Itulah perayaan besar untuk umat Islam. Bahkan, Tahun Baru Hijrah bukanlah sebuah perayaan untuk kita, malahan ianya suatu tanda memasuki tahun baharu. Mengapa sekiranya sambutan Maal Hijrah tidak dijadikan perayaan untuk umat Islam, adakah kita wajib menyambut perayaan besar yang sebenarnya dikhususkan untuk agama pagan Romawi dan umat Kristian? 

Akhir sekali, artikel ringkas ini untuk golongan yang apabila ditanya oleh golongan lain, “Mengapa kau tidak sambut Tahun Baru?”. Kau jawablah: “Aku tak kenal Dewa Janus, untuk apa aku menyambut untuknya?”. Tadaaa…!! Ucapan Selamat Tahun Baru dibolehkan, tetapi ikut serta sekali dalam sambutan ini, mohon dielakkan wahai sahabat-sahabat.

Pesanan: Lebih baik tidur dan dinasihatkan jangan mencemuh penganut agama bukan Islam yang menyambut perayaan ini. Biarkan mereka. Aku tak nak letakkan ‘hukuman’ ke atas setiap orang. Terserah kepada masing-masing untuk menilainya. Baik sekian, artikel bonus ringkas terakhir aku untuk tahun 2018 sebelum memasuki tahun 2019. 

Sumber rujukan:

1. A Critical History of Early Rome: From Prehistory to the First Punic War oleh Gary Forsythe.

2. Greek and Roman Religions oleh Rebecca I. Denova.

3. Roman Religion oleh Valerius Maximus.

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.