Korang pernah tak tengok X-Men: Apocalypse? Alah yang awal-awal En Sabah Nur atau Apocalypse memerintah Mesir kuno. Lepastu dia cuba pindahkan kesedarannya ke tubuh baru untuk dapat kuasa penyembuhan. Tapi pengikutnya dikhianati, Horsemen dia dibunuh dan dia sendiri ditimbus hidup-hidup dalam piramid.

Beribu tahun kemudian, dia bangkit semula pada tahun 1983. Dunia dah berubah masa tu tapi bagi dia, manusia dah rosak dan lari dari jalan yang betul. Jadi dia buat keputusan dimana dunia perlu “di-reset”.

Untuk capai matlamat tu, dia kumpulkan semula Four Horsemen iaitu mutan yang mewakili kehancuran, perang, kebuluran dan kematian. Antaranya Storm, Magneto, Angel dan Psylocke.

Plot filem ni sebenarnya guna simbol lama yang jauh lebih tua daripada Marvel. Idea tentang Four Horsemen bukan asal dari komik, tetapi dari teks Kristian awal khususnya dalam Book of Revelation. Marvel cuma ambil dan adapt jadi naratif mutan, survival dan evolusi manusia.

Untuk orang Kristian, konsep ini datang daripada kitab terakhir dalam New Testament iaitu Book of Revelation yang ditulis sekitar tahun 95 Masihi oleh seorang tokoh bernama John of Patmos. Kitab ini penuh kisah tentang pengakhiran zaman atau apa yang dipanggil sebagai Last Judgment.

Dalam salah satu kisah, John melihat sebuah scroll di tangan Tuhan yang dimeterai dengan seven seals. Apabila seal pertama hingga keempat dibuka oleh Lamb of God (simbol kepada Jesus Christ), empat penunggang kuda muncul satu demi satu. Mereka inilah yang kemudian dikenali sebagai Four Horsemen of the Apocalypse.

Walaupun teks asal hanya menamakan penunggang terakhir sebagai “Death”, tafsiran tradisional Kristian kemudian mengenal pasti keempat-empat mereka sebagai lambang Conquest, War, Famine dan Death. Mereka merupakan simbol kepada bencana yang menimpa manusia menjelang kiamat.

Penunggang pertama menunggang kuda putih. Dia membawa busur dan diberi mahkota, lalu keluar untuk menakluk. Tafsirannya berbeza-beza. Ada yang melihatnya sebagai simbol kemenangan Gospel dan penyebaran agama Kristian. Ada juga yang mentafsirkannya sebagai Antichrist iaitu tokoh palsu yang muncul sebelum kiamat. Dalam tafsiran lain, dia melambangkan kuasa politik yang menakluk dunia. Warna putih dalam tradisi Bible sering dikaitkan dengan kebenaran, tetapi ia juga boleh menjadi simbol penipuan yang kelihatan suci.

Penunggang kedua menunggang kuda merah. Dia diberikan pedang besar dan kuasa untuk menghilangkan keamanan dari bumi. Manusia mula saling membunuh. Merah melambangkan darah dan peperangan. Banyak sarjana melihatnya sebagai simbol perang saudara dan konflik dalaman dan bukan hanya peperangan antara negara. Dalam sejarah Empayar Rom, tempoh pergolakan politik dan pembunuhan maharaja sering dikaitkan dengan gambaran ini.

Penunggang ketiga menaiki kuda hitam dan membawa penimbang. Gambaran ini biasanya ditafsirkan sebagai kebuluran. Penimbang melambangkan makanan yang terpaksa ditimbang dengan teliti kerana kekurangan bekalan. Dalam teks Revelation disebut harga gandum melambung tinggi sehingga gaji sehari hanya cukup untuk makan seorang. Ini memberi gambaran ketidaksamaan sosial yang mana orang kaya masih ada minyak dan wain, tetapi rakyat biasa kelaparan.

Penunggang keempat menunggang kuda pucat kehijauan, warna yang mengingatkan kepada mayat. Dia satu-satunya yang dinamakan secara jelas iaitu Death. Dia diikuti oleh Hades, iaitu tempat orang mati. Mereka diberi kuasa untuk membunuh dengan pedang, kebuluran, wabak, dan binatang buas. Dalam tafsiran Kristian, ini melambangkan kemuncak kehancuran dunia apabila peperangan, penyakit dan kebuluran bergabung memusnahkan manusia.

Menariknya, sepanjang sejarah, ramai sarjana Kristian cuba mentafsir mereka sebagai simbol peristiwa sebenar.

Ada yang mengaitkannya dengan kejatuhan Empayar Rom. Ada yang melihatnya sebagai gambaran bencana berulang dalam sejarah manusia seperti perang dunia, wabak penyakit, krisis ekonomi. Dalam tafsiran moden pula, ada yang menghubungkannya dengan ideologi politik, perubahan global, malah krisis iklim.

Apa yang jelas, simbol Four Horsemen ini sangat kuat dan sering muncul dalam lukisan klasik, sastera, filem dan muzik. Imej empat penunggang kuda yang membawa kehancuran menjadi metafora universal tentang ketakutan manusia terhadap masa depan.

Namun bagi penganut Kristian, mesej utama kisah ini adalah peringatan tentang keadilan Tuhan dan peluang manusia untuk bertaubat sebelum penghakiman terakhir. Selepas segala kehancuran, kepercayaan Kristian menyatakan bahawa dunia baru yang lebih adil akan diwujudkan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.