Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Secretary General – UNSG), Kofi Annan baru saja menghembuskan nafas terakhir pada umur 80 tahun.
Beliau merupakan UNSG yang ke-7 dari tahun 1997-2006 dan UNSG berkulit hitam pertama. Beliau berasal dari Ghana. Orang suka joke pasal nama beliau yang bunyinya dekat dengan “coffee”, tapi sebenarnya Kofi Annan lahir pada hari Jumaat, “kofi” bermaksud Jumaat dalam bahasa orang Ghana. Sama seperti nama “kwame” dalam nama Jomo Kwame Sundaram yang bermaksud Sabtu dalam bahasa orang Ghana. Hah siapa tahu kenapa ada unsur Ghana dalam nama Prof Jomo?
Beliau juga UNSG terakhir yang nampak “berfungsi” sikit. Di zaman Annan menjawat sebagai UNSG, banyak inisiatif bercita-cita besar seperti Millennium Development Goals dan pembaharuan Majlis Keselamatan PBB (UN Security Council) diperkenalkan untuk memperkasakan PBB sebagai institusi yang mampu menjaga keamanan dunia dan mengawal tindak tanduk negara. UNSG selepas Annan iaitu Ban Ki-moon (2007-2016) dan Antonio Guterres (2017-kini) lagilah tak nampak apa peranan.
Annan pernah menentang Perang Iraq 2003, tapi sayangnya PBB terlalu lemah untuk mengawal US. Beberapa bulan selepas Annan mengecam US, terus “didedahkan” bahawa anak beliau terlibat dalam skandal korupsi “UN Oil-for-Food Programme”. Nampaknya kuasa-kuasa besar ada je cara untuk blackmail orang seperti Annan untuk memastikan agenda mereka berjaya.
Again, politik antarabangsa ialah medan realpolitik. Idea PBB pula satu idea yang bersifat idealpolitik atau idealis. Tak kira betapa tingginya cita-cita Kofi Annan, beliau dan pewaris jawatan UNSG tidak akan mampu untuk mengubah dunia melalui diplomasi dan undang-undang antarabangsa semata-mata. Politik dunia adalah pasal power, dan UNSG adalah “powerless”.
Dalam gambar: Annan mengangkat sumpah sebagai UNSG di hadapan Tan Sri Razali Ismail, bekas duta Malaysia ke PBB yang merupakan Pengerusi Perhimpunan Agung PBB (UN General Assembly) dari 1996-1997. Segak Baju Melayu Tan Sri. Yang lagi menarik, Ghana dan Tanah Melayu merdeka pada tahun yang sama iaitu 1957.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih