Ungkapan Melayu bangsa pemalas dan tidak suka berdikari itu memang ternyata hanyalah satu mitos.

Kalau Melayu bangsa pemalas bagaimana Kedah Tua boleh jadi pusat peleburan besi di dunia? Bagaimana Melaka boleh menjadi antara pusat perdagangan terkaya di dunia? Bukankah undang-undang laut itu pernah digubal di Alam Melayu bagi mengatur aktiviti perdagangan dan pelayaran? Bangsa yang aktif berdagang dan belayar sangat ironi dengan bangsa pemalas.

Bagaimana pepetah-pepatah Melayu seperti “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”, “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang” boleh wujud jika Melayu bangsa pemalas dan tidak berdikari?

Pada tahun 1680an, pedagang-pedagang Inggeris dan Belanda merungut kerana mereka berasa sukar untuk bersaing dengan pedagang-pedagang Melayu. Hal ini disebabkan betapa aktifnya pedagang-pedagang di Alam Melayu menguasai perdagangan di pasar-pasar dan pelabuhan-pelabuhan.

Clifford pula pernah menulis pada tahun 1896 bahawa orang-orang Melayu di Pahang bekerja terus-menerus selama 60 jam tanpa rehat dan mereka berasa malu jika mengeluh akibat kerja keras.

Sebab apa sarapan nenek moyang kita dulu sarapan yang berat-berat? Nasi lemak, pulut ikan masin, nasi kerabu, nasi dagang dan lain-lain. Ini kerana mereka kerja aktif dan berat. Jadual mereka padat sepanjang hari.

Kenapa banyak kampung-kampung Melayu dinamakan ‘Parit’? Parit Sulong, Parit Haji Wahab, Parit Haji Tahir, Parit 1, Parit 6, Parit 8. Ini kerana orang-orang Melayu di kampung-kampung telah pun menggali terusan atau peparitan yang sistematik bagi tujuan pertanian. Kalau mereka bangsa pemalas, pasti mereka tidak akan menggali parit-parit dengan begitu banyak.

Banyak lagi sebenarnya jika ingin ditulis tentang kisah, sisi kerajinan dan kemandirian bangsa Melayu. Insya Allah jika ada masa saya akan nukilkan kisah kerajinan para ulama Tanah Melayu.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.