Kelakar saya melihat betapa biasnya MGAG dalam mereka konon mahu melawan perkauman dengan mempromosikan secara besar-besaran perbuatan perkauman seorang lelaki bernama Rejang, tetapi dalam masa yang sama, mereka membisu apabila sikap perkauman yang lebih dasyat seperti penghinaan ke atas orang Melayu, raja-raja Melayu, sejarah Melayu bahkan terhadap Bahasa Melayu itu sendiri yang sebenarnya datang dari tangan jahil mereka.

Naratif songsang MGAG,.

Beberapa hari sebelum hari ini, kita dapat melihat bagaimana MGAG dengan jalang dan penuh menjijikkan melontarkan penghinaan ke atas Bahasa Melayu dengan tuduhan bahawa bahasa ini merupakan sebuah bahasa yang asyik meniru Bahasa Inggeris sahaja tanpa MGAG mempunyai pengetahuan yang tepat dalam bercakap mengenai Bahasa itu sendiri. Sebenarnyta MGAG, janganlah terlalu apologetic terhadap bahasa negara sendiri dan mengangkat terlalu keterlaluan Bahasa Inggeris itu sendiri.

Sebuah bahasa akan berevolusi sesuai mengikut peredaran zaman. Bahasa Melayu Kuno ketika masih kuat menerima pengaruh agama Hindu-Buddha di rantau ini sangat pekat dengan kata-kata pinjaman daripada Bahasa Sanskrit, menunjukkan pengaruh agama dari benua kecil India ini kepada ketamadunan Melayu. Apabila pengaruh Islam datang, penerimaan banyak kosa kata Arab dan Parsi mula memasuki ke dalam bahasa ini kerana mustahaknya kosa kata baru untuk gambarkan pandangan baru umat Melayu yang baru sahaja dipengaruhi cahaya hidayah.

Tambahan pula ketika ini pelabuhan Melaka berada di zaman kemuncaknya, sekaligus menjemput pedagang-pedagang dari pelbagai wilayah asing seperti India, China, Eropah, Jepun dan pelbagai wilayah pelusuk dunia, sekaligus menyebabkan Bahasa Melayu menyerap pelbagai kosa kata baru dari pelbagai bangsa dan bahasa di dunia. Kemudian, ketika tuan orang putih yang dibanggakan oleh MGAG datang menjajah kita, maka kita mula menerima banyak pinjaman kata dari Bahasa Inggeris. Setiap fasa-fasa sejarah Bahasa Melayu dibahagikan oleh para ahli bahasa dalam beberapa fasa iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu moden.

Adapun janganlah bersorak Bahasa Inggeris yang MGAG puja sebagai “tuan” itu sebagai punya “prestij” yang didabikkan. Bahasa Inggeris juga juga tidak lepas dari fasa pinjaman yang saya percakapkan. Bahasa Inggeris merupakan sebuah bahasa dari cabang Bahasa Germanic. Dalam Bahasa Inggeris, Bahasa dari cabang keluarga Bahasa Romance (Latin, Perancis etc) menguasai sekurang-kurangnya 56 peratus Bahasa Inggeris berdasarkan kajian daripada University of New England, Australia pada tahun 2006, manakala Bahasa Germanic itu sendiri hanya merangkumi sekadar 15 % sahaja dalam Bahasa Inggeris menunjukkan bahawa betapa sikitnya kosa kata asal dari keluarga Germanic yang masih tinggal.

Dalam kajian lain yang dibuat oleh Joseph M. Williams yang merupakan professor bahasa di University Chicago menyatakan bahawa kira-kira 58 peratus dalam 10, 000 patah perkataan Bahasa Inggeris yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita datang dari Bahasa Romance, di mana 29 peratus daripadanya ialah Bahasa Latin, dan 29 peratus lagi datang daripada Bahasa Perancis. Selebihnya 6 peratus pula datang dari Bahasa Greek manakala bakinya adalah dari Bahasa Germanic sendiri dan bahasa asing termasuk Bahasa Melayu. Gambaran lebih jelas diungkapkan dalam infografik di bawah.

Kenapa perkara sebegini boleh terjadi pada Bahasa Inggeris? Antara faktor yang dibahaskan ialah pengaruh Bahasa Latin ketika ia masih sebuah lingua franca di Benua Eropah dan proses transalsi kebanyakan manuskrip ilmu dari Latin menyumbang kepada pengaruh Bahasa Romance ke dalam Bahasa Inggeris. Namun, faktor yang paling besar ialah apabila Penaklukan Norman ke atas England pada tahun 1066 telah membawa pengaruh Bahasa Perancis ke dalam England, bahkan Bahasa Perancis juga pernah menjadi Bahasa Pentadbiran pada ketika ini. Jadi, bukanlah sesuatu yang menghairankan kalau anda dapat melihat akar kepada kebanyakan kosa kata dalam Bahasa Inggeris datang daripada bahasa asing, yang bukanlah serumpun dengan mereka.

Fenomena yang sama dapat dilihat pada Bahasa Sepanyol. Ya, Bahasa Sepanyol merupakan sebuah Bahasa Romance seperti mana Bahasa Latin dan Perancis. Apabila Tariq bin Ziyad menakluk Sepanyol ke dalam sfera pengaruh empayar Umaiyyah, ia menandakan detiknya kemasukan pengaruh kebudayaan Arab ke dalam Sepanyol bermula dari senibina sehinggalah ke bahasanya. Dikatakan bahawa pada hari ini, terdapat 4000 akar kosa kata dalam Bahasa Sepanyol dapat dijejak sejarahnya kepada perkataan Bahasa Arab padahal Bahasa Arab ialah sebuah keluarga bahasa Semitic.

Bukti lain untuk menguatkan hujah ini adalah pada wujudnya 60 peratus kosa-kosa kata Sino-Korea dalam Bahasa Korea moden pada hari ini. Pengaruh Bahasa Cina dalam Bahasa Korea ini dapat dijejak seawal abad ke-2 Masihi apabila Korea mula mengadaptasikan tulisan Cina ke dalam tamadun mereka. Pengaruh Bahasa Cina di dalam Bahasa Jepun juga mempunyai sejarah yang lebih kurang sama dengan Bahasa Korea. Bahasa Sino-Jepun atau dipanggil sebagai kango ini diperkirakan wujud dan menjadi asas kosa kata Bahasa Jepun sehingga 60 peratus pada hari ini! Dipercayai pengaruh Bahasa Cina mula memasuki Bahasa Jepun pada sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-9 Masihi, lagi-lagi pada zaman Dinasti Tang.

Seperti mana yang dikongsikan oleh sahabat penulis saya Ayman, contoh pengaruh Bahasa Cina pada dua bahasa ini ialah pada kosa kata sejarah dalam Bahasa Cina ialah “lishi” (sebutan Mandarin), dalam Jepun jadi “rekishi”, dalam Korea jadi “yeoksa”. Telefon – Cina: “dianhua”, Jepun: “denwa”, Korea: “jeonhwa”. Matahari – Cina: “taiyang”, Jepun: “taiyou”, Korea: “taeyang”. Kiranya pengaruh Bahasa Cina ke atas Bahasa Jepun dan Bahasa Korea adalah persis seperti pengaruh Bahasa Romance ke atas Bahasa Inggeris di Eropah.

Dari tiga bukti yang saya persembahkan di atas, maka kita dapat simpulkan bahawa proses pinjaman kosa kata dari bahasa atau tamadun lain adalah sebuah kebiasaan yang dapat dijejak dalam pelbagai bahasa di dunia. Hanya mereka yang jahil, perkauman, sanggup bermain dengan kad yang menjijikkan sanggup mengunakan frasa ini demi menjatuhkan Bahasa Kebangsaan.

Tidak apa yang perlu dimalukan dan diketawakan pada Bahasa Melayu kita. Yang penting, Bahasa Melayu pernah mencapai zaman kegemilangannya, mencatat ribuan manuksrip ilmu dan menjadi lingua franca. Daripada kita bermain dengan falasi merendahkan bahasa agung ini, adalah moleknya kita sama-sama menaikkan bahasa ini mencapai kegemilangan silam mereka!

Kepada MGAG, berhentilah daripada mencurah api ke dalam hubungan perpaduan Malaysia, pada saat segenting ini… dan jangan lupa tatap dengan mata kepala sendiri bagaimana bahasa “tuan orang putih” anda meminjam kosa kata Bahasa Melayu di bawah. Ini ialah senarai bahasa Melayu yang dipinjamkan ke Bahasa Inggeris.

  • agar
  • amok
  • attap
  • bamboo
  • compound
  • durian
  • dammar
  • ikat
  • junk
  • kampong
  • kapur
  • kris
  • launch (ambil dari lancar)
  • paddy
  • proa (dari perahu)
  • ketchup

Dan banyak lagi…

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.