Sedang Malaysia marah kepada si pedofil yang berkahwin dengan anak umur 11 tahun, dan sedih dengan kematian tragis bayi yang diselindung jasadnya, dunia juga tidak sepi dengan berita menusuk jiwa tentang anak syurga, iaitu kanak-kanak tak bersalah dijadikan tentera.
Merujuk kepada sesawang Council of Foreign Relations, sehingga tahun 2005, 300 ribu kanak-kanak di bawah umur 18 tahun telah dijadikan tentera tanpa rela oleh banyak kumpulan militan di seluruh dunia. UN telah menggariskan bahawa tentera kanak-kanak adalah terdiri dari golongan yang berumur 18 tahun ke bawah – tak kira lelaki atau perempuan – yang menyertai kumpulan bersenjata tidak kira pertubuhan sah (tentera kerajaan) mahupun tidak sah (militan).
Memetik berita dan cerita dari Sierra Leone oleh Lt Kol (B) Ganesa (penulis buku 21 Hari Tebusan di Sierra Leone) pula, ramai kanak-kanak telah dijadikan tentera upahan kepada pihak pemberontak Revolutionary United Front (RUF). Mereka telah didoktrinasi bahawa keluarga mereka hanyalah pasukan pemberontak itu sahaja.
Bermakna keluarga mereka tidak lagi penting dan bermakna bagi kanak-kanak tersebut. Memburukkan lagi keadaan, anak-anak itu disuruh membunuh ibu bapa sendiri sebelum menyertai militant tersebut! Perkara yang sama juga berlaku di kawasan bergolak Syria, di mana ISIS merekrut kanak-kanak untuk dijadikan tentera dan pentauliahan kepada latihan mereka adalah membunuh tebusan di kepala menggunakan senjata api.
Malangnya, negara-negara yang sedang bergolak sekarang terus menerus melanggar kod UN ini dengan merekrut seberapa ramai kanak-kanak yang boleh untuk dipergunakan menjadi ketumbukan bersenjata atas tujuan peribadi. Lebih malang lagi, kanak-kanak tidak bersalah itu dicuci otaknya dan jika diselamatkan pun, pemikirannya pasti terus terpengaruh dengan doktrin militan. Musuh mereka hanya satu, siapa sahaja yang menghalang tujuan dan maksud perjuangan kumpulan mereka, tak kira siapa – ibu ayah, adik beradik tak terkecuali olehnya.
Isu tentera kanak-kanak ini tidak terhenti di dunia realiti sahaja. Banyak karya animasi seperti siri Gundam yang mempertengahkan isu pengkaderan kanak-kanak tentera ini. Di dalam siri Gundam 00, watak utamanya Setsuna F. Seiei adalah bekas pejuang KPSA yang direkrut oleh Ali Al-Saachez semata-mata untuk mencetuskan perang saudara antara pihak Kurdish dan Azadistan.
Ali Al-Saachez merekrut dan mencetuskan peperangan hanya untuk tujuan peribadi, iaitu perniagaan tentera upahan (mercenaries) dan memenuhi nafsu membunuh sendiri. Di dalam siri Gundam Iron Blooded Orphan pula, kanak-kanak dipaksa menjadi buruh dan berperang dengan membawa sut mobil bagi memenuhi kehendak perniagaan orang dewasa. Akhirnya watak utamanya Orga Itsuka bersama Mikazuki Augus memberontak dan melawan orang dewasa yang selama ini menginjak mereka.
Perkongsian isu dalam bentuk karya ini tidak lain hanyalah untuk menyedarkan dunia bahawa kanak-kanak berhak menjalani kehidupan riang dan ketawa, bukan memicit picu senapang dan mengacukannya pada orang yang tak berdosa, termasuk di antasa mereka.
Di saat anak lain sedang bergembira memasuki sekolah, bermain bersuka ria bersama rakan sebaya dan dilimpahi kasih saying ibu bapa, ada sebilangan lagi di ceruk dunia sedang memegang senjata, dipaksa berjuang konon demi kemaslahatan dunia. Padahal mereka tidak lain hanyalah disalahguna, oleh si dewasa durjana yang kejam lagi haloba.
Semoga satu hari nanti, kita mampu dan berjaya menyelamatkan generasi akan datang dari anasir kejahatan yang lahir dari nafsu lahiriah kebinatangan. Insya-Allah…
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih