Muzium Negara Brazil terbakar beberapa hari lepas (waktu tempatan 2 September), hampir 80% koleksi muzium dihancurkan oleh api.
Presiden Temer mengisytiharkan 2 September sebagai hari yang tragik (“um dia trágico”) kerana 10,000 tahun warisan sejarah Brazil hampir dihancurkan. Antara koleksi muzium ialah artifak dan penemuan arkeologi budaya dan tamadun kuno Brazil, dan juga artifak dan manuskrip berkaitandengan sejarah moden seperti era Empayar Brazil (1822-1889). Sakitnya tuh di situ.
Tapi episod sakit macam ini dah pernah menimpa orang Melayu, pada 2 Februari 1824.
Waktu tu Stamford Raffles (“pengasas” Singapura moden) yang bersara dari jawatan Gabenor-Jeneral Bengkulu ingin pulang ke kampung halamannya di Britain.
Raffles adalah seorang “Malayologist”, atau pengkaji Melayu. Jadi sepanjang dia bekerja di Alam Melayu dia mengumpulkan pelbagai manuskrip dan dokumen asal Melayu untuk dikaji. Dan apabila dia hendak pulang ke kampung, dia angkut sekali koleksi manuskrip-manuskrip Melayu bersama-sama menaiki kapal bernama “East Indiaman Fame”.
Mana tau tak lama selepas kapal Fame bertolak, kapal itu terbakar dan tenggelam. Raffles selamat, tapi semua manuskrip dah tak dapat diselamatkan. Dianggarkan ada dalam 300 jilid buku yang disimpan dalam kapal, tak termasuk yang belum dijilid. Bayangkan betapa besarnya kehilangan kepada tamadun Melayu. Semua khazanah ilmu klasik hancur dalam sekelip mata.
Jadi, ada kemungkinan juga ia satu “konspirasi” – takkanlah Raffles bijak sangat simpan semua koleksi dalam satu kapal, kan orang putih ada pepatah “Don’t put all your eggs in one basket”. Sama ada Raffles betul-betul menghancurkan semua manuskrip, atau berita kebakaran sekadar untuk “mengaburi” mata orang dan koleksi tersebut kemudian disimpan di satu tempat yang “inaccesible” kepada dunia luar, maka mereka boleh merampas dan memonopoli ilmu bangsa lain.
Kesannya, transmission peradaban dan budaya Melayu mengalami banyak lompong. Mungkin ada banyak pencapaian intelektual nenek moyang Melayu yang terus lenyap akibat insiden tersebut. Bayangkan satu buku cerita pasal perubatan, satu pasal ilmu astronomi/falak… betapa banyak ilmu telah terputus dengan hilangnya 300 jilid khazanah.
Keterputusan ilmu bukan saja menyebabkan “kemunduran” Dunia Melayu pada abad ke-19, malah ia juga menyebabkan Melayu moden hilang sumber keyakinan dan panduan untuk membangun “indigenous knowledge”, terpaksa bergantung pada sumber Barat atau Timur. Dan sebahagian besar orang Melayu mengalami “inferiority complex” kerana mereka tak nampak pencapaian tamadun Melayu, lagi-lagi pencapaian fizikal seperti istana dan pelabuhan Melaka pun sekali lenyap ketika zaman penjajahan Portugis dan Belanda.
Ini cerita yang lagi seram daripada cerita Munafik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih