Kejadian 13 orang pemain bola dan jurulatih yang terperangkap dalam sebuah gua di Thailand awal bulan Julai mengingatkan aku dengan kejadian lombong runtuh di Chile pada tahun 2010. Lapan tahun yang lalu.

Sebuah filem berdasarkan kisah benar kejadian runtuhan ini turut dibikin pada tahun 2015. Bertajuk The 33, dibintangi oleh Antonio Banderas dan barisan pelakon hebat yang lain. Filem ni tak masuk wayang Malaysia jadi pada hari filem ni keluar, aku pecut RXZ aku pergi cari CD kat kedai (walaupun aku tahu CD cetak rompak dah keluar lagi awal sebenarnya).

The 33 – Filem

Mengisahkan 33 orang pelombong yang terperangkap selama 69 hari dibawah tanah dengan kedalaman lebih kurang 700 meter. Runtuhan telah berlaku pada laluan keluar dari lombong ini menyebabkan mereka terperangkap. Satu kumpulan lain yang berada berdekatan laluan yang berlaku runtuhan sempat keluar dari lombong ini.

Mereka yang terperangkap terus bergerak menuju bilik yang disediakan untuk kecemasan seperti ini. Bilik atau ruang yang dipanggil ‘The Refuge’ ini terletak didasar lombong iaitu dikedalaman 700 meter dari paras laut. Pada perkiraan mereka, dalam bilik ini tersedia sedikit makanan ,kotak bantuan kecemasan dan peralatan seperti selimut untuk kecemasan.

Namun sebaliknya, apa yang ada ialah kotak rawatan kecemasan yang kosong dan bekalan makanan seperti tuna tin, biskut yang cukup untuk tiga hari. Laporan tentang mereka yang terperangkap telah dibuat dan kerja mencari dan menyelamat dimulakan.

Oleh kerana struktur lombong yang tidak stabil dan pontensi untuk berlakunya runtuhan lagi masih ada, pasukan penyelamat tidak mampu masuk lebih dalam. Runtuhan yang menutup laluan masuk itu juga tidak boleh digali atau diganggu kerana khuatir akan menyebabkan goncangan pada struktur yang tidak stabil.

Pasukan penyelamat menukar cara pencarian iaitu dengan menebuk tanah hingga dasar lombong. Sekiranya mangsa yang terperangkap masih hidup, tentu mangsa akan memberi tindak balas.

Presiden Chile pada waktu itu, Sebastian Finero dan menteri galian Chile turut turun padang semasa kerja mencari dilakukan. Ini juga untuk memberi semangat kepada ahli keluarga yang menunggu disekitar kawasan lombong. Usaha demi usaha akhirnya membuahkan hasil pada hari ke-17, satu nota yang bertulis tangan telah diikat pada hujung alat penggalian.

“Kami semua berada dalam ‘Refuge’. 33 orang.”

Maka dengan nota itu, pihak penyelamat yang pada mulanya sudah hampir putus asa dengan misi ini mula bersemangat kembali. Sekiranya usaha pada hari ke 17 itu tidak berhasil, mereka sudah berhasrat untuk menghentikan kerja dan menganggap semuanya telah mati tertimbus.

Sebastian Finero, Presiden Chile menunjukkan nota kepada ahli keluarga mangsa.

Sejak hari pertama kerja mencari dan menyelamat dimulakan, ahli keluarga pelombong yang terperangkap telah mula berkampung berdekatan kawasan lombong ini. Satu kem disediakan untuk ahli keluarga dan kem ini dinamakan ” The Hope”.

Finero telah membuat pengumuman kepada semua ahli keluarga tentang berita gembira itu. Berita semua yang terperangkap masih bernyawa dibawah sana.

Semasa mereka terperangkap, Mario Sepulveda (Antonio Banderas memegang watak ini dalam filem) memainkan peranan penting. Proses mencatu dan mengagihkan makanan diselia oleh beliau dan bekalan makanan mereka yang sedikit itu bertahan untuk dua minggu iaitu beberapa hari sebelum pasukan penyelamat menjumpai mereka. Urzua yang berkongsi pengalamannya pada media selepas mereka berjaya keluar, satu tin tuna terpaksa dicatu dengan 33 orang iaitu satu sudu seorang. Satu Sudu.

Urzua yang bertugas sebagai penyelia lombong itu terus memberi semangat kepada semua yang terperangkap bersamanya yang mereka akan selamat. Disebabkan bilik ‘refuge’ yang kecil dan pengudaraan yang tidak baik, mereka terpaksa tidur diluar bilik iaitu laluan masuk ke bilik. Setiap orang juga diberi tugas untuk berjalan mencari jalan keluar secara bergilir-gilir.

Pencarian mereka hampa kerana satu laluan yang disediakan untuk kegunaan kecemasan tidak diselanggara sepenuhnya. Tangga untuk naik ke permukaan tidak dibina sepenuhnya. Seperti kejadian di Thailand, banyak pihak menawarkan perkhidmatan dan bantuan semasa proses mencari dan menyelamat.

Bermula dari memasak di kem untuk ahli keluarga dan pekerja yang terlibat dengan kerja mencari, sehingga jurutera profesional yang terlibat dengan kerja penggalian dan menebuk tanah. Hasil dari nota itu, pasukan penyelamat telah memasukkan kamera untuk melihat situasi mangsa dibawah sana. Lubang seluas enam inci itu turut dijadikan laluan untuk menghantar makanan, ubat-ubatan dan peralatan untuk mangsa supaya dapat bertahan sementara pasukan menyelamat teruskan kerja menggali.

Kalau tengok dalam filem, surat khabar dan majalah pun dihantar kepada mangsa yang terperangkap supaya mereka tidak bosan dibawah sana. Surat dari ahli keluarga turut dikirim kepada mangsa supaya mangsa dapat menunggu dengan sabar. Tiga kumpulan profesional bersama peralatan dan mesin iaitu dari Australia, kerjasama Chile-Amerika dan dari Kanada memulakan kerja penggalian dipermukaan lombong.

Disebabkan struktur lombong yang tidak stabil, kedalaman yang maksimum dan batuan keras dibahagian tengah lombong, alat menggali banyak kali tersasar dari laluan yang sepatutnya dan tidak sampai pada tempat mangsa terperangkap.

Setelah beberapa kali percubaan, penggalian itu akhirnya berjaya dan sampai pada tempat mangsa terperangkap. Satu laluan seperti terowong bersaiz tujuh inci itu dibentuk untuk membawa semua mangsa keluar.

Satu kapsul yang dinamakan ‘ The Phoenix’ digunakan untuk membawa seorang demi seorang mangsa itu keluar dari dasar lombong. Lebih kurang 20 minit diperlukan untuk kapsul itu sampai dari dasar lombong ke permukaan. Idea asal untuk menggunakan dua kapsul untuk sekali tidak berhasil kerana terlalu berat dan beberapa masalah lain.

Kapsul The Phoenix dibina oleh jurutera Tentera Laut Chile dengan bantuan jurutera NASA. Ia turut dilengkapi dengan alat bantuan penafasan, kamera untuk pemerhatian dan alat membaca degupan jantung.

Seorang demi seorang berjaya dibawa keluar sehinggalah Urzua selaku orang terakhir keluar dari dasar lombong itu. Hari ini, satu tugu peringatan telah dibina pada tapak lombong ini sebagai tanda mengingati kejadian ini.

Rujukan:

Peter Hutchison, Bonnie Malkin and Andy Bloxham. (2010). Chile miners rescue: as it happened. The

Kraul, Chris dan Poblete, Jorge. (2018).  Once trapped underground themselves, Chilean miners have some advice for the Thai boys stuck in a cave. La Times.

Flores, Rosa and Rozsa, Micheal(2015). What you might not know about the Chilean mine rescue. CNN.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.