Siapa yang suka cukai? saya tidak suka membayar cukai, dan saya rasa tidak ada orang yang suka untuk membayar cukai.

Ke ada orang suka bayar cukai?

Namun tahukah anda, bahawa manusia telah membayar, merungut tentang cukai sejak zaman berzaman.

Lebih lama daripada yang kita bayangkan, bukan zaman mak bapak kita, bukan zaman atuk nenek bahkan tahukah anda sejak zaman Mesopotamia dan Mesir kuno lagi aktiviti percukaian telah wujud, lihat saja lukisan-lukisan aktiviti percukaian di makam-makam Mesir kuno.

Malah dalam kitab-kitab suci agama seperti Injil dan Quran juga telah membicarakan mengenai isu pencukaian.

“Taxes are what we pay for civilized society”, kata Justice Oliver Wendell Holmes.

Mudah katanya sistem pencukaian telah wujud dalam struktur masyrakat yang tersusun sejak zaman berzaman.

Tetapi kenapa? Apakah tujuan utama ataupun ‘goal’ sistem cukai itu sendiri?

Secara asasnya, tujuan pencukaian adalah untuk mengutip duit daripada masyarakat ataupun rakyat untuk kerajaan melaksanakan perkhidmatan. Itu asasnya lah.

Cukai digunakan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan masyarakat.

Namun ‘Kesejahteraan masyarakat ataupun rakyat’ akan berbeza-beza mengikut konteks definisi kerajaan yang berkuasa keatas mereka.

Cukai juga akan membantu kita sebagai sebuah masyrakat untuk menjadi ‘mampu’ ke atas perkhidmatan yang kita tidak akan mampu miliki jika kita berada dalam komposisi seorang individual, sebagai contoh: Keselamatan awam, pertahanan negara, dan juga pendidikan mahupun pemerkasaan alam sekitar.

Cukai juga boleh membantu sesebuah negara untuk melaksanakan polisi kewangan dan juga rancangan fiskal negara tersebut yang mana penting untuk melonjakkan pertumbuhan ekonominya.

Dan yang paling penting, percukaian juga adalah salah satu cara untuk ‘redistribute wealth’ di dalam sesebuah masyarakat, daripada yang berada kepada yang ‘tidak ada’.

Betul ke, bagaimana?

Ianya boleh berlaku di dalam beberapa cara, ada yang langsung ada yang secara tidak langsung.

Sebagai contoh, cukai pendapatan yang mencukai golongan berpendapatan tinggi pada kadar yang lebih tinggi berbanding golongan yang berpendapat rendah.

Ataupun voucher subsidi bantuan kerajaan seperti – Kupon makanan,kupon buku, pemberian wang tunai seperti BRIM ataupun bantuan perumahan kerajaan yang mana bertindak untuk ‘shift’ kekayaan tersebut dari satu golongan kepada golongan yang lain.

Begitu juga dengan cukai barangan mewah, yang mana mencukai barangan mahal seperti kapal terbang, pakaian dan beg tangan berjanama, ataupun cincin..cincin..

Selain daripada ‘redistribute wealth’, kerajaan juga boleh menggunakan regim pencukaian dalam usaha mengubah tabiat masyarakatnya.

Sebagai contoh, ‘sin tax’ ataupun cukai dosa yang mencukai produk yang dilihat tidak elok untuk kesihatan yang diambil oleh masyarakat seperti rokok ataupun alkohol.

Ataupun regim pencukaian seperti ‘soda/sugar tax’ dan juga ‘fat tax’ yang mana mencukai untuk mengurangkan masyrakat daripada mengambil minuman manis dan makanan-makanan yang menggemukkan, mahupun ‘petrol tax’ yang mana kononnya diperkenalkan untuk tidak menggalakan orang daripada memandu.

Dan kadang-kala, kerajaan juga mencukai untuk menjaga dan melindungi alam sekitar, contohnya ‘carbon tax’ yang mana kerajaan mencukai perniagaan dan juga adakalanya household biasa untuk amaun pencemaran rumah hijau yang dilakukan oleh mereka.

Menariknya, ‘carbon tax’ ini datang dalam pelbagai bentuk diseluruh dunia, sebagai contoh di Ireland, & Chile, operator power plan akan diarahkan untuk membayar $5 untuk setiap tan metrik asap CO2 yang mereka lepaskan keudara, manakala di British Colombia setiap liter petrol yang mereka isi ke dalam kenderaan mereka akan dicukaikan sebanyak 6.67sen/litre.

Jadi bila anda fikir bahawa anda telah dicukai teruk di Malaysia, fikirkan semula..

Kerana sebenarnya terdapat banyak lagi ruang untuk anda dicukai oleh kerajaan anda.

Miskin, Kaya, Semua Kena.

Apabila ahli ekonomi berbicara mengenai percukaian, pada kebiasaanya mereka akan membahagikan ia kepada 2 kategori iaitu cukai langsung (‘direct taxes’) dan cukai tidak langsung (‘inderect taxes’).

Cukai langsung adalah sejenis cukai yang dibayar terus oleh seseorang atau organisasi kepada kerajaan ataupun badan kerajaan yang mengenakan cukai.

Ini termasuklah cukai harta dan cukai pendapatan – di mana ianya tidak ada perantara dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.*sendiri bayar*

Manakala berbeza pula dengan cukai tidak langsung contohnya, seperti duti import/eksport ataupun regim pencukaian yang lebih dekat kepada penggunaan seperti Cukai Nilai Tambah (VAT), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ataupun Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kita guna kini..

Sistem-sistem pencukaian kepenggunaan tersebut adalah contoh cukai tidak langsung yang mana ia akan dikutip oleh/daripada pekedai ataupun penjual, ataupun pengilang, namun keseluruhan cukai tersebut sebenarnya akan dibayar atau ditanggung oleh golongan pengguna.

Kesemua regim cukai tersebut ini juga adalah sejenis cukai yang mana KESEMUA pengguna harus membayar cukai tidak kira dari golongan mana mereka datang ataupun berapa banyak gaji yang mereka perolehi.

Sebagai contoh, kos untuk saya membeli sehelai baju T-shirt di Jalan TAR adalah sama apabila seorang jutawan membeli T-shirt yang sama dikedai yang sama.

Oleh sebab yang demikian, ada dikalangan ahli ekonomi perpendapat bahawa, cukai ‘indirect taxes’ mengganggu harga pasaran, dan akhirnya memberi kesan yang paling ditakuti oleh ahli ekonomi, iaitu ketidakcekapan (‘ineffeciency’).

Maka lahirlah frasa sistem percukaian yang regresif dan progresif.

Kita mulakan dengan apa itu sistem percukaian yang regresif?

Cukai yang regresif adalah sejenis sistem pencukaian yang biasanya akan dikenakan ‘across the board’, dan walaupunpada ‘surface’nya, kesannya kelihatan sama kepada semua kerana setiap lapisan masyarakat akan membayar jumlah cukai yang sama, namun ahli ekonomi berpendapat cukai regresif akan memberi kesan yang tinggi kepada orang yang berpendapatan rendah daripada golongan berpendapatan tinggi.

Cukai jualan, terutamanya yang melibatkan barangan asas, adalah dianggap sebagai cukai yang regresif.

Oleh sebab yang demikian, jika anda perasan dulu ketika GST masih berkuatkuasa, barangan asas seperti makanan asas dan ubat preskripsi dikecualikan daripada cukai tersebut dan diletakkan dalam kelas barangan kadar 0 (‘zero rated’).

Selain daripada cukai, ahli ekonomi juga berpendapat, bayaran ataupun yuran untuk perkara seperti pembaharuan lesen memandu, bayaran tol, ataupun bayaran saman adalah juga satu perkara yang regresif.

Mengapa?

Nah, cuba bayangkan dua pemandu pergi ke JPJ untuk ‘renew’ lesen mereka,

A dengan pendapatan RM200,000 setahun,manakala B dengan pendapatan RM20,000 setahun..

Namun Kedua-duanya akan membayar jumlah yang sama untuk renew lesen mereka.

Dan secara logiknya pastilah kos renew lesen memandu tersebut akan memeberi impak yang lebih besar kepada perbelanjaan bagi B yang berpendapatan lebih rendah daripada A.

Maka oleh sebab yang demikianlah, mengapa cukai regresif dilihat akan memberi kesan yang tidak seimbang terhadap orang yang berpendapatan rendah.

Aku tutup bahagian kali ini dengan persoalan dari pembentangan RMK ke-11, penggal 2 oleh Tun M semalam di mana beliau sebut bahawa di antara sebab reformasi cukai (‘tax reform’) perlu dilakukan dengan kadar segera adalah kerana kebergantungan negara kita Malaysia kepada ‘direct taxes’ yang tinggi.Oleh yang demikian ‘tax reform’ akan dilakukan untuk menaikkan sumbangan ‘indirect taxes.’

Jadi persoalannya sekarang, kalau GST yang merupakan sejenis ‘indirect tax’ yang berkesan namun telah dihapuskan oleh kerajaan, agaknya apakah langkah ‘tax reform’ untuk menaikkan ‘indirect tax’ yang ingin diperkenalkan ini?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.

Comments are closed.