Buat anda yang membesar dengan menonton filem-filem Western lama, imej penduduk asal Amerika atau “Red Indian” sering kali dipahat sebagai kumpulan pahlawan ganas yang tidak bertamadun. Mereka digambarkan sebagai penghalang kepada kemajuan, penyamun kereta kuda dan ancaman kepada keamanan orang putih.
Tetapi, jika kita selami sejarah sebenar tanpa lensa Hollywood, cerita peribumi Amerika ini jauh lebih memilukan dan penuh dengan siri pengkhianatan yang boleh membuatkan hati kita koyak seribu.
Segala-galanya bermula daripada satu kesilapan geografi paling tragis dalam sejarah. Pada tahun 1492, Christopher Columbus yang sesat menyangka beliau telah mendarat di India, lalu dengan semberono melabel penduduk tempatan sebagai “Indians”.
Padahal, benua tersebut merupakan tanah air kepada ribuan suku bangsa berdaulat seperti Cherokee, Apache dan Iroquois yang memiliki sistem politik, pertanian, serta undang-undang yang sangat stabil. Mereka bukanlah orang hutan, sebaliknya adalah tuan rumah yang budiman sebelum tetamu tak diundang dari Eropah datang membawa bencana.
Kehancuran mereka bermula apabila pendatang Eropah mula syok sendiri dengan doktrin Manifest Destiny. Ini adalah satu kepercayaan rasis bahawa mereka kononnya dipilih Tuhan untuk menguasai seluruh benua Amerika.
Bagi para penjajah ini, penduduk asal hanyalah semak samun yang perlu dicantas demi pembangunan tamadun baharu.
Maka, bermulalah siri sembelihan berlesen di mana ratusan perjanjian damai ditandatangani di atas kertas hanya untuk dikhianati kemudiannya.
Antara episod paling hitam ialah tragedi Trail of Tears pada tahun 1830-an, kesan daripada Akta Penyingkiran India yang ditandatangani oleh Presiden Andrew Jackson. Beribu-ribu penduduk asli, terutamanya dari suku Cherokee, dipaksa berpindah ke kawasan rizab yang tandus sejauh beratus-ratus kilometer.
Mereka dipaksa berjalan kaki meredah salji dan cuaca sejuk melampau tanpa bekalan makanan yang cukup sehingga mengorbankan ribuan nyawa. Tidak cukup dengan itu, peristiwa berdarah Wounded Knee pada 1890 menyaksikan ratusan kaum peribumi termasuk wanita dan kanak-kanak dibantai tanpa belas kasihan oleh tentera Amerika.
Malah, terdapat rekod gelap mendakwa tentera penjajah sengaja memberikan selimut yang dicemari kuman cacar (smallpox) sebagai bentuk perang biologi awal untuk melenyapkan populasi mereka secara halus. Tokoh pejuang hebat seperti Geronimo dari suku Apache dan Sitting Bull dari suku Lakota cuba bangkit melawan, namun kekuatan teknologi dan kelicikan politik penjajah akhirnya mematahkan perjuangan mereka.
Inilah hakikat sebuah bangsa yang ditanduk keluar dari tanah air sendiri kerana mereka terlalu percaya kepada janji manis penjajah yang lidahnya bercabang. Pengajaran penting buat kita hari ini, jangan sesekali naif dengan janji asing dan jangan biarkan perpecahan dalaman memberi ruang kepada pihak luar untuk mengatur kedaulatan kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




