Sayyidina Uthman merupakan sahabat Nabi SAW.yang mulia dan khalifah Rasyidin Islam yang 3. Baginda memiliki banyak jasa dalam sepanjang pemerintahannya yang merangkumi isu pentadbiran, ketenteraan dan kemajuan negara islam. Namun begitu disebalik jasanya yang begitu besar terdapat dakwaan daripada kelompok Syiah, orientalis, liberal dan sesetengah sejarawan sunni bahawa beliau telah mengamalkan politik nepotisme sehingga mengutamakan Bani Umayyah melebihi kabilah arab yang lain. benarkah dakwaan demikian?
Sesungguhnya memang benar Khalifah Uthman melantik beberapa ahli keluarganya sebagai gabenor iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Saad, al-Walid bin Uqbah , Said bin Al-Ash dan Abdullah bin Amir. Namun perbuatan ini bukanlah aib bag Khalifah Uthman kerana beberapa sebab
1. Jika kita lihat dari segi bilangan, kuantiti gabenor yang dilantik khalifah Uthman jauh lebih sedikit berbanding yang bukan ahli keluarganya. Antara gabenor yang bukan daripada ahli keluarga saidina Uthman ialah:
a. Abu Musa Al-Asyaari
b. Al-Qa’qa bin Amir
c. Jabir al-Muzani
d. Habib bin Maslamah
e. Abdurrahman bin khalid
f. Abu A’war
g. Hakim bin Salamah
h. Al-Ayats
I. Jarir bin Abullah al-bajali
j. Utaibah bin an nahas
k. Malik bin habib
l. An-Nasir al-Ajali
m. As-Saib bin Aqra’
n. Said bin Qais
o. Salman bin Rabiah
p. khunais bin Khubaisy
2. Perbuatan melantik gabenor dalam kalangan Bani Umayyah melebihi kabilah lain dimulakan sendiri daripada Nabi Muhammad SAW. Ibn Taimiyyah berkata dalam minhajus sunnah jilid 5/193 “Aku tidak mengetahui keturunan Quraisy paling banyak menjadi pembantu Rasulullah SAW selain Bani Umayyah. Hal ini kerana (jumlah) mereka memang banyak dan diantara mereka ada orang yang mempunyai kehormatan dan kepemimpinan.” Hal ini dibuktikan dengan lima gabenor yang dilantik oleh Nabi SAW dalam kalangan Bani Umayyah iaitu Abu Sufyan, Attab bin Usaid, khalid bin Said, Uthman bin Said dan Aban bin Said.
3. Jumlah gabenor yang dilantik oleh Saidinan Uthman tidak di dalam waktu yang sama. buktinya Said bin Al-Ash dilantik Saidina Uthman sebagai gabenor di Kufah pada saat Saidina Uthman memecat Al-Walid bin Uqbah atas tuduhan meminum Khamr walaupun terdapat ulama menolak tuduhan kaum Kufah itu. Bahkan ketika Saidina Uthman Syahid, gabenor bani Umayyah hanya tinggal 3 orang iaitu Muawiyah , Abdullah bin Amir dan Abdullah bin Saad.
4. Gabenor yang dilantik Saidina Uthman memiliki keutamaan dan kemulian. Hal ini dibuktikan drngan
a. Muawiyah bin Abu Sufyan
Merupakan gabenor Syam semenjak zaman Saidina Umar yang sangat dicintai oleh penduduk Syam. Beliau juga merupakan pemimpin armada laut islam pertama dan penulis wahyu Nabi SAW. kecintaan penduduk Syam kepadanya dapat menepati hadis Nabi.SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, “Sebaik-baik pemimpin kalian kalian adalah mereka yang kalian cintai dan mereka pun mencintai kalian. Kalian berdoa bagi mereka dan mereka pun berdoa bagi kalian.”
b. Abdullah bin Saad
Imam Dzhabi dalam Siyar Alam nubala’ berkata, “Ia tidak pernah berbuat zalim. Ia juga tidak pernah melakukan sesuatu diingkari semenjak memeluk islam pada penakluakan Kota Makkah. Ia.termasuk cendiakwan dan pemuka umat.”
c. Said bin Al-Ash
Sahabat Nabi SAW yang mulia dan dipuji Imam Dzahabi dalam kitab siyar A’lam Nubala jilid 3/445 yang sama sebagai pemimpin yang mulia, dermawan, peyantun, disegani, tegas, pintar dan layak mendapat jawatan”
D. Abdullah bin Amir
Beliau menakluk saki baki wilayah Parsi di zaman Uthman. dan dipuji Imam Dzahabi di dalam Siyar A’lam Nubala jilid 2/12 sebagai penguasa Arab terkemuka, pemberani dan dermawan.
e. Al-Walid bin Uqbah
Memimpin Kufah selama 5 tahun sebelum dipecat atas tuduhan minum khamr. beliau terkenal sebagai pemimpin yang mudah didekati dan dicintai oleh masyarakat. berkenaan. Tuduhannnya meminum khamr diragui oleh ulama. Ibn Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya al-Ishabah berkata iaitu “Disebutkan bahawa.sebahagian penduduk Kufah menaruh dendam terhadapnya sehingga mereka memberi kesaksian palsu.”
Rujukan
Sirah Amirul Mukminin Khalifah Uthman bin Affan oleh Dr. Ali Muhammad al-Shalabi (terjemahan)
Hiqbah minat Tarikh oleh dr. Uthman bin muhammad al khamis (terjemahan)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih