Pertama sekali sebelum membaca artikel ini ialah buang jauh bias politik atau bias terhadap mana-mana pihak. Penulisan saya berkait tentang keselamatan seorang pemandu yang membawa penumpang dari sudut pandang sebagai seorang pengamal kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Teksi ialah kereta yang digunakan sebagai pengangkutan awam umum mengambil penumpang.  Setiap pemandu teksi adalah berdaftar dibawah SPAD ( Sekarang APAD).

E-hailing pula ialah sistem aplikasi telefon pintar yang digunakan untuk menempah perkhidmatan kereta mengambil penumpang. Antara sistem ehailing yang terdapat dimalaysia ialah Grab, Uber dan Mycar.

Untuk menjamin keselamatan penumpang dan pemandu kenderaan perkhidmatan awam, ada beberapa seksyen berkait kenderaan awam dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Akta Pengangkutan Jalan 1987

Seksyen 56 (1)

Tiada seorang pun boleh memandu atau bertindak sebagai seorang konduktor kenderaan perkhidmatan awam di jalan melainkan dia mempunyai lesen vokasional yang diberikan di bawah Bahagian ini bagi maksud tersebut, dan tiada seorang pemunya berdaftar sesuatu kenderaan perkhidmatan awam atau orang lain yang boleh menggajikan atau membenarkan mana-mana orang yang tidak berlesen untuk memandu atau bertindak sebagai seorang konduktor kenderaan perkhidmatan awam semasa kenderaan itu sedang digunakan untuk membawa penumpang untuk mendapatkan sewa atau upah di sesuatu jalan.

Untuk membawa kenderaan awam dan membawa penumpang, individu perlu memiliki lessen vokasional (Public Service Vehicle – PSV)

Kelayakan pemohon :

  • Memiliki Lesen Memandu CDL (D)
  • Umur Kelayakan 21 Tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat Tubuh Badan

Penarikan semula Lesen Vokasional PSV

Seksyen 56 (4)

Suatu lesen vokasional boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Pengarah di atas alasan bahawa, disebabkan oleh kelakuan atau ketidakdayaan jasmani, pemegang itu adalah orang yang tidak layak dan sesuai untuk memegang lesen tersebut.

  • Tidak sihat tubuh badan
  • Pengambilan dan penyalahgunaan dadah
  • Melanggar undang-undang

Perbandingan Diantara Etika Pemandu Teksi dan Ehailing

Seorang pemandu teksi diwajibkan untuk memakai uniform berwarna putih, berseluar hitam dan  kerkasut hitam. Ini dinyatakan dengan jelas dalam garis panduan pengunaan lesen  teksi, pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan.

Berbeza dengan pemandu E-hailing, mereka tidak disediakan uniform yang dikhaskan sebagai pemandu, tetapi diminta untuk berpakaian kemas setiap kali mengambil penumpang. Grab mewajibkan pemandu yang berdaftar dengan Grab untuk memakai seluar panjang, baju berkolar dan kasut bertutup setiap kali memandu.

Keduanya tidak membenarkan pemandu merokok semasa mengambil penumpang. Keselesaan penumpang adalah keutamaan. Pemandu teksi boleh didenda  dibawah subseksyen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 jika melanggar mana-mana bahagian dalam akta ini. Denda paling maksimum melibatkan akta ini ialah 5 tahun penjara dan denda RM50 ribu.

E-hailing akan menamatkan perkhidmatan dan menyenarai hitamkan mana-mana pemandu yang melanggar peraturan jalanraya dan tidak mematuhi garis panduan yang telah disediakan oleh syarikat.

Teksi mempunyai nama pemandu dibahagian pintu dan penumpang mempunyai hak untuk meminta pemandu mengesahkan identiti pemandu. E-hailing akan memberi maklumat tentang pemandu semasa mereka membuat tempahan. Ini juga untuk mengelakkan orang lain memandu bagi menggantikan pemandu yang berdaftar.

Kadar bayaran teksi akan dikira menggunakan meter. Penumpang berhak untuk meminta pemandu menggunakan meter bagi mengelakkan bayaran yang diminta sendiri oleh pemandu. Resit akan dicetak keluar selepas meter berhenti, tiada istilah mahu resit atau tidak. Kadar bayaran E-hailing boleh dilihat semasa kita memesan kereta, sistem syarikat E-hailing akan mengira mengikut jarak dan kadar tertentu yang ditetapkan oleh syarikat. Resit akan diterima melaluii email selepas daripada penumpang sampai ke destinasi melalui email atau aplikasi E-hailing sendiri.

Pemeriksaan Kesihatan Pemandu dan Kenderaan

Pemegang lesen Vokasional (PSV) akan melakukan pemeriksaan kesihatan secara tahunan. Ini untuk memastikan pemandu tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh menyebabkan seorang individu  itu hilang kelayakan sebagai pemegang lesen yang sah.

Berbeza dengan pemandu E-hailing, mereka cuma perlu membuat pengesahan bersetuju dengan terma dan syarat yang diberi oleh syarikat E-hailing semasa mereka membuat pendaftaran sebagai pemandu. Pun begitu, pihak Kementerian Pengangkutan bakal mewajibkan pemeriksaan kesihatan dan lesen vokasional bagi setiap pemandu Ehailing dan bakal dikuatkuasakan.

Semakan rekod jenayah juga sepatutnya diwajibkan untuk setiap individu yang menajdi pemandu pengangkutan awam. Langkah ini akan mengelakkan perlakuan jenayah pemandu pengangkutan awam seperti teksi dan Ehailing terhadap penumpang.

Teksi akan melalui pemeriksaan dalam tempoh 6 bulan, setahun dua kali. RM55 sekali, belum campur calibrate meter. Berbanding kenderaan E-hailing, kenderaan yang digunakan adalah milik individu. Ada syarikat E-hailing yang meletakkan kenderaan kurang 10 tahun untuk melayakkan kenderaan itu berdaftar dengan syarikat.

Waktu Bekerja

Tahukah anda?

Waktu bekerja yang dibenarkan untuk seseorang pekerja ialah 48 Jam seminggu dibawah seksyen 60A(1) Akta Pekerja 1955. 8 jam sehari untuk 6 hari bekerja, satu hari wajib untuk berehat. Selepas dari tempoh 8 jam adalah kerja lebih masa, majikan perlu membayar dengan kadar lain.

Masa kerja panjang tidak bermakna produktiviti pekerja itu meningkat, sebaliknya kadar produktiviti pekerja berkurang apabila masa kerjanya dipanjangkan. Pekerja-pekerja yang bekerja dengan masa kerja yang panjang akan menghadapi masalah seperti:

  • Masalah kesihatan. Kepenatan terlampau akibat daripada masa kerja panjang menyebabkan pekerja kehilangan tumpuan semasa bekerja, penurunan dalam daya imunisasi dan kerap jatuh sakit.
  • Tiada masa bersama keluarga dan masyarakat.
  • Tiada masa lapang untuk memperkembangkan potensi diri sendiri, seperti mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, riadah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Masalah tekanan jiwa,hidup

Sebagai pemandu teksi  sepenuh masa, tentunya dia akan merangka jadual sendiri setiap hari untuk memastikan rehat yang mencukupi untuk bekerja keesokkan harinya. Memang ada pemandu teksi yang bekerja lebih masa hingga lewat malam, tetapi akan diganti dengan rehat pada keesokkan harinya.

Berbeza dengan pemandu E-hailing terutamanya yang menjalankan perkhidmatan ini secara separuh masa, siang bergelumang dengan fail dan kerja dipejabat, malamnya memandu mengambil penumpang pula.

8 jam bekerja ditambah dengan 5 jam memandu. Itupun kalau dia pulang pada jam 10 malam. Penulis pernah berjumpa dengan seorang pemandu grab yang memandu sehingga jam 12 malam. Sudahlah dia bekerja syif 7pagi-7petang, disambung pula memandu hingga lewat malam.

Keadaan individu yang memandu dalam keadaan penat akan menyebabkan kekurangan fokus pada pemanduan. Itu belum dikira dengan tekanan dan masalah yang dihadapi ditempat kerja, dibawa sekali semasa memandu.

Namun terdapat juga teksi dan pemandu E-hailing yang bekerja secara sepenuh masa, tidak mengendahkan tentang rehat yang mencukupi. Apa yang ada dalam kepala ialah wang hasil perkhidmatan mereka.

Secara amnya, setiap pemandu perkhidmatan awam perlu mengambil berat tentang rehat yang mencukupi. Rehat yang tidak cukup akan mengurangkan fokus pemanduan seterusnya boleh menyebabkan kemalangan dan kehilangan nyawa.

Mengikut statistik dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), lebih 500 ribu kes kemalangan direkod pada tahun 2016 sahaja. Satu angka yang cukup tinggi. Pelbagai punca penyebab dan kecuaian pemandu adalah salah satu darinya. Sekalipun kamu terdesak mencari lebihan wang, ingatlah nyawa hanya satu.

Rujukan

  1. Soalan Lazim Perlaksanaan Perkhidmatan Ehailing, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
    http://www.spad.gov.my/land-public-transport/taxis/soalan-lazim-pelaksanaan-perkhidmatan-e-hailing
  2. Improving the standards of taxi services in Malaysia 2010-2015, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
    https://www.spad.gov.my/land-public-transport/taxis/improving-standards-taxi-services-malaysia-2010-2015
  3. Kesalahan & Penalti, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
    http://www.spad.gov.my/ms/pengangkutan-awam-darat/teksi/kesalahan-penalti
  4. Garis Panduan Pengunaan Lesen Baru Teksi ( Individu), Pekeliling Pelesenan Kenderaan Perdagangan, 2009,
    https://www.spad.gov.my/sites/default/files/bil2tahun2009penetapangarispanduanpenggunaanlesenbaruteksiindividu.pdf
  5. Grab Community Guidelines
    https://www.grab.com/my/blog/community/
  6. Terms and Conditions for Malaysian GrabTaxi Drivers
    https://www.grab.com/my/terms/driver/
  7. Puspakom Routine Inspection Guidelines
    http://www.puspakom.com.my/routine-inspection/

Junhairi Alyasa, (2018)Peraturan baharu pemandu teksi, e-hailing berkuat kuasa mulai esok, Kosmo Online
http://www.kosmo.com.my/negara/peraturan-baharu-pemandu-teksi-e-hailing-berkuat-kuasa-mulai-esok-1.707196


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.