Emamoli Rahmon merupakan anak kepada seorang petani, Shariff Rahmonov dan Maryam Sharifova dan berasal dari Danghara, Tajikistan. Beliau mewakili “People’s Democratic Party of Tajikistan” (PDPT) dan sedang menjalani penggal keempat pemerintahannya. Pada tahun 1994, iaitu tahun pertama beliau menjawat kerusi Presiden, beliau berdepan dengan Perang Saudara 1992-1997 yang merekodkan seramai lebih 100 ribu orang maut. Emamoli yang berumur 65 tahun juga merupakan pelajar lepasan “ Tajik State National University “ dan mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi pada tahun 1982. Beliau telah memerintah Tajikistan selama 26 tahun (1992 – sekarang).
Penindasan oleh Emomali Rahmon
Kebebasan beragama di Tajikistan pada mulanya begitu baik dengan sikap toleransi oleh pihak pemerintah walaupun Tajikistan merupakan sebuah negara sekular. Pelbagai kemudahan dan kelonggaran diberikan kepada umat Islam di Tajikistan antaranya mengisyhtiharkan dua hari penting umat Islam iaitu, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sebagai cuti umum. Selain itu, sekolah untuk umat Islam bermazhab Hanafi juga telah diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 2009. Hal ini disebabkan oleh 98% rakyat Tajikistan adalh beragama Islam.
Namun begitu, timbul kebimbangan dalam kalangan pemimpin Muslim utama Tajikistan mengenai ancaman golongan minoriti agama di negara itu terhadap perpaduan nasional. Selain itu, kebimbangan juga tercetus tentang penglibatan institusi agama yang aktif dalam kancah politik negara tersebut. Sebagai contoh, Parti Pembaharuan Islamiah (IRP) iaitu parti politik yang menjadi pejuang utama dalam Perang Saudara 1992-1997 serta menyokong penubuhan kerajaan Islam di Tajikistan, yang mana ahli-ahlinya telah dilantik dalam kerajaan berdasarkan statut dan menguasai 30% Parlimen Tajikistan.
Oleh itu, dalam memastikan Tajikistan tetap berkiblatkan pentadbiran sekular, beberapa langkah diskriminasi dan penindasan telah dilakukan, seperti komuniti agama di Tajikistan perlu berdaftar dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negara (SCRA) dan kegagalan untuk mendaftar membolehkan mereka didenda dan tempat keagamaan mungkin akan ditutup. Selain itu, pada November 2015, pekerja kerajaan dilarang untuk pergi menunaikan solat Jumaat. Di samping itu, masjid di Tajikistan juga dilarang membenarkan remaja berumur 18 tahun ke bawah untuk menunaikan solat Jumaat serta kanak-kanak hanya dibenarkan belajar pendidikan agama yang digubal oleh kerajaan.
Penindasan ini semakin serius apabila larangan berjanggut panjang bagi lelaki dan bertudung untuk kanak-kanak perempuan telah dikuatkuasakan. Pengharaman laungan azan menggunakan pembesar suara, imam-imam dikawal oleh kerajaan dan para pelajar perlu belajar agama di luar negara merupakan antara penindasan yang diterima oleh umat Islam Tajikistan. Ceramah agama pula perlu mendapat kebenaran kerajaan dan masa ceramah juga dihadkan kepada 15 minit sahaja.
Umat Islam Tajikistan juga terkesan daripada penguatkuasaan “Undang-Undang Beragama” oleh kerajaan Tajikistan, seperti ceramah oleh Imam ketika majlis perkahwinan dikurangkan, Imam hanya boleh berceramah di masjid besar atau dikenali dengan “Cathedral mosque”. Kanak-kanak wanita akan dibuang sekolah jika berhijab dan gambar umat Islam Tajik di dalam passport tidak dibenarkan berhijab mahupun berjanggut. Selain itu, masjid juga dirobohkan atas alasan tidak berdaftar dengan kerajaan manakala hal keagamaan juga dilarang untuk remaja dibawah umur 18 tahun. Kerajaan dibawah pentadbiran Emomali juga menghapuskan gaji untuk Imam dan hanya ada sebuah madrasah sahaja dibina di Tajikistan.
Nama Arab sangat popular dalam kalangan Muslim Tajik namun kerajaan telah mengharamkan nama dalam Bahasa Arab untuk anak-anak umat Islam Tajik dan Presiden Rahmon mencadangkan menggunakan nama daripada syair kepahlawanan Persia, Shanameh serta melarang sebarang nama berunsurkan Islam digunakan. Emomali Rahmon juga menggelar perempuan berhijab sebagai “pelacur” dan mengkritik serta menyerang pemakai burka di tempat awam.
IRP juga telah diharamkan oleh kerajaan Tajikistan. Di samping itu, pengharaman ajaran Salafi yang dilabel sebagai Wahhabi. Penutupan sebanyak 160 kedai pakaian Islam dan polis Tajikistan juga telah secara paksa mencukur janggut seramai 13 ribu lelaki Islam Tajik merupakan sebahagian daripada kempen sekularism oleh Presiden Emomali Rahmanov.
Presiden Emomali Rahmanov layak diberi gelaran Kamal Atartuk 2.0 disebabkan penindasan yang telah beliau lakukan ke atas umat Islam di Tajikistan sehingga sekarang. Penindasan yang dibuat oleh Emomali Rahmanov sebenarnya lebih kurang sahaja dengan perubahan yang dibuat oleh Kamal Atartuk sehingga menyebabkan Turki menjadi negara sekular sehingga sekarang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih