Siapa tidak kenal kalau disebut Lawrence of Arabia?

Tokoh yang sentiasa diangkat dalam membantu Arab Revolt menentang Uthmaniyyah ketika Perang Dunia Pertama.

Dia sentiasa digambarkan sebagai seorang hero di padang pasir, tetapi persoalannya, adakah gambaran dia selama ini benar 100%?

Awal tahun ini, Milli İstihbarat Teşkilatı atau MİT mendedahkan dokumen arkib yang membuka sisi lain tentang siapa sebenarnya Thomas Edward Lawrence, tokoh yang dunia kenal sebagai Lawrence of Arabia.

Selama ini, imejnya banyak dibentuk oleh buku autobiografinya, “Seven Pillars of Wisdom” dan filem klasik Lawrence of Arabia arahan David Lean.

Dalam naratif popular, dia digambarkan sebagai pegawai British yang membantu bangsa Arab bangkit menentang Empayar Uthmaniyyah demi kebebasan.

Namun pendedahan arkib oleh MİT menunjukkan gambaran yang lebih strategik dan gelap.

Dokumen perisikan era World War I memperincikan bagaimana Lawrence berfungsi sebagai pegawai risikan yang aktif menyusun sabotaj, propaganda, dan manipulasi sentimen kabilah Arab untuk melemahkan struktur pentadbiran Uthmaniyyah.

Menurut rekod 1929 itu, Lawrence lebih daripada hanya pegawai yang ditempatkan sekali dua di padang pasir.

Dia kerap berubah perwatakan, nama dan peranan untuk bergerak bebas di Mesir, Syria dan Iraq tanpa dikesan.

Dia dikatakan pernah tinggal di Mesir menggunakan nama samaran dan berlakon sebagai tokoh agama untuk menyembunyikan identitinya.

Tetapi, dokumen ini juga mendedahkan perkara yang lagi mengejutkan!

Ia mendedahkan bahawa ada satu ketika dia muncul di Jerusalem sambil menyamar sebagai ulama Muslim dan pada masa yang lain sebagai guru agama seakan-akan rabbi Yahudi.

Dia dipercayai cuba menghampiri komuniti berbeza dan memberi “mesej provokatif” yang boleh meningkatkan ketegangan antara Muslim dan Yahudi di sekitar kawasan tembok barat.

Bukan itu sahaja, rekod ini juga menonjolkan hubungan antara ejen British dengan geostrategi besar kuasa kolonial pada masa itu.

Menurut dokumen tersebut, lingkaran perisikan British tidak berpuas hati dengan keadaan politik di Mesir dan Phlistine selepas perang.

Mereka dikatakan sengaja menyokong ketidakstabilan supaya dasar autonomi tempatan tidak berlaku dan memberikan alasan bahawa penduduk tempatan “belum bersedia” untuk kemerdekaan.

Bahkan, dokumen ini juga mendedahkan bahawa mereka juga bercadang untuk memilih Sudan sebagai titik strategik untuk mengatur gerakan tidak stabil di Mesir kerana hubungan pentadbirannya dan kedudukan geografi.

Ini menimbulkan perspektif baharu tentang bagaimana operasi perisikan ketika itu tidak hanya tertumpu pada satu kawasan, tetapi sebenarnya merangkumi rangkaian geopolitik seluruh rantau.

Fakta ini membawa gambaran baru tentang “Lawrence of Arabia”. Di mana dia bukan hanya seorang “pejuang” yang menyala-nyala bersama kabilah Arab di padang pasir.

Tetapi, dia juga merupakan operator intel yang menggunakan teknik penyamaran secara meluas dan strategi yang tersusun dan licik bagi mencapai matlamat politik dan tentera British.

Ini berbeza dengan imej klasik yang dibina oleh media Barat pada abad ke-20.

Sejak daripada buku memoir dan filem 1962, Lawrence sering digambarkan sebagai lelaki berkarisma yang menjadi jambatan antara dunia Barat dan Arab.

Tetapi dokumen ini menunjukkan bahawa beliau juga terlibat dalam taktik yang lebih kotor untuk mempengaruhi komuniti dan politik tanah Arab ketika itu.

Inilah gambaran sebenar yang selama ini dikaburi orang ramai selama bertahun-tahun.

Barulah kita tahu bahawa peranan Lawrence lebih daripada seorang ejen perisik British, tetapi merupakan sebuah alat provokasi bagi British dalam memecahbelahkan kesatuan Islam di tanah Arab.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.