Baru-baru ini, laman web rasmi DAP (pautan: https://bit.ly/2qBSfEd) mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengandungi dalil-dalil DAP harus menyokong ICERD. Kenyataan itu telah dikeluarkan dikeluarkan oleh Chow Yu Hui yang merupakan ADUN TRAS dan Chiong Yoke Kong yang merupakan ADUN bagi kawasan TANAH RATA. Dalam kenyataan itu, mereka menggariskan hujah-hujah mereka kenapa DAP harus menyokong ICERD.
Malangnya, hujah-hujah yang dipaparkan adalah sangat menyedihkan kerana ia seperti sebuah serangan ke atas Hak 153 yang telah lama dipeluk oleh orang Melayu dan Bumiputera yang lain. Meskipun isinya tidak mengambarkan serangan secara terus, namun bait-bait kata dalamnya mengarah ke arah Hak 153. Tidak percaya? Mari ikuti saya menghayati artikel yang mereka tulis. Kita telusuri setiap maksud yang cuba lemparkan dalam dalil-dalil mereka tersendiri kenapa ICERD harus disokong dan diratifikasikan. Perhatikan…
“Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”. – Petikan Artikel
Kenapa Deklarasi Setapak disebut dalam dalil DAP untuk menyokong ICERD? Jawapannya sudah tentu apabila label bumiputera dibuang daripada rakyat Malaysia, maka secara tidak langsung, segala hak dalam 153 yang termaktub dalam perlembagaan akan hilang.
3 perkara utama iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.
Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.
Apabila label Bumiputera digugurkan seperti saranan DAP dalam perlembagaan ini digugurkan, apalah lagi ertinya hak 153? Sebab itu dalam ayat awal dalam dalil mereka menyokong ICERD, mereka mengingatkan kita mengenai Deklarasi Setapak yang mereka laungkan sebab ternyata perjuangan mereka-mereka ini dalam memastikan ICERD diratifikasikan tidak lain dan tidak bukan kerana mahu mengacau hak 153.
Dalil mereka yang seterusnya dapat dilihat seperti di bawah:
“Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar “Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa.” – Petikan Artikel
“Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.” – Petikan Artikel
Selepas memulakan ayat mahu menghapuskan label bumiputera dan menolak asimilasi, mereka memberitahu visi mereka adalah untuk menentang pengasingan kaum (label Bumipyutera yang wujud) dan memperjuangkan saksama kepada setiap individu (secara tidak langsung memberitahu kepada kita bahawa hak-hak yang memberikan kelebihan kepada Bumiputera harus dihapuskan dengan ratifikasi ini. Mungkin sebab itu DAP menyebut.
“Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.” – Petikan Artikel
Kesamarataan kaum ini membawa maksud kepada penghapusan hak Bumiputera? Kita perhalusi kenyataan daripada DAP yang seterusnya dibawah:
“Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.”
Apa sistem dan dasar perkauman secara beransuran ini? Sekolah Cina? Saya yakin bahawa suara DAP bukanlah merujuk kepada sekolah vernakular tersebut. Tentunya dasar dan sistem perkauman ini merujuk kepada semua yang dimiliki oleh orang Melayu seperti UiTM, diskaun membeli rumah sebagai Bumiputera dan seumpama dengannya. Semua yang termaktub dalam 153 yang dirujuk sebagai memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran.
“Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.” – Petikan Artikel
Bagi mereka, selagi wujud dasar dan sistem yang berkaitan dengan 153 ini, maka perpaduan tidak akan mampu dicapai di Malaysia.
“Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.” – Petikan Artikel
Hak 153 dianggap sebagai sebuah dasar yang merendahkan status bangsa masing-masing. Dan kemudian, semua dalil-dalil dan bunga-bunga menentang “ketidaksamarataan” di Malaysia ini diakhiri dengan kesimpulan mereka bahawa semua yang mereka letakkan sebagai ketidakadilan di Malaysia boleh dihapuskan dengan ratifikasi ICERD.
“Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))
Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.
Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama.”
DAP menyeru supaya ICERD diratifikasikan demi membetulan sistem dan dasar perkauman di Malaysia, dan segala dasar-dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu digantikan dengan dasar yang bagi mereka lebih “memelihara hak setiap kaum”.
Jadi, di sini daripada kata-kata DAP ini, segala ketakutan kita semua mengenai ICERD sudah jelas. Ia digesa untuk diratifikasikan kerana mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu miliki sebagai sebuah dasar yang perkauman, merendahkan bangsa lain, dan tidak wujud elemen kesamarataan yang mereka mahukan.
Jadi, ini bukan sekarang waktu untuk melaungkan perlembagaan kan ada seperti mana kita selalu tipu diri kita. Ini masa untuk kita umat Melayu tidak kira dari parti apa-apa pun, bersatu hati seperti nenek moyang kita melawan Malayan Union dahulu demi menentang Malayan Union 2.0 ini, supaya hak 153 ini kekal terpelihara sampai bila-bila wujudnya negara Malaysia ini. Pertahankan hak kita sebagai pribumi di Malaysia!
Perlembagaan Singapura turut menyatakan kesediaan kerajaan mereka menjaga orang Melayu, tetapi di manakah Melayu Singapura hari ini? Ada antara mereka yang tidak mampu bertutur dalam Bahasa Melayu pun. Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris kini menjadi lidah rasmi mereka! Hak Keistimewaan? Hanya di atas kertas sahaja. Jadi, kalian yang membaca artikel ini, ayuh kita nyatakan sesuatu membantah ICERD.
Mulakan perjuangan anda dengan turunkan tandatangan anda dalam petisyen kami melawan ICERD ini seperti mana dibawah:
Boleh tandatangan bantahan ratifikasi tersebut di petisyen atas talian di sini:
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih