Terpapar semula sebuah video yang pernah ditularkan mengenai pengedaran risalah tentang “Muslims Love Jesus”. Habis tersebar di alam maya sehingga peserta-peserta program tersebut dikecam dengan teruk. Agak indah juga apabila usaha dakwah dinistakan oleh umat Islam sendiri, jelas menunjukkan tahap pemahaman yang sangat lemah. Maka mestilah dipersoalkan, dimanakah kedudukan nama Jesus di sisi Islam yang merujuk kepada seorang individu tanpa bapa disegani ini?

Berdasarkan pemahaman semasa, Isa merupakan seorang nabi dan rasul yang dilahirkan tanpa bapa. Baginda mempunyai pelbagai syafaat yang termasuk juga statusnya sebagai al-Masih iaitu sang penyelamat daripada bencana Dajjal. Jesus pula di sisi agama Kristian dipercayai sebagai Tuhan di Bumi yang turun atas sifat penuh dengan kasih sayang untuk membasmikan dosa anak-anak Adam dan Hawa. Untuk meringkaskan topik yang panjang ini, Isa dan Jesus ialah orang yang sama – berlainan hanya atas interpretasi sahaja.

Kedua-dua agama ini menerima yang baginda membawa sebuah kitab bernama Injil. Persetujuan juga terbina atas landasan yang mana orang inilah yang akan diturunkan semula sebagai pemelihara antara benar dan dusta.

Polemik mengenai Isa dan Jesus bermula atas prinsip kebezaan. Ramai dalam kalangan umat Islam membezakan atas status keagamaan: Isa, seorang rasul; Jesus, jelmaan Tuhan (yang syirik di sisi Islam). Sebenarnya tanggapan ini salah. Nama tidak pernah menentukan tafsiran. Ibaratkan seorang ahli politik Malaysia yang begitu lantang terhadap Israel. Dalam bahasa Melayu, beliau ialah negarawan dan Machiavellianis misalnya; manakala di Israel, beliau dinistakan sebagai anti-Semitis. Namun apakah perbezaan sebutan nama membuatkan dua orang berbeza?

“Jesus” telah dibuat nama universal yang merujuk kepada teras agama Kristian atas dominasi bahasa Inggeris, Jerman dan Sepanyol. Ketiga-tiga bangsa ini mengimarahkan ajaran Kristian. Namun ada sahaja penganut-penganut Kristian yang tidak merujukkan teras mereka sebagai “Jesus”. Populasi Madagascar menggunakan “Jesosy”. Etnik Slavik seperti bangsa Rusia dan Ukraine pula menyebut “Isus”, yang sangat rapat dengan tafsiran asal dalam bahasa Yunani “Iesous”.

Di sini jelas bahawa terdapat para penganut Kristian sendiri yang tidak menyebut “Jesus”. Bahasa ibunda Aramaic sendiri menyebut “Yeshua”. Dan penutur Arab Kristian berzikir pada nama “Yasu”. Maka tidak perlulah sebuah isu dididihkan hanya kerana “Jesus” digunakan. Pengedaran risalah yang mengatakan “Muslims love Jesus” sebenarnya bertepatan di sisi syarak, kerana Jesus ialah tafsiran terus kepada Isa. Tujuan penggunaan ini pula merupakan prinsip dakwah, yang menggunakan terma-terma mesra pemahaman. Ibaratkan menggunakan bahasa Inggeris untuk menyampaikan Islam di Amerika Syarikat. Relevankah jika bahasa Arab digunakan sebagai perantara kepada masyarakat Rusia?

Perkaitan kerja dakwah ini dengan Malaysia Baru pun sebenarnya tidak relevan. Tidak perlulah bersifat ketakutan yang semakin kronik – kerana usaha dakwah akan tiba ke tahap dimana hujah ditemukan dengan hujah pun. Jikalau berterusan, tidak pelik andai kata sebuah parti Islam membentuk kerajaan persekutuan, ramai berduyun-duyun menghentam pucuk kepimpinan sebagai penunggang pun.

“Makcik pakcik dekat kampung tak kompius ke yang depa gunakan nama-nama nabi dalam Bahasa Hebrew untuk berdakwah pada orang Kristian?”

Yang berdakwah tu orang Islam. Mereka tiada niat nak mengelirukan. Atas alasan itu untuk hentikan diaorang berdakwah, dah lama dah ulama berfatwa Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik supaya berhenti berdakwah dengan cara macam tu.

Mereka lebih dasyat. Perbahasan mereka merangkumi pendedahan ayat-ayat dalam kitab agama lain. Mereka berforum dengan orang-orang ahli dari agama lain, mengajak untuk membedah kitab agama mereka. Kalaulah ada orang lain berdakwah menggunakan nama Nabi Isa A.S dalam bahasa Hebrew itu sebuah kesalahan, maka tentunya cara mereka berdua ini berdakwah lebih dasyat. Ataupun tentunya, kelas-kelas teologi di universiti kita patut diharamkan yang melibatkan perbandingan agama.

Lagipun, target audiences depa ni berbeza. Mereka sasarkan penganut agama lain untuk diajak berbahas, berfikiran rasional dan mencari jawapan bersama. Target audiences mereka bukan makcik pakcik kat kampung sana.

Sebab tu lokasi dakwah mereka di kota-kota urban, di tepi jalanan tempat awam dan forum-forum ilmiah. Kalau mereka masuk ke kampung, Insya-allah mereka akan pakaikan cara lain. Lagipun berdakwah dengan orang bukan Islam, kita harus tahu kita harus mencari persamaan antara agama kita dan mereka untuk menimbulkan rasa minat mereka, bukanlah menggambarkan betapa agama kita jauh berbeza dengan mereka. Kerana persamaan itulah yang akan menimbulkan cinta.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.