Tuan-puan,

Siapa tak kenal Charlie Chaplin?

Lelaki misai kontot, pakai topi tinggi (bowler hat), pegang tongkat dan jalan terkengkang-kengkang macam itik.

Satu dunia ketawa tengok gelagat dia. Dari budak kecil sampai orang tua, semua terhibur.

Dia adalah ikon komedi paling agung dalam sejarah manusia.

Tapi, Tuan-puan…

Di sebalik wajah yang sentiasa tersenyum dan buat lawak bodoh tu, tersembunyi satu sejarah hitam yang sangat menyedihkan.

Kalau Tuan-puan tahu kisah sebenar zaman kanak-kanak dia, Tuan-puan takkan ketawa.

Tuan-puan akan menangis.

Kisah dia bermula di lorong-lorong paling miskin di London pada tahun 1890-an.

Masa tu, kemiskinan di London sangat dahsyat.

Ayah dia, Charles Chaplin Sr., seorang penyanyi. Tapi dia hamba kepada botol arak.

Sebab ketagih arak, ayah dia tinggalkan keluarga.

Biarkan anak bini terkontang-kanting tak ada makanan.

Akhirnya, ayah dia mati muda dalam keadaan hati rosak dan bengkak air (dropsy).

Tinggallah Charlie dengan mak dia, Hannah.

Mak dia pun seorang pelakon pentas. Tapi nasib mak dia lebih malang.

Satu malam, masa tengah menyanyi atas pentas, tiba-tiba suara mak dia hilang. Hilang terus.

Penonton mula ejek, baling barang dan halau mak dia turun pentas.

Itulah kali terakhir mak dia menyanyi. Sumber pendapatan mereka putus serta-merta.

Mereka jadi papa kedana.

Tekanan hidup yang melampau buatkan mental mak dia mula kacau.

Mak dia mula cakap sorang-sorang. Mula nampak benda bukan-bukan.

Akhirnya, pihak berkuasa datang. Mereka heret mak dia masuk ke “Hospital Gila” (Cane Hill Asylum).

Bayangkan Tuan-puan.

Charlie masa tu baru umur budak sekolah rendah.

Dia tengok mak kesayangan dia diheret masuk wad sakit mental, menjerit-jerit tak nak masuk.
Dunia Charlie gelap.

Ayahnya mati sebagai pemabuk. Mak pula masuk Tanjung Rambutan (Asylum).

Dia dan abang dia, Sydney, tak ada tempat nak bergantung.

Pihak kebajikan di London masa tu kejam. Mereka tak ada rumah anak yatim yang selesa macam sekarang.

Mereka hantar Charlie masuk ke Rumah Kerja Paksa (Workhouse).

Nama tempat tu Lambeth Workhouse dan kemudian Hanwell School.

Bunyi macam sekolah, tapi sebenarnya ia penjara untuk budak miskin.

Umur 7 tahun, Charlie dipisahkan dari abang dia.

Kepala dia dicukur botak sebab takut kutu.

Dia dipakaikan baju guni yang kasar.

Makanan? Cuma bubur cair yang tak cukup untuk alas perut.

Kalau buat silap sikit, rotan akan hinggap di badan.

Charlie pernah cerita, ada satu hari tu, dia kena rotan di depan beratus-ratus budak lain semata-mata sebab satu kesalahan kecil.

Dia malu. Dia sakit. Dia rasa hina sangat.

Setiap malam, dia akan menangis bawah selimut nipis, rindu pelukan mak dia yang dah gila tu.

Dia rasa sunyi yang amat sangat.

Tuan-puan,

Macam mana budak yang hidup dalam penderitaan macam ni boleh jadi pelawak nombor satu dunia?

Jawapannya pelik.

Charlie guna kesedihan dia sebagai modal.

Dia perhatikan orang-orang miskin di sekeliling dia.

Dia tengok orang mabuk jalan terhuyung-hayang (macam ayah dia). Dia tiru gaya jalan tu, dan jadikan ia sebagai bahan lawak.

Dia tengok orang miskin yang pakai baju besar sebab baju sedekah (macam dia di workhouse).

Dia tiru gaya tu, jadikan ia watak The Tramp.

Dia sedar satu rahsia besar:

“Untuk benar-benar ketawa, kamu mesti mampu ambil kesakitan kamu, dan main-mainkan ia.”

Dia tak jadikan trauma tu alasan untuk jadi penjahat atau perompak.

Sebaliknya, dia tukar air mata jadi seni.

Dia tahu macam mana rasanya bila tak ada orang peduli. Jadi dia buat satu dunia peduli pada watak dia.

Hari ini, dia dikenali sebagai manusia paling kaya dan paling kelakar pada zamannya.

Tapi mata dia… kalau Tuan-puan tengok betul-betul gambar Charlie Chaplin tanpa mekap…

Tuan-puan akan nampak mata yang sangat sedih.

Mata seorang budak lelaki umur 7 tahun yang merindui ibunya.

Dia pernah cakap satu ayat yang sangat mendalam:

“Saya suka berjalan dalam hujan, sebab masa tu tak ada siapa nampak saya sedang menangis.”

Tuan-puan,

Mesej saya mudah je.

Mungkin hidup Tuan-puan sekarang tengah perit.

Mungkin Tuan-puan rasa sunyi, dikhianati, atau rasa macam orang gila sebab tekanan masalah.

Ingatlah kisah Charlie.

Senyuman yang paling manis, selalunya lahir daripada luka yang paling dalam.

Orang yang paling kuat ketawa, selalunya adalah orang yang paling banyak menangis masa dia sendirian.

Jangan biarkan kesedihan tu bunuh Tuan-puan.

Gunakan kesedihan tu. Jadikan ia kekuatan.

Jadikan ia karya. Jadikan ia asbab untuk Tuan-puan bangkit.

Kalau Charlie yang hidup dalam workhouse dan ada mak sakit mental boleh tawan dunia…

Kenapa tidak kita?

Hebatnya aturan Tuhan. Kadangkala Dia hancurkan hati kita berkali-kali supaya kita belajar menghargai setiap cebis kebahagiaan yang datang kemudian hari. Semoga air mata kita hari ini menjadi benih senyuman untuk esok hari.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.