Karya fiksyen, seperti novel dan cerpen, dan karya bukan fiksyen, secara meluas digunakan sebagai alat penyebaran propaganda sejak sekian lama. Pengalaman kita menerusi Karangan Za’ba, Kesah Peperangan di Tanah Malai, sebuah karya bukan fiksyen memberikan rumusan “imej tentera udara Jepun sebagai simbol keberanian, semangat, dan kepatuhan total tentera untuk berkorban demi maharajanya.”

Sebenarnya, satira politik pernah dihasilkan oleh para penulis tanah air untuk tujuan propaganda, antaranya “Maharaja Beruk” yang dihasilkan oleh penulis politik terkenal, iaitu Yahaya Ismail. Cerpen ini diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera, keluaran Jun 1988, ketika politik tanah air sedang bergolak berikutan persaingan dalam UMNO pada tahun 1987 dan pelancaran “Operasi Lalang” yang menyaksikan lebih 100 orang yang terdiri daripada ahli politik, ahli akademik, aktivis sosial ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada Februari 1988, Hakim Harun Mahmud Hashim mengisytiharkan UMNO haram yang membawa kepada penubuhan UMNO “Baru” dan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan dua orang hakim, iaitu Tan Sri Wan Sulaiman Pawan Teh dan Dato Sri George Seah. Meskipun hanya menyebut Maharaja Beruk, sindiran dan kritikannya memang jelas dan tidak perlu “sudah terang lagi bersuluh.”

Cerpen ini bermula dengan ketibaan dua orang pelancong kulit putih yang bernama John dan Mary yang mungkin pasangan suami isteri di Negara Beruk Dungu. Melalui watak dua pelancong yang menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang, yang mengetengahkan pemimpin Negara Beruk iaitu beruk tua, beruk tak handsome, dan beruk betina tua. Tentunya, para pembaca dapat mengagak negara yang dimaksud sebagai beruk tua, beruk tak handsome, dan beruk betina tua.

Melalui Mary, yang membaca akhbar propaganda, Yahaya mendedahkan laporan berat sebelah yang penuh dengan cerita beruk tua yang mendapat sokongan daripada berbagai pihak. Sebaliknya, langsung tidak ada laporan tentang pihak lawan. Laporan akhbar seperti itu, menurut John, biasa berlaku di negara komunis dan negara membangun yang tidak mengamalkan demokrasi, cuma propaganda untuk menaikkan semangat pihak berkuasa sahaja (Yahaya, 1988: 70 – 71).

Mary memberitahu John, kononnya perbalahan berlaku kerana hendak berebut ladang pisang yang subur. Beruk tua yang memerintah mahu membolot semua harta kekayaan di ladang tersebut, atas alasan “dia berhak menjaga kepentingan masyarakat beruk kerana dia mendapat sokongan majoriti. Jadi dia marah, barangkali juga takut, kerana sekarang ada pencabar lain untuk mengambil tempatnya. Nampaknya beruk-beruk yang menjadi pengiringnya sudah berjaya mengumpulkan berbagai-bagai persatuan beruk untuk membuat ikrar taat setia kepada beruk tua itu” (Yahaya, 1988: 71).

Selain berebut ladang pisang, beruk tua menyuruh para penyokongnya mencari siapakah beruk yang berbau busuk. Kononnya dalam masyarakat beruk ini semua badan beruk mesti bersih lahir dan batin. Jadi kalau badan beruk berbau busuk bermakna dialah yang bersalah dan dianggap sebagai pengkhianat kaum beruk pula Yahaya, 1988: 71). John yang semakin berminat mencelah, “Kalau gitu tentulah semua beruk terpaksa beli minyak berbotol-botol untuk tidak berbau busuk (Yahaya, 1988: 71).

Cerpen itu diterbitkan bersama-sama lima cerpen yang lain kesemuanya tentang beruk diterbitkan dalam sebuah buku, dengan judul Maharaja Beruk dan Beruk-beruk Lainnya. Dalam prakata buku itu Yahaya Ismail menjelaskan: “Saya cuma boleh mendedahkan perangai beruk. Itu saja. Kalau beruk yang saya kenalkan dalam cerpen itu semuanya tidak baik, tidak bersih, tidak cekap, dan tidak amanah apalah daya saya untuk menjadikan beruk-beruk itu super, super cekap, dan super amanah. Saya tak pandai jual ubat koyok macam setengah orang politik yang bersemarak seluruh pelosok kampung” (Yahaya, 1988). ”

Secara sinis dan berjenaka, beliau memberitahu bahawa tujuan beliau menulis kisah beruk supaya para pembaca ketawa dan tidak banyak marah-marah. “Maklumlah, tuan-tuan dan puan-puan, saya tak ada subsidi apa-apa. Ada beruk yang mendapat subsidi. Ada juga beruk yang mendapat habuan. Saya tidak. Saya hanya memohon kepada Allah untuk memberi rezeki kepada saya bukan harapkan subsidi seperti subsidi beruk. Itu bezanya antara beruk dengan saya, dan beruk dengan tuan-tuan dan puan-puan” (Yahaya, 1988).

Meskipun pada zahirnya, Yahaya Ismail bukan ahli politik dan hanya penulis politik tanah air, pendirian politik beliau jelas. Melalui tulisan politik dan tindak-tanduknya, beliau memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang beregu dengan Tun Musa Hitam (Team B), yang mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdul Ghafar Baba (Team A) dalam pemilihan UMNO tahun 1987. Walaupun dalam menghasilkan cerpen “Maharaja Beruk,” Yahaya mungkin berimaginasi, namun ramai dapat menjangkakan untuk siapa beliau tulis dan siapakah sasarannya. Beliau cuba menjadi propagandis melalui satira politik dengan menghasilkan sebuah fiksyen dalam bahasa yang mudah difahami, tetapi sinis.

Penerbitan cerpen “Maharaja Beruk” menyebabkan Dewan Sastera yang dicetak 8,000 naskhah habis terjual – pecah rekod. Namun begitu, berikutan penerbitan cerpen kontroversi itu, ketua editor Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka dan editor majalah itu ditukarkan. Difahamkan bahawa pucuk pimpinan negara ketika itu berasa “kurang selesa” dengan cerpen itu. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pertukaran itu dilaksanakan atas desakan siapa.

Maharaja Beruk sudah menjadi sejarah. Dengan situasi politik yang ada sekarang rakyat mungkin tertunggu-tunggu kemunculan Maharaja Beruk 2.

Budiman Mohd Zohdi, penyelidik komunikasi dan politik berpusat di Jakarta, Indonesia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Budiman Mohd Zohdi adalah seorang ahli politik dan aktivis masyarakat Malaysia. Menekuni komuniti lawan miskin, memandaikan bangsa dan praktis berkongsi ekonomi. Beliau merupakan penyelidik komunikasi dan kempen politik berpusat di Jakarta, Indonesia.

Comments are closed.