Kalau hendak mencari bahasa yang handal untuuk dijadikan contoh bagi kemajuan negara dan pelestarian bahasa maka bahasa Jepun merupakan antara bahasa bermaruah yang terbaik. Bahasa Jepun merupakan bahasa intelektual, sains dan teknologi tetapi pada masa yang sama merupakan bahasa sejarah, kebudayaan dan keperibadian bangsa. Adakah anda mengetahui bahawa Perlembagaan Jepun tidak secara spesifik memperuntukkan bahawa bahasa Jepun ialah bahasa rasmi? Hakikatnya begitu. Aneh bukan?
Ketika era Edo iaitu berakhirnya zaman Syogun Tokugawa, kerajaan Meiji membuat pembaharuan yang dikenali sebagai Pemulihan Meiji. Pembaharuan yang berlangsung selama 45 tahun ini pada asalnya adalah satu langkah berhati-hati yang diambil oleh kerajaan Meiji kerana pada masa itu kuasa-kuasa besar seperti Rusia, Amerika Syarikat, Perancis, dan Great Britain sedang menumpukan perhatian terhadap Jepun. Perhatian luar biasa ini dianggap sebagai satu isyarat penjajahan. Hal ini menyebabkan kerajaan Meiji sedar bahawa mereka perlu mempelajari ilmu. Untuk itu, Sumpah Lima Piagam telah diisytiharkan pada tahun 1868 dan salah satu dasar penting ialah pencarian ilmu antarabangsa.
Atas dasar tersebut, rakyat Jepun diberikan peluang menerima ilmu kemajuan dari Barat tetapi melalui terjemahan. Maksudnya, semua ilmu dari Barat diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Pelaksanaan dasar ini telah melahirkan penterjemah terkenal iaitu Mitsukuri Rinsjo yang telah berjaya menterjemahkan Kod Napoleon. Terjemahan beliau itu kemudiannya dijadikan undang-undang sivil dan komersial Jepun. Bidang perang dan sejarah juga menjadi keutamaan. Antara buku terjemahan yang terkenal ialah buku sejarah Greek iaitu Consideration on the Causes of the Greatness of The Romans and Their Decline . Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun dalam tiga jilid dan diberi tajuk Roma Seisuki. Usaha penterjemahan berterusan hingga kini. Pelbagai buku penting dari seluruh duunia dalam pelbagai bahasa aasing diterjemahkan ke bahasa Jepun demi memastikan rakyat Jepun tidak ketinggalan dalam setiap perkembangan ilmu.
Usaha untuk mengidentitikan budaya Jepun mengikut acuan sendiri juga dapat dilihat dalam bidang penerbitan yang memberikan keutamaan hanya kepada naskhah atau karya dalam bahasa Jepun. Pasaran buku dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris sangat minimum. Industri akhbar telah wujud pada tahun 1879 di Osaka iaitu akhbar Ashahi Shimbun. Kerajaan sangat mennggalakkan rakyatnya membaca bagi menambahkan ilmu pengetahhuan. Walaupunn akhbar atas talian wujud tetapi peengedaran suurat-surat khabar tidak mengecewakan.
Dalam aspek pendidikan, ada pihak yang pernah mencadangkan agar bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kurikulum rasmi pada peringkat sekolah rendah Ibuku Bumei Menteri Pendidikan menolak cadangan tersebut. Beliau menegaskan bahawa pendidiikan sekolah rendah seharusnya merupakan tahap untuk menguasai dan mengukuhkan bahasa ibunda sebelumm mereka mempelajari bahasa asing.
Pendidikan tinggi di Jepun bermula ketika pemerintahan Meiji. Pada masa tersebut pendidikan dalam bidang kejuruteraan dan pengajaran sains begitu diambil berat. Hal ini kerana mata pelajaran tersebut amat penting untuk kemajuan inovasi dalam meningkatkan hasil produktiviti negara. Demi mencapai objektif tersebut pada tahun 1871, terdapat seramai 54 orang pelajar telah dihantar ke Britain untuk mempelajari aspek ketenteraan laut dan perkapalan perdagangan, ke Jerman pula untuk mempelajari aspek tentera darat dan ilmu perubatan dan ke Amerika pula untuk mempelajari perkara-perkara mengenai perdagangan dan ekonomi.
Selepas beberapa tempoh, pentadbiran Meiji sedar bahawa mereka tidak seharusnya bergantung sepenuhnya dengan pusat pengajian Barat kerana perkara tersebut akan mampu menggugat kestabilan kepimpinan yang ada. Justeru, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk menubuhkan institut pengajian tinggi sendiri. Pada tahun 1877, universiti yang pertama dan terkenal iaitu Universiti Diraja Tokyo telah ditubuhkan. Menjelang 1910, beberapa buah universiti diraja lain telah ditubuhkan di Sapporo, Sendai, Kyoto dan Fukuoka.
Ideologi nasionalisme bahasa merupakan aspek penting dalam pembinaan negara Jepun. Dalam erti kata yang lain, nasionalisme linguistik berperanan penting. Linguistik imperialisme dapat dilihat melalui dasar pendidikan Jepun terhadap pelajar luar negara yang ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun. Mereka diwajibkan mempelajari bahasa Jepun terlebih dahulu.
Linguistik imperialisme ini juga dapat diilihat melalui kuasa ekonomi. kuasa ekonomi Jepun khususnya dalam syarikat-syarikat besar milik Jepun di serata dunia seperti Honda, Toyota, dan Sony yang memberikan keutamaan kepada mereka yang menguasai bahasa Jepun untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Linguistik imperialisme juga menjalar melalui genre dan permainan video seawal tahun 70-an.
“Jepun merupakan satu-satunya negara di dunia ini mempunyai satu bangsa, satu peradaban, satu budaya dan satu etnik.”
Pernyataan ini pernah diucapkan oleh Menteri Komunikasi dan Hal Ehwal Negara Jepun, Taro Aso. Bahasa Jepun merupakan homogen. Kekuatannya selama ini adalah berpunca daripada dasar-dasar kerajaan yang sentiasa meletakkan bahasa Jepun pada takhta teratas dalam semua perkara. Usaha-usaha ini telah menimbulkan nasionalisme yang tinggi dalam kalangan rakyat Jepun terhadap bahasa mereka.
Walaupun berdepan dengan pengaruh barat yang semakin menular dalam kehidupan seharian, tetapi nilai dan etika bahasa masih tetap diamalkan sehingga kini. Sikap tersebut perlu dijadikan teladan masyarakat moden pada hari ini, agar identiti sesebuah negara yang sedia ada dapat dipelihara dan tidak luput ditelan arus zaman.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih