Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai sebuah forum yang menyeru agar buku teks sejarah ditulis semula untuk mengiktiraf juga sumbangan dan peranan golongan kiri dalam sejarah merdeka.
To be fair kepada penganjur dan panelis, mereka tidaklah sebut pasal nak iktiraf komunis. Cuma, bila mereka sebut pasal kiri, tentu ia termasuk sekali Parti Komunis Malaya (PKM) yang merupakan sebahagian daripada Barisan Bersatu (“United Front”) bersama-sama AMCJA (gabungan persatuan-persatuan politik bukan Melayu) dan PUTERA (gabungan parti-parti kiri Melayu) dalam menentang Perlembagaan Persekutuan yang dirundingkan antara British, Raja-Raja Melayu dan UMNO.
Secara peribadi, den pun ada sedikit kiciwa dengan edisi buku teks sejarah sekarang. Buku teks yang den belajar dulu ada cerita pasal peranan sejarah AMCJA-PUTERA sebagai penentang Perlembagaan Persekutuan. Hari ni ia dah diubah jadi “penyokong Malayan Union”. Dan budak sekolah hari ni dah tak kenal siapa dia Khatijah Sidek, Shamsiah Fakeh dan Mokhtaruddin Lasso. Tak tahu apa itu Perlembagaan Ra’ayat. Tak pernah dengar pasal Hartal.
Walaupun kita tak setuju dengan radikalisme yang dibawa oleh golongan kiri, tapi sejarah Perancis tak akan lengkap tanpa menyebut pasal Maximilien Robespierre, dan kita tak akan faham pasal sejarah China moden tanpa menyebut pasal “Long March”.
Akan tetapi, cabaran untuk “menulis semula” buku teks adalah untuk mengelakkan naratif yang “romanticize” perjuangan haluan kiri. Bukan hari pertama kita dengar pasal naratif aktivis pro-kiri yang mengagung-agungkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan PKM sebagai pejuang “sejati” kerana menentang British, manakala Parti Perikatan digambarkan sebagai “comprador” kepada British kerana memilih pendekatan kerjasama dan “non-confrontational” dengan British.
Disebabkan sejarah gerakan komunis merupakan “collective trauma” kepada orang Malaysia, maka kita boleh agak kenapa orang marah bila ada yang kata “pejuang kiri ialah pejuang kemerdekaan sebenar” “pejuang kiri perlu diiktiraf sumbangannya”.
Naratif pro-kiri pun perlu mengelakkan pandangan simplistik yang melihat sejarah merdeka sebagai sejarah golongan anti-British vs. pro-British. Gerakan kiri tidak gagal hanya semata-mata tekanan British, ia juga gagal kerana “internal struggle” antara golongan pro-komunis dan anti-komunis dalam AMCJA-PUTERA. Tan Cheng Lock, pemimpin AMCJA misalnya, telah beralih ke kanan akibat bimbang dengan radikalisme PKM.
Betul apa yang Tun M kata semalam (selepas ditanyakan apakah pandangan beliau terhadap cadangan untuk “memasukkan perjuangan komunis dalam buku teks”), “[sekiranya kita nak buat demikian], kita kena tahu apa dia komunis, apa dia kapitalis, demokrasi, kleptokrasi, semua kita kena faham”.
Jadi buku teks kena menerangkan apakah ideologi yang diperjuangkan oleh golongan kiri dan kanan, dan biar anak muda sendiri yang decide: adakah pendekatan “Merdeka Dengan Darah” seperti yang dilaungkan oleh golongan kiri lebih baik, atau sebenarnya kerjasama, rundingan dan diplomasi dengan British lebih kurang mudaratnya.
Bukan senang nak mendidik anak bangsa.