Kalimah Tauhid Lailahaillallah mempunyai tujuh syarat sebelum pegangan tauhid seseorang itu menjadi sempurna.

1. Ilmu pengetahuan. Seseorang itu perlu mengetahui baik dari segi penafian dan pengisbatan iaitu menafikan tuhan selain daripada Allah. Mengisbatkan Allah sahaja tuhan yang kita percaya serta beriman.

Firman Allah di dalam Al-Quran, Surah Muhammad ayat yang ke 19, yang membawa maksud,

“Ketahuilah bahawa tidak tuhan melainkan Allah.” 

Berdasarkan hadis riwayat Muslim, Rasulullah juga mengungkapkan,

“Barangsiapa yang mati di samping ia percaya bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, maka ia masuk ke syurga.” 

2. Keyakinan. Yakin dengan sepenuh hati ketika mengucapkan kalimah Lailahaillallah. Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat yang ke 15.

“Sesungguh orang-orang yang beriman, hanyalah beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu.” 

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnyaaku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan aku (Muhammad) adalah utusanNya, tidaklah ada hamba Allah berjumpa denganNya dengan dua kalimah ini dengan tidak ragu-ragu, melainkan dimasukkan ke dalam syurga. 

3. Penerimaan. Menerima bulat-bulat tentang kalimah tauhid dengan hati, lisan dan amalan zahir tanpa menolah sebahagian pun. Dikira kufur jika menentang secara menyeluruh ataupun sebahagiannya.

“Tidaklah patut lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman, di mana Allah telah menetapkan ketetapan buat mereka, tetapi ada pilihan lain dalam urusan mereka.” Surah Al-Ahzab ayat 36.

4. Tunduk. Iaitu terhadap kalimah tauhid. Tunduk ini adalah kesinambungan daripada terima. Jika kita sudah menerima, maka kita perlu tunduk pula. Melakukan segala yang diperintah tanpa tinggal dan melawan sedikit pun.

“Kembali dan berserahlah kepada tuhanmu, sebelum azab sampai kepadamu, nescaya kamu tidak akan ditolong lagi.” Surah Az-Zumar ayat 54.

5. Jujur. Iaitu jujur ketika mengucapkan kalimah tauhid. Bukan untuk mengolok-olokkan kalimah yang mulia ini. Hati dan lisan perlu selaras dalam mengucapkan kalimah tauhid.

Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan jujur maka dia akan masuk syurga.” Hadis riwayat Ahmad di dalam musnadnya.

6. Ikhlas. Rela mengucapakan Lailahaillallah tanpa ada rasa terpaksa dan sedikit suntikan syirik. Hanya mengharapkan Allah redha.

Rasulullah bersabda, “Allah telah mengharamkan hamba yang mengucapkan Lailahaillallah kerana untuk mencari redhaNya.” Hadis riwayat Bukhari.

7. Kecintaan. Perasaan cinta akan kalimah ini. Dasarnya ialah cintakan Allah dan Rasul, dan mencintai kepada apa yang dicintai oleh Allah dan Rasul.

“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad dari agamaNya, maka Allah akan mendatangkan kaum lain yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya. Yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang beriman. Yang bersikap keras terhadap orang-orang kufur. Berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.” Surah Al-Maidah, ayat 54.

Rujukan 

1. Syarat-syarat kalimah Lailahaillallah – لا اله الا الله.

Artikel sumbangan Sadiq Salihoddin untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.