Ada member tunjuk satu video orang Kedah sedang bercakap. Kemudian dia tanya, “Kenapa kau cakap tak macamni pun?”

Haaa… Sebenarnya kalau nak tau, kat Kedah bukan ada satu loghat sahaja. Jadi kepada admin-admin page diluar sana, sebelum anda tulis caption kepada sesuatu video yang kononnya menyatakan orang itu bercakap loghat kedah yang pure, elok perhatikan dulu ketepatannya.

Begitu juga kepada pengarah drama atau filem yang nak buat watak orang Kedah. Elok study dulu sikit agar tak nampak fake ketika berlakon. Takda lah orang kecam macam drama Mak Cun dulu. Hampa jangan dok buat tak tahwan sangat.

Umumnya, ada sekurang-kurangnya 3 jenis cara orang Kedah bercakap iaitu :-
1) Kedah Timur (Hulu)
2) Kedah Selatan (Hilir)
3) Kedah Utara (Hilir)

– KEDAH TIMUR
Video yang page-page Facebook selalu tunjuk tu adalah loghat Kedah Timur atau Hulu. Ianya merangkumi kawasan Padang Terap-Kuala Nerang, Sik, Baling, sebahagian kecil Pokok Sena dan sebahagian kecil Kubang Pasu. Loghat sebelah sini mirip dengan orang Kelantan.

Sebenarnya, yang lebih tepat, loghat mereka adalah loghat Reman. Reman dahulunya sebuah kerajaan Kesultanan Melayu di wilayah Fathani, selatan Thailand. Kerana itulah, loghat orang Baling-Sik-Padang Terap seakan-akan orang Fathani dan Kelantan. Bahkan, orang Hulu Perak seperti Gerik juga bercakap dengan loghat Reman. Perkampungan orang Siam juga banyak di sekitar kawasan ini. Sebab tu ada jugak loghat yang ala-ala Siam di sekitar kawasan ni.

Kelantan – Demo
Perak – Deme
Kedah – Dema

– KEDAH SELATAN
Sebenarnya, Kedah Selatan dan Kedah Utara yang berada di hilir ni memiliki loghat yang sama sahaja. Cumanya dibezakan kerana lenggok sebutan atau nada intonasi yang agak berbeza. Kedah Selatan yang berdekatan dengan Pulau Pinang ini merangkumi Sungai Petani, Kulim-Bandar Baharu, Padang Serai, Merbok dan sebahagian Jerai.

Nada intonasi Kedah Selatan kedengaran agak kasar dan “meriah” cara percakapannya. Bak kata orang Kedah, watak mereka ini “kasaq, kahaq, ketegaq”. Tapi jangan mudah ambik hati, orang Kedah ni baik-baik semua aih… Jadi, kalau anda bersembang dengan orang Kedah dan cara dia cakap agak keras, “Wey! Hang dok buat loqlaq noh! Teghajang satgi mampoih kot! Hahaha”, cuba tanya dia, “Hang oghang Sungai Petani ka?”

– KEDAH UTARA
Kedah Utara yang berdekatan dengan Perlis ini merangkumi Alor Setar, Kubang Pasu-Jitra, Jerlun, Ayer Hitam, Kuala Kedah, Pendang dan sebahagian besar Pokok Sena. Kodiang yang selalu orang sebut tu dok di Kubang Pasu.

Orang Kedah utara ni cakap lembut sikit. Sopan-santun dan ada irama. “Weyh…~ awat hampa buat laguni kat kami. Kami dak kata kat hampa pun, hampa dok kata kat kami paseypa taktau. Gamak hampa kata kat kami noh”. Orang Kedah memang suka cakap “taktau”, “noh” dan “apa nama”.

Di Utara mendekati Perlis, lenggoknya lebih lembut. Manakala di Selatan mendekati Pulau Pinang, nadanya lebih tegas. Ini apa yang penulis temui secara peribadi lah. Mungkin pengalaman orang lain macam lain. Kerana nada percakapan ni boleh dipengaruhi dengan faktor gender penutur, usia atau pengaruh demografi sekeliling. Kalau nak pasangan hidup yang tegas-garang (cengey) tapi macho, carilah belah-belah Sungai Petani. Tapi kalau hampa nak hat jenih lembut-sopan (romantik), mai cari belah Loqstaq. Hahaha

Bagi Kedah Hilir, perkataan “aku atau saya” digantikan dengan “cek atau kami”. Penggunaan “cek” selalunya dengan keluarga manakala “kami” dengan kawan dan banyak jugak yang gunakan “aku” dengan kawan. Perkataan “mereka” digantikan dengan “depa”. Perkataan “kamu” digantikan dengan “hang” (agak kasar) atau “hampa” (lembut sikit).

Kedah pure ni Kedah Hilir. Kedah Hulu kadang-kadang orang Kedah hilir sendiri kurang faham sebenarnya kalau pekat sangat. Antara Alor Setar (Utara) dan Sungai Petani (Selatan), Alor Setar lebih tenang dan Sungai Petani agak havoc. Pusat pemerintahan Kedah iaitu ibu negeri adalah Alor Setar manakala Bandar DiRaja adalah Anak Bukit yang kedua-duanya di sebelah Utara.

Langkawi pulak banyak orang luar(pelancong). Haha. Sebab pusat peranginan bebas cukai. Tapi boleh lah nak klasifikasikan orang Kedah di Langkawi sebagai Utara sebab kedudukannya terletak di utara.

Tak semua benda orang Kedah tukar huruf R jadi Q. Kami tak panggil “selipaq” untuk selipar. Kami panggil kasut. Kami tak panggil “lansiaq” untuk langsir. Kami panggil teqai (tirai). Lansiaq tu hantu lansuir. Kami tak panggil “pasaq” untuk pasar. Kami panggil “merket”. Kami tak panggil biskut, kami panggil “ghoti”. Kami tak panggil “Selpiaq”, kami panggil Selfie la jugak… Amboi aih hampa, dok buat teqok sangat aih.

Satu lagi, kami orang Kedah tak cakap goyang-goyang kepala nah. Kami pun tak cakap dengan nada orang tengah kalut cempegha (kelam-kabut). Kena beza cara cakap kalut (macam drama tv dok buat), cara cakap berlenggok (utara) dan cara cakap kasar (selatan). Orang Kedah kalau perkataan hujung ada “NG”, sebahagiannya kami buang “G” tu bagi kat orang Terengganu. Kucing jadi Kucin, Kuning jadi Kunin, Kambing jadi Kambin.

Orang Kedah paling pantang kalau balik Kedah dok cakap KL. Seakan-akan satu dosa besar kalau tersasul cakap KL. Ini kerana bagi orang Kedah, standard loghat Kedah itu lebih tinggi berbanding KL. Melalui loghat Kedah, kami boleh agak orang tu sedang bercakap straight to the point, menyindir, marah, berjenaka atau sedang sembang muhong.

Semua ini hanyalah secara umum sahaja. Tak boleh nak rigid sangat perbezaan ini kerana terkadang, berlaku juga percampuran di sana sini. Kalau hendak diterangkan secara terperinci ianya sangat rumit dan memerlukan kajian yang mendalam.

Bahkan, banyak perkataan-perkataan orang tua sudah kurang diamalkan. Antaranya seperti “Seghiyat”, “Kedohoq”, “Menyeqok”, “Ghagaih” dan banyak lagi. Kanak-kanak kecil pula terpengaruh dengan cara percakapan di TV. Budak-budak sekarang sudah kurang bahasa. Ada juga budak kecik tiba-tiba cakap “lu ingat lu langsi ka?!”. Acah-acah gangster macamtu sebab terpengaruh dengan filem KL Gangster.

Khairi Asyraf
-Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah.

Video Kedah Hilir : https://www.facebook.com/KedahOhsem/videos/1808784206006964/

Video Kedah Hilir : https://www.facebook.com/langkawiviral/videos/1449205868437497/

Video Kedah Siam : https://www.facebook.com/KedahOhsem/videos/2048324542052928/

Video Kedah Baling-Sik :https://www.facebook.com/110510865640344/posts/2167712929920117/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.