Pada zaman di mana cerita palsu dan fitnah berleluasa, adakalanya dijaja dalam bentuk berita agar mudah diterima masyarakat, menjadi tanggungjawab editor atau wartawan bertugas untuk menjaga integriti dan kesahihan sesuatu berita. Tidak kira siapa anda, pengamal media arus perdana, editor portal media alternatif atau pentadbir laman sesawang, etika dan profesionalisme kewartawanan perlu dijaga sepenuhnya. Di sini, saya ingin menyatakan etika-etika kewartawanan yang harus diketahui semua:

1.) Mencari kebenaran dan laporkan.

– bertanggungjawab mengesahkan kesahihan laporan, mengesahkan sumber laporan sebelum disebarkan kepada umum dan guna sumber bersifat original.

– mengejar tarikh atau salah format bukan alasan untuk ketidaktepatan laporan.

– sediakan kandungan di mana ia tidak terlalu ringkas, tidak membuat kesimpulan terburu-buru atau memberi gambaran salah kepada pembaca.

– kumpul, perbaiki dan tambahbaik nilai berita sebelum ia disiarkan.

– kenalpasti sumber yang diberi bagi membolehkan kesahihan dan kredibiliti sumber tersebut tidak dipertikai.

– menyokong pertukaran pandangan walaupun sesetengah pihak punya pandangan yang kurang menyenangkan.

– elakkan prejudis dan sangkaan buruk dalam penulisan kerana ia akan menjejaskan kualiti artikel.

– jangan mengada-ada kelirukan fakta.

– jangan PLAGIAT.

2.) Mengurangkan risiko.

– pertimbangkan kepentingan awam bila menyiarkan sesuatu artikel. Artikel tiada nilai jika mengandungi unsur prejudis atau sombong.

– sentiasa pertimbang kesan jangka panjang penerbitan sesuatu tulisan dan kesan kepada para pembacanya. Jika ada maklumat baru atau pembetulan, lakukan secukupnya.

3.) Bersikap telus dan bebas.

– elakkan konflik kepentingan sama ada ianya betul atau sebaliknya. Jika ada, dedahkan.

– usah bersikap pilih kasih. Cuba bersikap objektif semasa menulis artikel.

4.) Sentiasa bertanggungjawab.

– terangkan proses penulisan dan etika kepada pembaca. Galakkan diskusi dengan pembaca berkenaan kandungan berita, liputan dan amalan kewartawanan.

– memberi maklum balas pantas sekiranya ada pertanyaan berkenaan ketepatan atau kebebasan dalam laporan.

– jika ada kesalahan dalam artikel, segera mohon maaf dan perbetulkan. Terangkan hubungan dan pembetulan yang telah dibuat.

– menolak sama sekali sebarang bentuk kewartawanan yang tidak beretika.

– sentiasa berpegang kepada tahap piawaian yang tinggi seperti yang diharapkan pembaca.

ISU PLAGIAT

Seperti anda sedia maklum, plagiarisme masih berlaku sehingga ke hari ini walaupun sudah ada ruang perundangan untuk menanganinya. Dalam dunia penulisan dan kewartawanan, ia adalah satu sumpahan menyakitkan kepada para penulis kerana pelaku menganggap karya atau bahan tulisan yang diambil tiada nilai dan boleh diperlakukan sesuka hati. Di sini, saya akan ceritakan sedikit hak cipta, remedi perundangan dan apa yang menjurus kepada perbuatan plagiarisme.

Hak cipta

Salah satu cabang harta intelek di mana ia beri hak eksklusif oleh undang-undang kepada karyawan untuk mengawal penggunaan karya mereka untuk tempoh tertentu di Malaysia. Di sini, ia ditadbir oleh Akta Hak Cipta 1987 dan hasil kerja yang dilindungi di bawah akta ini ialah karya sastera (termasuk perisian komputer), karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi (broadcast) dan karya terbitan. Tak perlu garu kepala berkenaan soal pendaftaran kerana sebaik saja ia diterbitkan atau disiapkan, secara automatik ia dapat perlindungan hak cipta. Namun, idea tidak termasuk dalam bahagian ini selagi mana ia masih belum dalam bentuk penerbitan.

Proses akuan hak cipta.

Bila berlaku pertelingkahan atau masalah plagiarisme, sebagai pengkarya asal, anda perlu menyimpan bukti-bukti yang membuktikan anda pengkarya asal seperti manuskrip asal dan draf penulisan. Selain bukti, pengkarya juga perlu buat akuan hak cipta di mana dia perlu menyatakan bila dan di mana karya tersebut dicipta serta informasi bagi mendapatkan akuan tersebut. Setelah selesai mengisi info berkenaan, pergi berjumpa dengan pesuruhjaya sumpah untuk mendapatkan cap pengesahan. Akuan yang ada pengesahan ini boleh digunakan di mahkamah sebagai bukti pemilikan karya di mahkamah kalau mahu mengambil tindakan berkaitan perlanggaran hak cipta.

Bagi penggiat seni suara atau filem, penulis buku atau pengaturcara komputer yang merasakan berlaku perlanggaran hak cipta berkaitan karya mereka, akuan hak cipta boleh diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebagai bukti pemilikan karya. Dengan bukti ini, pihak kementerian boleh mengambil tindakan dengan menyerbu dan merampas mana-mana bahan yang dirasakan melanggar hak cipta individu yang dimaksudkan.

Bagi mendapat perlindungan hak cipta, karya tersebut hendaklah bersifat asli dan diterjemah dalam bentuk seperti tulisan, bunyi dan gambar.

Saluran aduan sekiranya berlaku perlanggaran hak cipta.

Sekiranya berlaku perlanggaran hak cipta, pengkarya boleh saja membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini kerana kedua-dua badan ini diberi kuasa untuk menangani masalah perlanggaran hak cipta.

Sumber:

Azizi Zulkefli, Mari Berkenalan Dengan Hak Cipta di Malaysia, Majalah Niaga, 20 Januari 2012, http://www.majalahniaga.com/undang-undang-hak-cipta-malaysia.html

Society of Professional Journalists (SPJ), SPJ Code of Ethics, 6 Disember 2014, https://www.spj.org/ethicscode.asp

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply